PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Sunday 25 December 2011

syukur alhamdulillah

alhamdulillah..eira bersyukur..di pagi yang suram ini, hati eira sedang berbahagia sejenak...moga hati terus tabah hadapi dugaan hidup..

syukur padaMu, Ya Allah.. ^_^
| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA !! |

Wednesday 21 December 2011

result | penilaian menengah rendah (PMR)

assalamualaikum...

alhamdulillah..esok (22/12/2011), pelajar-pelajar PMR akan mengambil result setelah penat lelah menjawab PMR..insyaAllah, result yang terbaik pada tahun ini berbanding tahun-tahun lepas..

apa yang perlu dilakukan, bukan post mengarut di laman sosial facebook tetapi perbanyakkan doa setelah berusaha..apa yang eira lihat, ramai yang post pada facebook masing-masing dengan pelbagai ragam statusnya..macam-macam budak sekarang..tak usah gelabah adik-adik sekalian, malam ini buat solat sunat dan perbanyak zikir..jangan stresskan diri dengan memikirkan perkara yang bukan-bukan..issshhhh..pesanan buat eira juga ni..

adik eira pun akan ambil result esok..entahlah macam mana keputusan dia..eira tengok dia selamba je..tak gelabah langsung..serius ! apalah nak jadi budak ni seorang..

perangai adik-beradik macam reflect aje..masa eira nak ambil result pun macam itu juga..muka penuh dengan selamba..tapi hati siapa yang mengerti..semua orang pelik dengan perangai eira, tapi inilah hakikat..kelebihan yang Allah SWT beri pada eira..eira mampu kelihatan bersahaja..

result PMR eira ? alhamdulillah..eira dapat apa yang eira nak..tak tergambar perasaan itu..cuma sekarang eira sedang menanti dengan penuh sabar keputusan SPM..mungkin muka nampak selamba, maaf ye kawan-kawan..hati ini tak tahu nak cakap macam mana..
moga-moga result akan bahagiakan hati mama dan papa yang tersayang..

alahai..eira sendiri sedang menunggu dengan penuh debaran result SPM eira..agak-agak macam pula perasaan eira malam itu ya?

| doakan Eira yang terbaik... |

FB kena hack ke ?

semalam eira online hampir larut malam..tiada apa yang hendak dibuat..bosan menatap muka buka yang kawan beribu-ribu tapi tiada seorang yang rapat..hahaha..laman sosial yang hanya di laman maya..kawan sekadar untuk bersuka ria..tersilap digunakan,padah menanti..

tiba-tiba eira menjengah ke wall sendiri..roll down and up...saja-saja nak tengok apa yang ada, padahal apa yang ada di wall muka buku kita adalah aktiviti kita sendiri..
waaaahhhhhhh..tiada apa yang berlaku...eehhhh..apa yang banyak sangat like ni? kejap-kejap..nak tengok..apa ni? bila masa plak aku like semua ni? tak pernah aku like la page yang banyak bagai yang ada di facebook..tak kuasa nak melayan..
Ya Allah..page apa ni? sembarangan page yang di'like'..masalahnya, siapa yang like? siapa  punya kerja? jahatnya...FB eira kena hack ke? siapa yang tak puas hati? jumpa depan-depanlah..

eira dah tukar password FB eira..tapi apa yang berlaku tanpa pengetahuan eira? hmmm..moga-moga tiada buruk yang berlaku..

pada sesiapa yang pernah terjadi perkara sebegini, memang akan rasa apa yang eira rasa..

pada semua kawan-kawan, sentiasa check wall FB sendiri..mungkin perkara yang sama berlaki tanpa kita sedar...hati manusia sekarang tak mampu kita jangka..mungkin di luar jangkaan kita..

 
 | tersenyumlah wahai hati,moga ada keberkatan di situ..insyaAllah |

Tuesday 13 December 2011

detik bersama rakan-rakan

12/12/2011,mungkin ada yang marah-marah semalam..siaran televisyen agak terganggu mungkin..tapi eira tidak melalui saat itu..

keberangkatan balik Tuanku Mizan dan isteri bersama anak-anak turut dirai oleh eira dan kawan-kawan..tuanku pulang setelah tamatnya tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong..sedih sedikit di situ..apa-apa pun,eira tetap gembira dapat melihat tuanku secara dekat dan 'live'..

eira bersama team rakan muda sampai awal dan tiada apa-apa perancangan yang dikhaskan..so,kami dilepaskan untuk bebas melakukan apa-apa aktiviti selama 3 jam mungkin..wahhhh,jalan-jalan di tepi pantai Batu Burok agak best..bersama rakan-rakan yang selama ini sibuk dengan urusan masing-masing..
hilang sebentar tekanan yang dihadapi eira..lega rasanya...banyak pengalaman dan mungkin ini kali pertama keluar berjalan jauh bersama rakan-rakan...

lepas ini, insyaAllah akan ada lagi aktiviti bersama team rakan muda..terima kasih kawan-kawan..jom sertai kem sukarelawan banjir..dah nak banjir dungun ni...

| gembira bersama kawan-kawan |

Tuesday 6 December 2011

kasihan papa

eeeeehhhhhhhhhhh....kenapa dahi papa?ada jahitan..seram sejuk eira jadinya..

eira keluar bilik sebab mama suara mama macam kelam kabut je..papa senyum je..papa relaks untuk tenangkan hati isteri dan anak-anak..hipokrit papa untuk ceriakan hati semua orang..

eira takut darah..tergamam baju papa penuh darah berlumuran..insyaAllah papa akan pulih semula..
Ya Allah,sembuhkanlah papaku..jauhkanlah dia daripada sebarang kesulitan..tabah dan kuatkanlah hatinya..jadikan dia insan yang lebih bertakwa kepadaMu, Ya Allah..
begitu kuat hati seorang suami dan ayah..moga-moga ada hikmah di sebalik kejadian ini..moga papa cepat sembuh dan boleh teruskan kerja harian seperti biasa...

insyaAllah...
| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA !! |

ceria saat hati bersedih

assalamualaikum dan selamat pagi..ceriakan hari anda dengan senyuman...so,senyum ^_^

agak ceria pagi ini..lalalala..walau hati agak kecewa..kenapa?mama tak izinkan eira bekerja..kejamkah?mungkin ada sebab mama tak benarkan..ahhhh, dari satu sudut,hati berkata 'tak aci,nak keluar kerja..nak juga hidup bebas...' dan dari sudut lain pula 'wahhhh,bestnya boleh relaks kat rumah aje..'

ingin sekali eira keluar dari rumah melihat dunia yang sebenar..fikiran pun sudah menjadi agak sempit dek asyik terkurung tanpa mengetahui berita di luar sana..hanya facebook peneman diri yang sunyi..apa-apa pun,tak sama dunia luar dengan dunia facebook..mungkin tahu juga berita-berita hangat tapi tak dapat rasai pengalaman yang berharga...

apakah selepas ini aku mampu ?mama....i know you love me very well but let me have an experience at outside..

wahhhhh..now,eira dah besar..terasa macam tak percaya tapi kena percayajuga..alahai anak mama,masih dengan mama..mama langsung tak nak bagi keluar dan jauh macam insan lain...untunglah anak mama biarpun hati masih geram dengan sikapmu..

i know,apa yang mama lakukan pasti ada hikmah yang tersembunyi...mama tahu apa yang terbaik buat eira..Allah Maha Mengetahui perjalanan hidup seorang hambaNya...

wallahualam...

| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA !! |

Wednesday 30 November 2011

berakhir perjuangan SPM

alhamdulillah..tiada ucapan lain yang meniti di bibir setelah wisel dibunyikan..syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya perjuangan ini berjaya ditamatkan dengan sempurna..

sedih, gembira, syahdu semua bercampur dalam hati..kawan-kawan yang hampir lima tahun bersama, akhirnya akan berpisah mengikut haluan masing-masing..semua punya hala tuju sendiri..eira??masih terkial-kial mencari sinar..bukannya apa,cuma masih terasa mimpi seakan SPM telah tamat hari ini..
akhirnya,bermulalah perjalanan eira sebagai seorang remaja yang harus punya perancangan dari awal..ahhhh, tiada langsung semangat..masih di awan-awangan eira rasakan..

SPM 2011 penuh dengan dugaan..penuh dengan keanehan soalan..tidaklah mudah bagi eira,tidaklah terlalu sukar, saat ini hanya mampu berserah..Allah Maha Esa..kita hanya mampu berusaha,setelah itu tawakal kepadaNya adalah yang terbaik !

terasa seperti anak kecil yang inginkan belaian manja..eira kelu, sukar digambarkan perasaan saat ini..inilah perasaan ikhlas seorang pelajar setelah 11 tahun menuntut ilmu..tiada tergambar perasaan ini..

gementar masih menghantui..siapa cakap habis SPM maka perasaan takut sudah hilang..keputusan yang bakal diketahui tahun depan membuatkan eira lebih gemuruh..tiada apa lagi perlu dilakukan, hanya doa mengiringi perjuangan eira..

| semoga apa yang EIRA lakukan sentiasa dicurahkan rezeki yang melimpah-ruah... |

Wednesday 26 October 2011

saat genting dalam hidup - SPM

detik demi detik berlalu meninggalkan diri ini sendirian tanpa aku sedari saat itu kian hampir..bagaikan baru terjaga dari lena yang panjang penuh dengan mimpi indah, aku kini harus akur, SPM makin dekat..

ingin sekali aku pergi menjauh, tetapi harus aku hadapi dengan penuh tabah..SPM yang bakal menentukan arah tuju hidup ini yang mungkin baik,  mungkin aku harus tabah menghadapi dugaanNya..

sedia atau tidak, tidak perlu menjadi persoalan di sini..apa yang aku tahu, aku masih leka dengan dunia yang penuh hiburan tatkala yang lain sedang menuntut ilmu sebanyak yang mungkin..

ingin sekali diri ini menangis, takut dengan cabaran yang bakal dihadapi !

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula"
(Surah Al-Maarif:19-21)

eira.. WAKE UP !!! jangan mudah putus asa, jangan fikir apa yang negatif..masa masih ada, teruskan perjuangan hingga ke saat akhir..

ALLAH sentiasa akan membantu, cuma perlu sedikit usaha yang keras bersama doa..insyaAllah..Allah akan memberi sebanyak mana yang kita usahakan..

Allah s.w.t. berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram ! kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurga"  (Surah Al-Fajr:27-30)

 
 | doakan kejayaan EIRA !! |

Tuesday 13 September 2011

persediaan peperiksaan

salam sayang semua..ceria aje eira ni??huhu..letih tak terkata,biarlah eira simpan semua tu dalam diri dan jadikan pengalaman hidup..baru sahaja sampai menjejak kaki ke tanah Dungun, kepala teringatkan sepupu yang ambil UPSR..tak sempat nak wish..sorry sayang,sibuk la..

ok la..untuk adik-adik sekalian,selamat menjalani UPSR..tapi akak ada tips sikit nak kasi..tips ni untuk eira juga..

persediaan malam peperiksaan
lakukan amalan kerohaniaan seperti solat hajat,solat taubat dan lain-lain
pastikan kelengkapan alat tulis mencukupi
tidur dan berdoa
pesediaan pagi peperiksaan
bangun awal-keadaan ceria dan berdoa
mandi menggunakan air suam
bersarapan bersama keluarga
pakai pakaian yang baru dibasuh
pakai bau-bauan
semak sekali lagi alat tulis
salam,peluk dan cium ibu bapa
datang awal ke sekolah
persediaan di luar bilik peperiksaan
tenangkan diri dan elakkan keluh kesah
mempunyai wuduk sebagai perisai was-was
semak semula alat tulis
berkumpul dan berdoa
bersedia untuk masuk
persediaan di dalam bilik peperiksaan
duduk dengan selesa
keluarkan alat tulis
berdoa-baca fatihah dan doa penerang hati
tarik nafas untuk dapatkan oksigen (7 kali)
semasa peperiksaan
dengar arahan pengawas
baca arahan soalan
kalau tidak dapat jawab,tenangkan diri dan baca selawat
selepas menjawab,semak semula jawapan
selepas peperiksaan
keluar selepas diarahkan
jangan berbincang
fakus kertas seterusnya
doakan diri dan rakan-rakan
nota eira : elakkan minum air milo (favourite eira ni)
                minum air zam-zam atau air mineral
                minum air kacang soya
eira : moga-moga eira dapat amalkan dalam SPM nanti

| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA !! |

Friday 9 September 2011

akademi SPM 2011 siri 3

selamat tinggal Dungun..eira akan pergi sebentar mencari dan mengutip seberapa banyak ilmu untuk dicurahkan ketika menduduki SPM nanti..

hari ini eira akan bertolak ke rumah mak saudara eira di Marang..sempat lagi online untuk menaip di blog ini..eira akan duduk semalaman di ramah su eira..hehe..seronok!

akademi akan bermula hari sabtu (10/09) hingga selasa (13/09)..4 hari 3 malam..tempatnya best kot,di Sumai Suite Hotel..eira keseorangan aje..rakan-rakan yang lain semua berteman..jeles sihhhh!

ok la..nak siapkan diri dulu..dah nak bertolak..doakan kejayaan eira di sana.

eira : nanti eira ceritakan pengalaman di sana..mungkin best mungkin juga banyak dugaan..
| doakan kejayaan EIRA |

Tuesday 6 September 2011

result | trial SPM 2011

assalamualaikum..

tetap mahu menaip di blog buruk eira walaupun keadaan diri yang tidaklah sihat sangat..lagipun, menaip di blog ni bukan kerja berat sangat kan??antara malas dan rajin je !

di entri lepas eira ada janji something kan??so, janji mesti ditunaikan..

result penuh peperiksaan percubaan SPM eira yang dilalui dalam bulan Ramadan

result penuh peperiksaan sepanjang tahun 2011
alhamdulillah, ada peningkatan !

tidaklah sebagus anda yang di luar sana yang mampu gah mendabik dada namun ucapan syukur sentiasa di bibir..SPM bakal menanti kurang lebih 68 hari dari saat ini..moga result SPM mampu membuat mama dan papa tersenyum bahagia..insyaAllah..
 
 | doakan EIRA yang terbaik demi SPM yang bakal diduduki !! |

Saturday 3 September 2011

hari terakhir cuti raya

salam syawal kelima..masih terasa bahang aidilfitri namun apakan daya..dah baca tajuk kat atas kan..so,sekejap saja rasanya cuti raya tahun ni..alam persekolahan seakan-akan memanggil-manggil sudah..eira !! eira !! ooohhhh eira !!

opppssss..esok dah start sekolah..alam student yang kemas berpakaian sekolah dirasai kembali setelah hmmm..kejap ya..nak bilang..ehhh..hampir dua minggu ditinggalkan..

alhamdulillah..raya tahun ini ada yang happy ada juga yang sebak sedikit..ahli keluarga sempat berkumpul meraikan lebaran bersama..

ok stop!!! cukup dengan lebaran,kutip duit raya,pergi jenguk sana jenguk sini..esok bermulanya peperangan yang diisytiharkan diri sendiri..peperangan menuju SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)..

pengorbanan yang bakal menentu hala tuju masa depan..cukup dengan angan-angan,moga apa yang diimpikan diusahakan dengan daya yang sehabis mungkin..insyaAllah esok juga keputusan penuh trial spm 2011 eira diketahui..esok sajalah eira kongsi...doakan eira yang terbaik..

eira : esok nak kongsi??sempat lagi nak online tengah-tengah peperangan...

| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA yang bakal menduduki SPM !! |

Wednesday 31 August 2011

minta maaf !

assalamualaikum..

saat ini, entah macam mana perasaan eira sendiri tak mampu nak ungkap..kecewa dengan insan yang bergelar kawan dan mungkin kesal dengan diri sendiri

untuk tidak terus sakitkan hati sendiri, eira buka internet dan tiba-tiba tangan ni tertekan untuk melihat komen-komen yang ada di blog eira..

ia berada di kotak spam, tentunya kepalanya mengatakan spammer yang saja2 iklankan something..agak terpana seketika apabila membaca komen tersebut..apabila eira check tarikhnya, baru semalam anonymous tersebut komen di blog eira..hmm, hari raya!

secara jujurnya, memang blog itu hanya blog untuk tips tentang dunia remaja..memang benar post-post tersebut hanya copy and paste..eira akuinya..

di sini, eira nak minta maaf andai post eira adalah hasil nukilan para pembaca sekalian..khas untuk anonymous tersebut, sekiranya ada tidak berkenan, sila cakapkan, eira akan cuba memuaskan hati masing2..

bukan niat eira untuk hanya copy and paste sebulat-bulatnya..niat eira cuma untuk tatapan semua..sekiranya eira ambil daripada mana-mana blog,insyaAllah eira akan cuba linkkan ke blog beliau..sekiranya eira dah lama copy, harap maaf, memang tiada link yang eira ambil..mungkin itu kesilapan eira, eira cuai..

sekali lagi, harap kesalahan eira dimaafkan lebih2 lagi di bulan mulia ini..sekiranya itu post para pembaca dan ingin eira linkkan ke blog anda, sila komen ye!

| ditaip oleh eira dengan rasa rendah diri dan harap kesalahan eira diampunkan |

Monday 29 August 2011

salam aidilfitri

esok hari yang sentiasa dinantikan oleh seluruh umat Islam sebagai tanda kemenangan kita dalam menempuh dugaan di bulan Ramadan Al-Mubarak..Syawal menjelang tiba dan ini masa yang sesuai untuk saling bermaafan dan melupakan kisah2 lepas..
di kesempatan ini, EIRA nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di dunia..maaf dipohon andai sepanjang eira menaip di sini ada yang tersentuh secara sengaja mahupun tidak sengaja..

buat keluarga tersayang, tabahkan hati menempuh dugaan di hari lebaran yang mulia ini..

buat teman2 yang mengenali eira, minta maaf ya andai sepanjang kita kenal eira tersalah bahasa, tersilap bicara..eira hanya insan biasa yang penuh khilaf..

jemput datang beraya ke rumah eira, Insya-Allah pintu rumah eira sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja datang menziarah..

duit raya??hmm..sila bawa banyak kasi eira ya..ehhhh..hehe..

| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA !! |

Thursday 25 August 2011

eira rindu angah...

ramadan bakal meninggalkan kita umat Islam..semoga perjalanan hidup kita terus mendapat rahmat Ilahi..

saat insan lain bergembira menantikan hari raya aidilfitri yang bakal muncul tiba, eira sekeluarga masih dibuai mimpi kehilangan abang tersayang..

adik mana yang langsung tak punya hati? kerinduan makin menebal  di hati dan hanya mampu menyembunyikannya di sebalik senyuman sumbing..cukuplah dugaan yang mama hadapi, usah ditambah golak rasa yang eira lalui..
walau di mana sekalipun angah berada, doa sering diutuskan..moga-moga keadaan angah baik sentiasa..

angah...kakak rindu angah..kami sekeluarga rindu angah..biarpun tiada seorangpun yang berkata demikian, perbualan seharian cukup menggambarkan kerinduan kami..tidak pernah jemu mulut berbicara soal angah..
angah..angah..angah..

Sunday 21 August 2011

trial SPM 2011

tepat jam 2.02 minit petang, biologi kertas 3 dikutip..selesai sudah trial spm yang membebankan jiwa dan raga eira..haisshhh..
peperiksaan yang bermula pada tarikh 08.08.2011 dan tamat pada 21.08.2011 cukup memenatkan diri ini untuk belajar dan asyik menghadap buku..akhirnya tamat juga dugaan yang cukup besar pada ramadan kali ini..alhamdulillah..

masing-masing dah sibukkan diri mencari cikgu-cikgu mata pelajaran untuk bertanya markah..hanya eira yang sepikan diri, pekakkan telinga, butakan mata untuk mengetahui markah peperiksaan kali ini..hai maklumlah, markah diaorang tinggi kot..eira dapat sikit aja kot..

kali ini, perasaan berbaur sekali..tak sedap hati semacam saja..apakah perlu eira tahu result sebelum raya atau selepas raya??

kalau result gempak, best sangat nak beraya..boleh pergi minta duit raya banyak-banyak..hahaha..

kalau result hampeh, alamaknya tak syok manalah raya kali ini..
orang lain : hmm,result trial macam mana??dapat berapa??

eira : (diam seketika, berfikir!) entahlah..biasa aja..(nada sedih tau..)
cikguuuuu...eira nak tahu result lepas rayalah..nanti tak syok raya..hehe..

Sunday 31 July 2011

ramadhan al-mubarak

salam ramadhan

ramadhan sudah datang membawa kebaikan bagi umat Islam..insyaAllah, esok kita dah start berpuasa..

puasa mengajar erti kesabaran..mungkin ramadhan kali ini kami sekeluarga perlu menerima dugaan yang cukup besar..hanya ketabahan aku minta pada Ilahi..

8 ogos 2011 bermulanya trial spm eira..huhh..preparation??wallahualam..banyak yang perlu eira study..banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki sebelum menjelang spm yang sebenar november nanti..
selamat berpuasa dan melakukan ibadat-ibadat sunat bagi seluruh umat Islam di dunia dan selamat menduduki peperiksaan percubaan pmr dan spm kepada pelajar-pelajar form 3 dan form 5
doakan eira berjaya dalam apa jua yang bakal dilalui sepanjang ramadhan ini..
Ya Allah..kuatkanlah semangat kami sekeluarga..berikanlah kami yang terbaik dan berikanlah aku kejayaan yang sempurna

Monday 18 July 2011

macam mana nak 'delete' akaun??

salam..

berbekalkan ketabahan, eira terus gagahkan tangan menyilau2 fb si dia..ada gambar terbaru yang di up date..mungkin di hati eira sedikit terkilan namun harus eira akui eira bukan sesiapa..

eira bukan insan yang terlalu sempurna..ada banyak kelemahan lepas sehingga membuat eira menyesal hingga kini..

banyak akaun yang eira daftarkan semata2 untuk blog eira..bukan apa, datang naluri keinsafan yang tulus setelah melihat gambar yang di up date si dia..bukan gambar apa, cuma buah hati pengarang jantung...

sekarang, eira cuba untuk men'delete' semua gambar yang di up date oleh eira sendiri..yang x mampu eira delete, apakan daya eira??hanya mampu tawakal..eira akan tanggung kesilapan eira sendiri..

so,kepada sesiapa yang tahu bagaimana cara untuk delete akaun churp2,nuffnang,innit.nuffnang dan yang berkenaan mungkin..sila detailkan dalam komen post ni..puas sudah eira cuba cari..bukan mahu lari dari dunia blogging,hanya mahu bersiap sedia sekiranya ada apa2 yang terjadi..

kita hanya manusia biasa, hanya mampu merancang, Tuhan yang menetukan segala-galanya..

wallahualam..

terima kasih

Thursday 23 June 2011

bahagia melalui kesakitan

dalam hidup pasti ada pro dan kontra..hidup xselalunya bahagia,kadang2 sakit lebih bermakna..tanpa sakit,bahagia xkan dapat dikecap an??

kenyataan memang pahit tapi bagi insan yang bergelar wanita macam eira, eira rasa itu yang terbaik daripada hidup dalam angan2 dengan harapan palsu,dusta dan akan menyakitkan di kemudian hari..
eira bukan apa, sakit di hati memang parah, tapi yang lebih sakit apabila seseorang xpuas hati dengan eira??entah apa alasan yang kukuh patut diberi pun eira xtahu..tapi yang jelas, memang eira sedih melihat dia,tapi xmungkin itu dijadikan isu untuk eira xpuas hati..apa salah eira? salah ke kalau hati eira terpaut pada si dia??jujur eira katakan, eira jatuh hati pada sikap,perangai dan peribadinya yang mampu menawan hati gadis yang mencari nilai kehidupan yang sebenar..malang nasib si dia mencintai gadis yang eira rasa langsung xlayak buat dirinya..

biarkan ia seketika,mungkin akan berlalu dek masa yang sedang berlalu..xsemestinya hidup terus hidup dalam kesakitan..dalam keperitan ini, si dia yang telah lama menghilang muncul kembali menawan hati ini..apa harus aku lakukan??hati remaja mana yang x tercabar??saat kesedihan menimpa, muncul sang hero mengubati hati yang hancur berkecai??

buat masa sekarang, biarlah eira sendirian seketika mencari jawapan yang pasti, moga keputusan eira yang terbaik..semua yang hadir, rasa sayang mencurah, tapi masing2 punya kelebihan dan kekurangan..yang paling penting, dapat terima keadaan eira seadanya an??

Saturday 30 April 2011

dia,si tua keseorangan

assalamualaikum..

just short entry..sdikit luahan yang agak menyentuh kalbu eira..

ari ni eira g jalan2 trengganu..rindu my family kt sana..alhamdulillah sume chat..my cousin pon da abis matrik..p xsmpat jgak nk ketemu..xpe2..len kali aje..

sempat jgak eira singgah 1-2 rumah saudara-mara yang laen..eira pernah pegi jgak sebelum ni,p xknal mne la..pegi sekadar jalan2...
mama,kakak ingat rumah ni,tapi xtahu la rumah sape...
eira ingat2 lupe la..aissshhh..

Ya Allah..Engkau aje yg mengerti prsaan hamba waktu 2..agak lewat ktorang singgah sana..rumah gelap x dibuka elektrik..seorang insan tua y da xb'daya keseorag dlam rumah 2...eira tnya mama,mne sume org pegi,mama jwab xde da org..lau dulu ramai,skrang tggal nenek 2 sorang2 aje..kdang2 anak menantu pegi jnguk kasi mkan..

anak2 da xlarat ke nak jaga??Ya Allah..janganlah Engkau jadikan aq seperti anak2 nenek 2...

eira singgah jgak kt umah moyang sorang lagi...dalam 100 meter kot dr umah td..p ni lbih ok..ade y jaga..lebih terurus,bersih...p da nyanyuk da..10 kali tnye eira soalan y same..

sumpah,air mata eira hmpir2 nk ngalir..sedihnya bla org 2 sendirian kt umah..ntah mkan ntah tidak..nk pegi bilik air..nk minum..bosan..mcm2 la..

wahai anak2 sekalian..apakah engkau tegar melayan ibumu seperti itu??apakah engkau lupa akan jasa dan kepayahan mereka melahirkan,membesar,mendidik,menjaga engkau sejak kecil???apakah mereka mengungkit kembali??tidakkan??hanya mereka memerlukan sedikit perhatian di hari2 akhir mereka di dunia..itu aje..susah ke??

Friday 25 March 2011

kenangan tingkatan 3 terimbau kembali

assalamualaikum..

wah..pagi2 lagi ari ni eira da postkan entri...hmm,bkannye ape, eira jnis mlas nk taip..dr smlam lgi bukak 'new post' p kemalasan m'hantui dri ni..npe la mnusia xcpta laptop gne hati je??snang an??

semalam adik eira ada keluarkan satu kertas, so eira tanya lah dia..
kertas pmr tahun bila tu??tahun lepas ke dua tahun lepas??
diam pulak minah ni,macam aku cakap dengan batang kayu..hahh..
bukan, kertas kerja kursus geografi..
hmm..eira pun duduk belek-belek lah..aisshh, menggamit memori eira masa form 3 dulu..bkan main susah nak buat..sampai nak nangis pun ada masa tu..tak ada bantuan langsung dari siapa-siapa..tapi semua dah lepas dan markah eira terbaik punya..

dia cakap nak tulis tangan, cikgu dia takut ramai pelajar yang main copy senang-senang saja..hahh..tak lawa lah tulisan adik eira tu..so,eira paksa juga buat dengan laptop...

dia duduk sibuk tnye nk wt cmne..nampak cm eira mula-mula dapat kertas 2 dlu..bingung+bengong.. kalau kakak dia dapat markah baik, kenapa adik dia tak boleh kan??so,eira akan jadikan kerja kursus dy 2 y t'baik dlam klangan dyorang..

kali ni dy dpat tjuk pencemaram alam sekitar..lbih sng coz kne wt kjian wt sekitar kwasan kg eira aje..eira dlu terpaksa ke bandar utk buat kajian..(bandar dekat saja dengan rumah)

warna tema folio kje krsus wne oren..eira tnye la npe plih oren,upe2nye cg da ttapkan..nice jgak oren 2..
harap2 pape pon kje y d beri tahun ni dpat dilaksanakan dgan sebaiknye..huhh..adik n kakak terpakse siapkan kajian..makin sibuk la tahun ni..2-2 amik exam besar

Saturday 19 March 2011

kembali ke sekolah

السلام عليكم
ari ni last day cuti..eira relax je kt umah..p otak ni xprnah relax..cmne nk kasi relax ea??esok da start ari y pnuh ngan cbaran dan dugaan..moga eira still mmpu lalui ngan sabar..

xde kjayaan tnpa dugaan..byak sgt dugaan taun ni..dugaan plg bsar adalah MALAS..eira plg malas nk wt omwork..hisshh..dugaan kedua plak,hati n prasaan..huiihh..

esok da start skul..omwork byak sgt x ciap..asyik duk layan prasaan mlas aje..ntah bile la nk ciap..org len da ley duk relax,eira still ngan omwork y ntah ble nk ciap..
ohhh..thanx pada spe2 y komen lam post yang lepas..eira amik kputusan akan truskan..doakan eira n de group success..moga2 ade kesepakatan lam group ni..
ok la..stop smpi cni..nk smbung balik omwork y t'bkanglai 2..wallahualam ble mmpu eira ciapkan..
cikgu,i'm so sorry..but not my false..i'm de victim in dis case..he wronged actually..

Sunday 13 March 2011

bila mama tengok result eira

agak2 korang la,mama eira ckap pe bile result 2 da de kt tgan dy??cbe korang teka..

hmm..sakit telinge eira kne leter..adess..nyesal aq kasi tgok..panass!!errr..

mama ckap,ari2 da aq blajar p dpat result truk gak..ari2 da pgi klas..ase cam x b'ksan lgsung lam dri eira nihh..ntah la mama oii..mb bkan rezeki lagi kot..

mama eira suh tmpal kt pokok klapa..kassi tayang kt sume org..biar sume org tgok n tau cmne result anak dy..hisshh..mama ni pon 1, lau ok xpe r..ni merah mka aq lau org tgok..

ehh..dpan umah eira wt knduri esok..ari ni da kne g tlong2..p eira MALAS..duk menaip kt cni aje..

Friday 25 February 2011

susahnye nak cari info sal bundle nihh..

aarrgghhhh...

bencinye..da puas cari,ia belom ketemu jgak sihh..nk cari kt mane lagi???

perniagaan bundle byak r,p xde 1 pon ckap sal sejarah bundle..ntah dri mne agaknye perniagaan bundle 2..

xde pulak y b'ckap sal modal,keuntungan,penerimaan pelanggan..susah giler lau camni..

kt mne lagi eira nk search ni???cbe kasi ckit idea korang y agak bernas 2..

Saturday 19 February 2011

hari yang meletihkan

nmpa x sttus eira kt fesbuk y eira upload 2??so,eira xyah xplain pnjang2 sal my feeling..korang sndri sedia maklum..

ari ni eira d mnta oleh cikgu eira utk tlong jualan..n nk bncang sal something..p xbncang pon..sebaliknye eira kne meniaga b'same 2 org form 4..mmber2 laki de 2 org p duk goyang kaki ala2 bigboss g2..aisseehh...

u all tau an,,eira de smbutan maulidur Rasul kt skolah..skit giler pggang..ntah r nape..mb semangat ngat kot..ari plok sharian duk skul..eira da blik umah tgah hari p dri sndri xchat je..tup3..cg ckap xyah r g..yess!!

p mmber laki eira mntak eira dtang..kecian plak kan..so,eira cergaskan dri utk terus bangun n truskan jualan eira..

ok r..sekian dulu..ehh..nk post sal bulan kjap t..bulan ape??jgan pk bkan2 sudaaa...

esok eira kena meniaga jgak..ag truk esok,hanya b'2 @ b'3 shaja..hmm..nk study add math jgak time 2..nk suh mmber laki eira 2 ajarkan..ciap r ko..wait 4 me esok..

Thursday 17 February 2011

exam eira da selesai

yeeaayy..exam baru je abis..huhhh..
paper last abis jam 1 petang td..fizik paper 3..ley la relax2..xyah duk bgun 2-3 pagi study..penat sihhh...

result nye ntah r camne..eira ase truk sgt exam kali ni..cik MALAS mnyerang x kena mase..truk tol..

hmm..pagi td eira lewat again...plik,xde urat cinta p kne buat amal ckit..apee??kutip sampah kt pdang..p ckit je..KP baik sgt..

huhhh..xprihatin lgsung..xtau ke aq nak amik exam??mase eira msuk klas..orang len da start jwab chemist paper 3..fulamak..nseb baik xlmbat sgt..

exam da abis,result plak mnunggu..malu kt cg2..ssah2 dyorang ajar,mrkah eira hampeh jgak..truk2..

eira hrap,eira de prubahan pas ni..jgan asyik duk lyan blog n pljaran lupe ntah hanyut d pggir mne..

esok skul eira sambut maulidur Rasul..esok nk kne berarak smbil selawat..xsabar tau..jauh giler track taun ni..p xpe..tetibe je aq semangat nihh..pelik!!!

Friday 11 February 2011

aikk,lame ke aq da x keluar??

heyy..
eira so busy la dis week.. pape pon,smpat ag wt entry baru ari nihh..exam slame 2 mggu igtkan nak fokus kt exam p tbe2 ase nk menconteng2 kt cni..

orite,back 2 de topik..tadi eira kuar ke bndar ngan papa..nk pgi bli buku rjukan fizik..(eleh..nk promote smngat nie..)

on de way,da dkat smpi kt bndar 2 kan,eira syok sorang kjap..wow..cam de 4we encem dpan mate eira smpi dilema seketika..huhh...jlan kt bndar 2 de kje2 baik pulih..JKR pcahkan jlan n nk wt jlan baru..

jauh benarrr ktorang kne u-turn..mak aihh..sesak ngan orang..da r ari ni de psar mlam..

tbe2 ase cam duk lam bndar bsar plak..bndar dungun da makin maju..da xmcam dulu..byak muka baru je eira tgok kt bndar 2..

ni la sbb eira mlas sgt nk kuar..bandar 24 jam pnuh ngan orang..buat ape ntah duk lame2 kt bndar 2..korang rase camne??ishhh..syap2 sudaaa...

ok laaa..mlas nk byak2..t korang pning..eira de ag exam ni..doakan ea..wallahualam..

Friday 28 January 2011

eira masih lagi tersenyum

kdang2 best bile kite dpat tau knyataan y sbnar..xde r kite idup lam kepura-puraan/angan2 x sudaaa..

dr td eira asyik duk on9..ble bukak fesbuk,de komen mmber eira..so brat ase nk blas..pape jgak,eira tbe2 blas..n eira dpat tau 1 kenyataan y agak ----..nak ckap cmne ea??korang tfsir sndri leerrr..(mlas nk cpture komen ktorang,korang x fham jgak..loghat trengganu)

si dia da b'punye..opssss...

nk kte eira cdey..xxx..nak kte hepi,yuuppp..eira ase hepi..ntah r..ala cover r 2..ehhh..xde r..p eira tol2 ase cam ilang 1 beban..(jaat kan eira??beban ke??)

eira x kesah sgt cox dy bkannye 4we eira..huhu..xde r smpi nk mnangis air mata drah..melampau r 2..

eira xkan cdey atas kbhagiaan orang y eira prnah syang..mmber eira ckap si dia kapel ngan mmber dy..eira pon knal bdak 2..eira jd lbih snang plak..bkan ape,eira akan lega lau tau dy hepi..

ape lagi nk ckap ea??xtau r cmne prsaan eira skrang ni..bkan x prnah rasai keadaan ni p x tau plak ia akn t'jadi lagi..

eira da xlrat lau nk cdey2 sal llaki..bg eira,dyorang ade ke x,sme aje..x bg kesan kt eira pon..jux ati aje b'bnge..p xde pekdah pon kan??biar r Tuhan je y tntukan sume..

esok eira akan dpat blik sim eira..hooreeyy..p asenye da xmo gne kot sim 2..ellooo..bkan sbb si dia ok???p hjat ati da lme nk sgt tkar nombor..sukar eira nk byangkan lau b'tmbung ngan dy..slame ni lau eira mmpu steady,agak2 kali ni cmne ea??

seriously,sukar sgt eira nk post entry ni..macam2 prsaan y bermain2 lam diri eira..doakan eira tbah utk lalui sekali lagi knyataan y eira xkan lagi ggu hdup dyorang..

Saturday 22 January 2011

follow vs follower

salam..

first,eira ase b'tuah sgt..kdang2 xsgke de jgak orang y fllow blog eira y xsbrape nihh..nk kte mnarik,mmg x r..o mb jux nk naek kan rating traffic blog msing2...wat ever, thanx ye pda spe2 y sudi fllow blog i..

eira ssah sgt nk fllow blog org..x caye??mmg ye..biase nye,org an fllow eira n eira akn follow back..ntah nape eira ssah nk follow orang..blogwalking pon jrang2..

p ade jgak y fllow eira..even x rmai p eira ckup b'trime kasih..blog xkan mriah lau xde fllowers..

hmm..pda mne2 followers eira y eira still x fllow u all, bkan niat d ati tau xmo fllow back..eira x jmpe pon blog u all..kdang2 2,men fllow je..xde plak jejak y d tggalkan..x ke ssah eira nk sedar..

ok r..pda fllowers eira,sila tggalkan url blog u all lam komen ni lau eira still x follow u all..

lau spe2 de t'bace entry ni n u all x follow blog p fllow 2 ag blog eira, tggalkan jgak komen kt cni..

Wednesday 19 January 2011

papa da start 'membebel'

salam...

ari ni mlut eira kecoh..ishh..penat2 duk planning ngan mmber xmo g skul..hehe..kantoi..kene pgi jgak skul esok..damn..oppsss...

eira ckap la kt mama blik aje skul 2..ehh..lpas eira bgun dr tdo ptang td..lupe laaa...so,mama senyum aje..

eira : mama, kena g jgak skolah esok..hmm..de msyuarat agong kelab..(muke cdey ni tau..)

mama : (dngan snyuman manis) xpe..xkan nk ponteng sokmo..byak doh dok g skolah..

ha'aa..byak jgak eira x g skul..bkan mlas ok??da x bljar,nape nk g skul?nk duk gosip2 ke??tmbah dosa y smmgnye da byak nihh..

eira ni mlut xley diam..nk b'ckap aje..ade je bnde nk ngadu kt mama ngan papa..so, eira ckap la sal kne g skul esok..papa cam heran je ngan ayat eira 2..

so,eira xplain la..x blajar..opppsss...ayat eira slah ke??papa da b'lter..papa ckap eira da nk amik spm taun ni,xkan xblajar kott..mmg btol la..ade majlis len kt skul..ari ni de rptai wtkah plntikan pngawas..cg x mngajar..blik awal coz ptang de rptai utk rentas desa..esok de wtikah plntikan pngawas,khamis de rentas desa..ble mse nk bljarnye??ntahhh..

papa suh eira wt list..time bile x blajar..de aktiviti le..plik kan??nape??sbb papa nk kasi kt cg2 lau anak dy x dpat straight A..wow..

ishhh..lau papa tau eira kuar..lagi trok kan??xpsal2 ungkit sume sbb y xde kena-mngena y mnyebabkan result eira kureng..

papa bkan b'lter 2..papa juz amik brat sal anak dy..amik brat ttg pljaran his beloved daughter..xsgke..papa p'diam,lgsung cam xamik brat..y papa tau, eira must got full A when rsult announced..

thanx papa..kakak xtau plak papa amik berat even u lgsung x hrau i pnye prasaan..peritnye nk dpatkan 1 A..huhu..

Friday 14 January 2011

perlu ke up date???

salam...
ntah r mne hilang jnji eira..da cmpak kt mne ntah..kjap ag eira cari..

kate nk stop kjap blogging..p ttap sme aje cam dulu jgak..post aje kje aq..bkan ape, mb da jdi tbiat ble bukak internet, tgan mesti gatal bkak blog.. ble da bukak,mcm2 r nk wt..

perlu ke update blog ni??t'lintas jgak lam ati..ishhhh..pda spe2 y da mmg addicted mmg ckap 'perlu la'..bg aq, ntah la jgak..

aq bkan ape, bkan mnyibuk o pape r..td mse pas abis klas math..ktorg sume kne g surau..so, aq g surau then lpak kt c2..xpatot kan..aq pusing kiri sbb syok sgt bdak2 2 duk sembang smpi x sdar aq duk prhati..

dyorang ckap sal blog..nmpak cm baru ag lam dunia blog..nmpak ktagih semacam aje..pape je a adik2 ku..

sorang cm frust sbb 1 mggu x up date..de jgak cam 2 upenye..sorang ag plak dok asyik tnye cmne nk cntikkan blog cm y sorang ag tuhh..cian jgak aq tgok, mmber dy wt 'derrkkk' aje..lgsung xmo share..

adik2, akk pon blogger..xde plak kdkut sgt..i share aje lau korang nk tau pape.. n i xde plak addicted sgt..ase2 nye,korang akn amik pmr..fokus sal blajar dlu...nk glamer pas ni pon boleh..

aq hrap sgt aq x jadi cm bdak2 td..hrap2 aq xleka ngan bnde2 nihhh..nk blogging pon prlu ade hadnye..jgan smpi idup ntah ke mane..xde mse dpan laaaa...

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...