PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Saturday 27 December 2014

Banjir 2014

Assalamualaikum. Cuti study week melepak dekat rumah. Hehe.

Rumah eira tak banjir pun sebenarnya. Rumah mak sedara yang banjir. Ni dah masuk seminggu air naik.

Tiap petang kerja eira ikut papa tengok air banjir. Kadang pelik jugak, tengok berita banjir makin teruk tapi sini tak hujan pun. Macam pesta tengok bebudak main air banjir. Jangan sampai lemas sudah dik oi.

Kerang banyak naik kat pantai dungun. Kami adik beradik diberi amaran keras, " jangan pergi pantai! " Aduh, papa ni tak sporting ah. Oh my.....

Ok, harini naik faber round area banjir. Hooorraaayyyy. Even takut air, aku buat bajet berani. Air naik sekerat dada. Itu dada cousin lelaki. Kalau aku lah kan rasa cecah kepala jugak.

Sunday 7 December 2014

Selamat pengantin baru

Assalamualaikum.

Tahniah kawan. Akhirnya jodoh kau dah sampai. Tersedar daripada lamunan, aku check kalendar. Aku rasa macam dah dekat tapi confuse, aku bukak balik facebook tengok invitation. Oh, esok (6 Dis). Aku tetap sama. Masih di ump tekun menghadap semua assignment yang menimbung.

Cerita hati suatu ketika dahulu. Insan yang pernah terlekat dekat hati. Cinta monyet barangkali. 5 tahun tersimpan rapi dalam hati. Saat aku tahu kau selamat ditunangkan, rasa itu makin pudar. Aku tunggu kau invite aku dekat fb. Moga kau masih ingat aku, biarlah aku pendam seorang. Yes, kau invite. Kau ingat aku or memang semua friends kau dapat invitation tu. Ah, persetankan semua.

Allahu. Dah kenapa yang jiwang sangat? Sabar wahai hati. Okay, ayat bunga-bunga, sangat tak faham. Alhamdulillah, si dia dah selamat diijabkabulkan dengan jodoh Allah untuk dia. Aku bahagia. Ya. Aku bahagia. Senyum aku ikhlas untuk kau. Serius, doa aku ikhlas. Aku doakan kalian bahagia sampai akhir nyawa kalian. Moga kau jadi suami dan ayah soleh yang mampu bimbing anak dan isteri sampai syurga. Nampak macam cliche aje kan tapi jujur aku ikhlas. Aku ikhlas lepaskan kau dari hati aku. Aishhh.

Siapa kata hati tak terguris langsung? Sorry. I am jealous. Bukan sebab dia bukan jodoh eira tapi sebab dia dah bahagia dengan jodoh dia. Jealous dari segi positif, kebahagian dengan yang halal. Hah. Bila nak jumpa jodoh kalau tiap masa busy? Hahaha. Dah nama student kan? Sabar aje lah sayang oi. Student ump? Hurm. Tak ada yang handsome. Demand ! Hahaha. Tak adalah, just belum jumpa yang berkenan dekat hati. Belum ada yang sesuai dengan hati sendiri.

InsyaAllah. Allah Maha Kaya. Bila tiba masa sesuai, jodoh tu akan sampai. Bila, siapa, jangan persoalkan lagi. Mohon bersabar ya cik eira. Jodoh yang terbaik, bukan seperti yang kita mahukan tapi seperti yang kita perlukan. Aku banyak cakap, serius, potpet potpet, nanti dapatlah suami yang sedia mendengar semua celoteh aku nih ha.
Allah. Besarnya kuasaMu. Sumpah, aku rindu jodoh aku. Jodoh yang boleh buat aku rasa tenang. Jodoh yang halal untuk aku bermanja, dapat sepenuh kasih sayang. Macamlah sekarang mama papa tak bagi kasih sayang. Adeh. Still tak sama kan?

Saturday 29 November 2014

Puzzling week

Assalamualaikum. Dah lama nak post entry, hari ni baru ada kesempatan nak menaip. Padahal guna handphone aje pun.

Setiap entry mesti ada cerita tersendiri. Eira rasa sem tiga ni a little bit difficult for me. Hah, dah kenapa? Minggu ni saje pun tak sempat nak call mama papa. Seminggu just sekali je call mama papa. Kerja berlambak. Assignment, kerja group, apa lagi eh?

Setiap jalan yang kita lalui pasti ada dugaan. Dugaan dalam bersahabat memang paling mencabar tahap iman. Aku tak perfect. Aku cuma insan biasa. Tolong faham aku, kawan. Best kalau dapat geng satu kepala tapi kalau tak, memang haram lah sikit jawabnya. Every second jadi sakit hati bila teringat dekat dia.

Ulser mulut. Pernah dengar? Pernah kena? Alhamdulillah, eira dah baik. Masa kena ulser, nak marah pun ada. Tiap masa nak bad mood. Ye lah, kalau tak kacau tak apa. Ni duduk kacau mood makan aku. Aku nak sangat makan tetiba sakit. Aduhhhhh. Ada yang bagi petua, letakkan garam atas ulser tu. Ok, aku try. Mamaaaaaaaa. Ya Allah. Sakitnya. Aku letak garam perisa oren je sebab mana nak cari garam dalam ump ni kan. Kena kreatif nak solve the problem.

Ok. Dah nama pun puzzling week, sekali dengan entry puzzling. Sekejap kawan, sekejap ulser. Nak tambah kekarutan lagi. Mama call cerita masalah dekat rumah. Allahu. Tuhan Maha Kaya. Dia takkan beri ujian andai kita tak mampu nak laluinya. Aku cuma doakan mama papa kuat. Air mata setia jadi peneman. As usual, thank you makcik wanie. You are the best. Terima kasih sebab setia mendengar.
Again, mama call. Suara papa macam dah okay. Suara mama, macam biasa, aku anak, aku faham perasaan dia. Just ignore her. Nanti sembuhlah luka dia tu. She just need more time. Tetiba tengah cakap, mama tanya, kakak tak nak cakap apa-apa ke dengan along? Aku jawab, nak cakap apa dengan dia? Macam tak ada motif sangat tetiba nak kena cakap dengan along. Kalau dekat rumah benda tu tak pelik sangat. 'Bertuah punya adik!' Aku kerling dekat laptop. 26 Nov. Ada apa eh? Allah. Birthday along. Hahaha. Kecik hati along. Sorry along. Kakak lupa. My bad.

Apa lagi nak cerita. Eh, nak story sikit pasal upsr. Tahniah buat sepupu. You all dah buat yang terbaik kan? Jangan pernah mengalah, perjalanan jauh lagi. Teringat pulak dekat anak didik. Tengah syok bercuti eh?
Last. Duit macam air. Huwaaaaa. Rasa macam baru aje ambik duit dekat atm, bukak purse, aikk manaa duit aku.

Dah. Kan lelama makin puzzle story dalam entry ni. Bye. Hmmm, nanti nak story zaman I ambik result upsr lah. Next entry please miss eira.

Monday 27 October 2014

Sayu di hati

Assalamualaikum. Selamat menjejakkan kaki ke bumi gambang semalam. Sedih, pilu masih bersisa dekat hati.

Cuti midsem eira janji nak mengajar anak-anak didik. Memang semangat balik nak tengok kerenah diorang. Eira hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Memang kuat naluri dekat hati nak balik awal. Alasan dalam kepala cuma janji dengan abang chik sebab nak ngajar dia. Final exam dah dekat sangat ni. Nak kasi semangat sikit untuk dia teruskan perjuangan sampai ke saat akhir. Bye-bye ump, petang jumaat dah gerak naik rapid kuantan. Dalam pukul 12 tengah malam jugak baru sampai dungun. Angah jemput, then berhenti makan. Kitorang sibuk sembang benda terjadi dalam masa terdekat. Rasa macam baru 2 minggu tinggalkan dungun dah macam-macam terjadi. Ada berita happy. Ada jugak berita kematian. Innalillah. Moga tabah hadapi semua.

Even busy, entah buat apa kan, pergi jugak jenguk kawan yang sakit. Hehe. Eira happy. Sebab?? Dia sakit sebab dapat baby. Dah tua aku. Jadi mak cik lagi. Baby boy. Teruja tengok dia susukan baby. #akubilalagi

Allahu. Eira dapat panggilan daripada ayah long. Dengar aje suara dia, eira terus kelu. Kepala teringat dekat mak long. Air mata menitis. Rindu dengan senyuman dia. Tetap tersenyum even tengah sakit. Allah lebih sayangkan mak long. Allah tolong jagakan mak long untuk kami. Satu saat nanti eira pasti akan lalui jugak. Kehilangan insan tercinta. Moga kalian kuat lalui ye sayang.

Hari selasa, balik rumah su. Sepupu nak kahwin. Eira yang paling busy. Hehehehe. Penat bukan main. Anak dara tinggal berapa orang aje. Itupun yang melayan tetamu semua anak teruna. Eh, aku yang tua ke diorang makin membesar? Hahaha. Semua dah besar ye. Kakak jugak maintain kecik cenggini. Ada yang panggil eira, kakak pendek. Aiyakkk. Dulu kau kecik, sekarang semua macam zirafah.

Saat nak tinggalkan sepupu dekat rumah mak mentua dia, eira yang sebak. Dia yang kahwin, aku yang sedih. Serius, nampak mata dia berair. Aku peluk dia then cakap macam ni, 'tak aci nangis eh'. Padahal aku yang nak jatuh air mata. Cakap memang senang. Nak kahwin. Nak kahwin. Bila lalui barulah rasa perit. Nak kena adapt duduk rumah orang. Kak ya kena kuat tau. Tak nak sedih-sedih. Rindu, call aje. Amboiiiii, pandai aje aku nasihat. Time aku nanti, menangis air mata darah kut. Mama. Mama. Mama. Patutlah jodoh sampai ke hari ni tak ada lagi. Aku tak kuat.

Time nak balik, aku perasan muka cousin semua sedih. Yang kecik dulu dah besar sekarang. Semua dah larikan diri. Tinggal yang kecik-kecik yang berkepit 24 jam dengan eira. Sayu muka kena tinggal. Nanti tak adalah yang nak bagi diorang makan. Tak ada dah nak main dengan diorang. Tak ada dah suara menjerit panggil diorang makan, suruh pergi mandi, naik solat, bla bla bla.

Okay lah, last, teringat muka miqhaeil bila kitorang suruh balik. Muka merajuk. Even baru 2 tahun, dah reti rasa sedih nak tinggalkan mama. Macam mana lah sekarang bebudak tu semua. Bila lagi nak jumpa. Cuti eira paling dekat pun, cuti sem. Itu pun memang payah nak balik kampung. Anak-anak sekalian, jangan rindukan kakak tau. Kuatkan semangat. Jangan malas makan nasi. Jangat tahu nak main je tiap masa.

Monday 6 October 2014

Masalah sebutan R

Assalamualaikum. Selamat hari raya aidiladha buat semua umat Islam di dunia.

Ok. Macam pelik je tajuk entri tu kan. Apa masalahnya?

Eira rasa dalam 2 minggu ni jari sibuk je menaip dekat google pasal huruf r. Kenapakah? Actually, eira pelat r. First time aku mengaku aku pelat. Hah. Lantaklah. Macam-macam tips dapat daripada entri orang lain. Siap duduk layan youtube lagi nak practise untuk rawat sebutan r.

Petua pertama aku jumpa, benamkan muka dalam air then sebut ro ro ro banyak kali. Serius, balik rumah try buat. Tak jadi pun. Maybe sebab sekali je kut buat. Buat tapi bukan ro yang keluar, cuma angin semata. Siap abang ketuk pintu bilik air tanya kenapa. Sengih aje lah jawapannya. So, eira try buat gini, try bunyikan ro masa air paip hujan jatuh ke muka. Ala-ala benamkan muka jugak lah tu. Huhu.

Petua kedua, getarkan hujung lidah. Sorry bro and sis sekalian, bagi kami yang memang tak mampu nak sebut huruf r, memang payah nak nak getarkan hujung lidah. Ingat senang nak getarkan lidah macam youtube tu buat? Cakap memang lah senang, aku ni dah naik sakit kepala duduk practise. Naik migrain ! Tapi eira try mainkan lidah kat hujung lelangit then try bunyikan. Memang buruk tapi practise make perfect. Memang naik pekaklah budak bilik dengar aku asyik duduk sebut huruf r tak menjadi.

Ok. Ni petua masa sekolah menengah dulu. Ustaz tu tengah ceramah then bagi petua ni. Ambik daun nyior ataupun daun kelapa, then urut lidah tu. InsyaAllah menjadi. Tapi dulu aku tak buat pun, so sekarang baru nak try. Entahlah macam mana nanti.

Dari dulu lagi dah pelat sebenarnya. Aku perasan bila dua orang kawan lelaki tegur, cuba sebut balik. Aku dengan selamba sebutlah. Apa yang peliknya? Then diorang ulang balik. Dah kenapa buruk sangat bunyinya? Musykil aku kejap. Oh, aku tak boleh sebut r rupanya. Baru aku tahu. Masa tu form 2. Thank you lah ye kawan.

Teringat masa sekolah rendah dulu. Pendidikan seni. Lukiskan huruf yang anda suka. Aku lukis huruf R. Aku hias cantik-cantik. Aku pun tak sure kenapa suka sangat huruf R tu. Tapi masa tu aku tak sedar lagi aku pelat r.

Masa berlalu tapi aku buat dont know je pasal masalah sebutan r ni. Kenapa? Sebab aku orang terengganu. Cuba perhati betul-betul orang ganu cakap. Memang kebanyakkannya tak ada huruf r ataupun jadilah 'gh'. Contohnya, krismas jadi kismas. Rumah jadi ghumah. Tapi tipu pun. Aku pun sebut gitu.

Paling menyakitkan, time matrikulasi dulu. Semua orang luar yang pentingkan huruf r. Selalu kena dengan diorang. Apa dia? Kamegha? Iron wod? Ok, itu kekadang aje. Paling banyak kena sebut, bakery. Sebab sokmo pergi bakery. Bakery. Bakery. Bakery. Ada yang hentam, ada jugak yang back up.

Time jadi cikgu part time. Ini satu lagi masalah. Mengajar budak 6 tahun. Nak kena mengeja satu-satu. Ok, kita tulis nama buah. Buah strawberi. Ayooooo. Dah lah kena sebut siap kena eja lagi. Part r tu slow aje. Apa dia? Ha? Abang ngan kakak dia tolong cover. Then ada satu masa tu, diorang tanya, kak mira pelat r eh? Cuba sebut r. Ok, diorang supportive. Tak jatuhkan aku langsung. Thank you sayang.

Ini kenapa baru sekarang sibuk nak baiki huruf r?? Sebabnya, lecturer english eira suka sebut satu-satu. Mak aihhh. Naya. Nanti nak kena present kat depan. Interaction dengan someone else. Lagi satu sebabnya, my name is eira. I cant pronounce even my name. Member selalu back up bab nama nih. Malu wehhh.

Ok last, nak tanya, ada ke sesapa yang ada lagi petua nak hilangkan pelat r. Nak sebut dengan betul huruf R. Kadang aku nak muntah sakit kepala bila sokmo try sebut.

Friday 26 September 2014

Proud of you, dear.

Assalamualaikum. Dah malam pun excited lagi duduk belek blog ni. Ada something sikit nak share. Ehhh, kejap, dah lama menaip ikut phone tetiba rasa janggal pulak menaip ikut lappy nih.

Whatever lah. Janji boleh menaip kan? Okay, kan selama ni eira jadi cikgu private sementara. Orang lain sibuk happy dengan cuti sem, eira 'study' macam biasa. Ahhh, kadang rasa penat even kena revise balik subjek sekolah rendah. Penat melayan kerenah anak-anak didik. Ada yang gaduh, ada yang sibuk mengadu itu ini, last-last ada yang merajuk. Tak salahkan diorang pun, dah nama anak kecik kan. Nakkan perhatian semata.

Suka ngadu kat 'abang chik'. Letih, penat, bla bla bla. Kadang dia dengar tapi dia tak melayan pun. Kadang dia hentam aku balik. Ini kes lawan tok guru ni. Hehe. Diorang ni budak bijak cuma kena teman aje. Abang chik ni darjah 5. Kalau dulu eira ngajar kakak dia masa dia darjah enam, sekarang dia dah form three. Dah besar, i guess dia dah pandai nak manage her work. Kadang ada jugak dia tanya. Itu Along. Cukup berdikari. Si angah pun eira ajar kejap, now dah form 1. Semua senang cerita, memang dah teror, cuma kena temankan aje. Abang chik ni bukan tak reti tapi malas sikit. Lelaki kan, biasa lah tu. Kak teh paling manja, baru 6 tahun tak silap. Kesian dekat dia, akhir-akhir sebelum eira masuk U, banyak dia kecik hati. Mana sempat nak layan kerenah dia, si abang dah dekat nak exam.

Cuti sem 3 bulan haritu memang fully ngajar Abang chik. Payah nak tarik minat dia buat kerja, ikut apa yang kita ajar. Apa yang dia tahu cuma nak ajak sembang. Macam-macam benda mengarut aku kena jawab. Layankan aje. At last, dia dah ngam dengan cara eira then banyak dia berubah.
Baru-baru ni dia ada whatsapp lah kan, entah nak apa. Dah nama pun budak, mesti nak mengadu ke tanya soalan ke. Guess what?? Agak terkejut even dah jangka. Apa yang aku harapkan termakbul. Allah aje yang tahu perasaan aku.
See? Tak sia-sia kan usaha eira selama ni. Sabar itu buahnya manis. Berkat usaha dia, dia dapat apa yang dia nak. Rasanya dulu gred dia dalam C or B kut, tak adalah teruk sangat tapi kami tak letakkan harapan yang tinggi pun kali ni. Bila dia dah dapat 3A ni, aku orang paling happy. Baru aku cakap dekat dia, tak payah dah lah aku pergi mengajar, boleh lah duduk relax. Dia reply macam tak suka aje. Ok fine, ibu dia pulak yang whatsapp tanya bila eira cuti. Aiissshhh. Again, kena hadap jugak muka dia ni.

Okay lah, Kak Mira doakan Abang Chik terus sukses dalam study. Ni semua usaha abang chik, bukan sebab kak mira. Andai kata nanti kak mira dah tak ajar, teruskan semangat untuk berjaya. Study jangan malas. Jangan tunggu kak mira baru buku tu terbuka.

Friday 19 September 2014

Hati flora flora

Assalamualaikum. Cuaca dekat bukit gambang kejap panas kejap hujan. Aikk. Macam serasi aje dengan perasaan ni. Start gedik dah. Hehe.

Macam-macam berlaku beberapa hari ni. Rasa letih, penat dengan study. Lama sangat tinggal, so sekarang kena struggle balik. Subjek sangat tough ye tahun dua ni. Nak nangis pun ada jugak. Senyum simpul bila adik junior tanya, "macam mana study akak?" Tak payah nak ber'akak' sangat dik eh. Senyum simpul nak jawab soalan adik junior. Hahaha. Pointer? Eira cuma boleh ucap syukur even kena banyak lagi usaha. Bukan takat update dekat fb, wechat, twitter dah mampu genggam deen list.

Ok. Back to our topic. Hati flora flora. Kenapa eh? Sebab rasa happy. Tipulah kalau tak ada benda yang mampu buat air mata ni jatuh. Kerinduan lagi dekat mama papa. Kawan-kawan yang duduk jauh semua. Pergi kelas sorang balik kelas sorang. Ecehhh. Macam tak biasa kan. Haha. Merepek je lebih. Hmmm. Dua, tiga hari ni layan tweet pun jiwang. Serius, dah jatuh hati. Tapi sayang, tetiba hati dah jatuh. Mungkin lebih baik begitu kan? Allah Maha Mengetahui. Tapi aku yakin, hati aku rasa happy. Biarlah, biar hati ni rasa happy even sekejap. Senyum sorang bila ingat dia. Apakah? Its time to kuburkan balik perasaan ni. Belum masanya lagi untuk biarkan ia mekar di taman hati. See? Jiwang karat kan leni?
Terima kasih akak tersayang. Setia mendengar masalah. Sanggup dengan adik ni seorang baik happy or sedih. Tak pernah pun akak mengeluh. Sentiasa dengan saya.

Eira yakin sangat dengan janji Allah. Biarkan seketika soal jodoh. Jujur dari hati, eira serahkan semua pada Ilahi. Moga dipermudahkan segala urusan jodoh.

Bila contact dengan geng-geng, syok pulak dengar pasal diorang. Ada yang nak tunang, nak kahwin, ada yang nak beranak dah, ada jugak berita dah selamat lahirkan baby. Wahh, dah dapat tittle mak cik. Tahniah ye sayang semua.

Okay last, rindukan mak cik seorang ni. Cik wanie. Jauh di uitm puncak alam. Tadi dia whatsapp beli beg sama. Sayang, harga tak kesah lah, tapi nilai pemberian awak tu bermakna sangat. Saya tahu awak setia dengan saya. Bila saya sedih, saya menangis. Awak ada. Semua tu dah cukup untuk saya. I love you, friend.

Sunday 7 September 2014

Now,please smile.

Alhamdulillah. Hari jumaat tolak dari rumah singgah bermalam dekat sungai lembing. Sorry mak long. Memang eira tak ada mood. So,nampaklah sikit punya biadap. Pagi semalam straight hantar eira dekat ump. Okay, check in macam masuk hotel. Punyalah excited berlari pergi pejabat kk. Then, kena tunggu sebab pukul 10 baru boleh daftar. Eh, rupanya eira silap kk. Bla. Bla. Bla.

Letih tak habis lagi. Iyalah, duduk aje dalam kereta. Penat panjat tangga lagi. Aras 4 wooooo. Tetiba rindu teman sepi. Ajaib kan. Mata ni gedik je. Air mata setitik dua. Otak cuma fikir mama.

Malasnya nak kemas barang-barang. Terabur lagi tu. Orang lain best je duduk rumah. Mesej senior pun dia dekat rumah lagi. By the way, semalam birthday senior.

Allah. Kepala sibuk fikir mama tetiba sepupu hantar whatsapp. Huhu. Amboi, i tengah sedih u all happy je kan. Dekat kemaman katanya. Happy makan satar dengan aiskrim. Syok je korang berdua ni ye. Anak sepupu yang degil lagi gedik.

Lega sikit bila tengok gambar diorang. Tadi kepala fikir macam-macam. Now, i can smile. Senyum biar hati masih rapuh untuk tinggal di sini.

Hati. Please kuat ye sayang. 3 tahun lagi dekat ump. Sekejap je masa berlalu. Dont worry my dear. Nothing can make u down. Cinta. Mohon ke tepi. Study. I love u. Allah. Kuatkan aku.

Wednesday 27 August 2014

Seminggu lagi

Assalamualaikum. Dari tadi duduk usha wechat, insta, whatever lah, lenguh jugak eh. Bosan. Laman maya, tak sama kalau ada geng borak depan mata. Tapi tadi sibuk tengok moment wechat geng-geng tetiba nampak status 'seminggu lagi'. Ada apa eh dengan seminggu lagi? Dia nak kahwin ke apa? Kahkahkah.

Rupanya, dah nak habis cuti. Dah nak kena masuk study semula. Hah. Live as a student. Bosannya. Serius, kadang ada yang tanya, tak bosan ke study?? Terlintas jugak kat hati nak jawab, bosan gila. Tapi, mulut gagahkan jua untuk senyum. Bukan apa, untuk legakan hati adik-adik yang bakal masuk U.

Dekat fb, dah ada geng yang masuk U uruskan adik-adik junior. Jadi abang and akak fasi. Muka nampak happy, tapi letihnya, Allah aje yang tahu. Ada jugak yang tanya, kenapa tak try jadi fasi, I bukan apa u all, I sayang nak habiskan cuti dekat U. Ah, gedik je lebih. Padahal anak manja.

Tadi papa sampaikan berita mak teh call semalam sepupu nak tunang dah. Alahai sayang, nak tunang dah eh? Tahniah my dear. Eira? Tunggu dululah. Mana tahu kalau sabar tunggu, ada bidadara turun dari langit kan. Ah, perasaan lagi. Hahaha. Jumaat ni makan nasi dagang lagi. Lagi? Naik muak jugak syawal ni. Nasi dagang je rumah terbuka. Nasi dagang mama jugak diorang pilih. Nasib baik mama yang buat. Hehe.

So, lagi seminggu. Nak buat apa eh, cuti nak habis dah. Barang tak kemas apa lagi. Rasa macam nak shopping tapi tengah pokai. Pokai. Macam mana mahu shopping nih? Ada durian runtuh tak? Nak sikit. Lalalala.

Hmmm, tetiba rasa untung kalau ada cik abang. Petik jari semua dapat. Abang manis. Ke manakah kamu? Aihhh, cari tak jumpa lagi ni. Untunglah nasib badan kalau dapat encik suami cenggitu. Berangan lagi. Hah.

Wednesday 13 August 2014

Rezeki milik Allah

Assalamualaikum. Dah lewat malam, tak tertahan rasa syukur di dada. Alhamdulillah.

Tiga hari sebelum raya, dugaan Allah bagi. Mungkin kecil, tapi cukup terasa. Hilang handphone macam hilang tok laki. Sekejap sangat benda tu berlaku. Eira tertinggal atas kerusi rumah mak angkat. Eira balik rumah then buat apa yang wajib dulu. Malam tu, memang tengah syok nak keluar pergi shopping. Dah dekat sangat nak raya. Allahu. Telefon hilang. Termangu kejap. Gagahkan jugak diri ajak along pergi cari. Bukan jenis eira nak tuduh sapa-sapa sebab tak ada bukti, tak ada saksi. Biarlah. Aku redha. Orang semua suruh buat macam-macam tapi aku tetap diam. Dalam hati aku, aku mintak Allah kuatkan aku. Hadiahkan aku senyuman yang mampu tenangkan jiwa.

Malam tu jugak, time beria nak keluar, kereta pulak rosak. Papa kata air bateri apa entah. Aku pun tak faham. Okay lah. Dah selesai semua tetiba rosak lagi. Rupanya bateri tak masuk cas. Kebetulan sangat, kereta abang mama bateri rosak. So, aku anggap je itu rezeki dia.
Dalam sakan beraya, eira paling berjimat. Banyak benda nak kena beli. Duit memang lambat lagi nak masuk. Tapi bila fikir balik, cuma duit mengajar je yang tinggal. Duit durian runtuh entah lah kan. Rezeki la kut.

Malam ni, berkat sabar, telefon dapat balik dah. Murah aje tapi banyak kepentingan jugak. Duit mengajar dia dah beri sikit dulu. Rezeki Allah. Bolehlah beli barang. Tak susahkan mama papa.
Rasa macam banyak aje masalah tapi Allah tu Maha Kaya kan?

Allahu. Serius, terkesan dekat hati. Terbaca moment kawan wechat share pasal aunty dia. Dulu dia breast cancer. Dia kuat. Dia cekal. Alhamdulillah. But now, dia dapat tahu dia kena brain cancer. MasyaAllah. Sayangnya Allah dekat dia. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu.

Point utama, rezeki memang milik Allah. Usaha, insyaAllah Allah beri. Setiap ujian kita kena lalui dengan sabar. Kuatkan diri. Paling penting, ikhlaskan hatimu sayang dengan semua takdir Allah. Senyumlah, moga kesakitan itu reda.

Thursday 7 August 2014

Be thankful

Assalamualaikum, salam syawal. Tak terlambat lagikan nak mohon ampun andai tersilap tutur bicara. Raya kan sebulan. :)

Raya berlalu macam air sungai yang mengalir, sekejap sangat rasanya. Tup tap tup tap, cuti sem dah menjengah 2 bulan. Tinggal kurang lebih 1 bulan. Tak puas lagi cuti.

Bila sebut pasal cuti sem, teringat dekat kawan. Bila eira whatsapp ataupun wechat, mesti dia mention pasal cuti. "Untunglah bercuti dekat rumah". Dah kenapa,kau bercuti dekat London? Aku rasa kau lagi untung kut. Haha. Cuti dia sekejap sangat, nanti dah kena masuk U sebelum kitaorang masuk. Itu yang dia jealous bagai tu.

Ramadan, pantas berlalu. Pahit manis dilalui dengan penuh sabar. Kadang kesakitan tu beri aku kekuatan untuk terus bersemangat. Dalam diam, hati teringat dekat final exam. Syok, semestinya bila cuti ni. Tapi entah macam mana result ya.

Result untuk sem dua dah keluar. Jenuh menunggu internet yang terlalu 'baik' untuk paparkan result. Member-member macam down semua. Lagilah berdebar kan. Ada jugak yang mengucap kata syukur.
Allahu. Tak terluah dek kata-kata. Syukur. Mungkin tak terlalu gempak tapi cukup gembirakan hati yang sentiasa resah bila teringatkan result. Aku cuba bangkit dari kekalahan lepas. Teruk aku jatuh. Tak ada siapa pun yang simpati. Hidup U memang kadang kejam. Slow-slow aku cuba baiki pointer. Yang lepas aku jadikan pedoman hidup.
Buat teman yang gelisah, dulu aku lalui benda yang sama. Tapi aku mampu buktikan yang aku dah mampu. Kawan, jangan mengalah. Masih punya waktu untuk kita ubah dunia. Jangan sesekali biarkan dunia memandang rendah pada kelemahan kita.

Syukur. Syukur. Syukur. Harap eira masih terus punya kekuatan untuk berjaya. Chemical engineer. One day. InsyaAllah.

Friday 18 July 2014

Ramadan kali ini

Assalamualaikum, selamat menyambut ramadan.

Sedar tak sedar, dah masuk 20 ramadan. Sekejap sangat masa berlalu.

Allah. Banyak dugaan ramadan tahun ni. Hari pertama sahur, memang tak berapa sihat, tetiba boleh jatuh pengsan. Demam,selsema, batuk. 14 hari nak jatuh air mata. Ujian Allah nak matangkan diri kita lalui kehidupan dunia.

Kita sibuk mengeluh, dugaan berat sangat. Buka tv, Gaza diserang. Buka fb, ada kematian insan tersayang. Hari ni, Malaysia gempar dengan MH17. Moga Allah tabahkan hati mereka.

Kadang bukan eira tak ambik cakna dengan semua tu, tapi tak perlu rasanya nak up date sangat dekat moment ataupun status. Cukup doa kita untuk mereka kat sana.

Tahun ni best sikit. Kita buat kuih raya, bukan selama ni tak buat tapi rasa happy pulak buat kali ni. Syok semacam aje.

Apa-apa pun dugaan, doa eira cuma satu. Moga eira ikhlas lalui semua yang berlaku dan bakal dilalui.

Thursday 5 June 2014

Suatu Penantian

Sibuk tenung buku, letih mata..letih jugak otak..dah nama study week kan..pulun habis lah semua keringat untuk study..rehat kejap dengan twitter..hehe

Tetiba duduk scroll bawah, ternampak satu tweet daripada Halaqah Cinta tak silap eira..terus menghayati ayat-ayat tweet..terasa di hati, semacam ayat tu dituju khas untuk diri..chewaahh..over kan..hahaha..

Penantian InsyaAllah tak sia-sia...Ada hadiah istimewa yang akan diterima jika waktu telah tiba

Iyalah kan..selama ni suka sangat membebel..mengeluh..tak reti langsung nak sabar..tak tahu nak syukur dengan apa yang ada..

Sabar menanti yang halal buat diri..kekadang tanya pada hati, sampai bila aku nak menanti aje?? Insan lain semua dah berpunya..dah bahagia..aku aje terus menanti..Allahu..

Takdir Allah Maha Hebat..Dia dah aturkan semua untuk diri kita..serahkan semua pada Allah..siapa dia, di mana dia, tengah buat apa, biarkanlah..yang penting kita doakan untuk jodoh kita..moga dipermudahkan segala urusan jodoh..

Allah sentiasa ada dengan orang yang sabar..insyaAllah, aku akan terus kuat untuk menanti apa yang aku impikan..mungkin belum masanya lagi untuk Allah kabulkan doa eira..

Tuesday 27 May 2014

Study Week, Sem 2

Assalamualaikum...sakit mata hadap timetable ni lama-lama..macam biasa, dah hujung sem ni, student UMP especially, sibuk susun timetable..dah nama kena susun sendiri kan, macam-macam ragam cara nak buat jadual..sibuk pilih subjek mana nak kena ambil dulu..kalau clash dengan subjek lain, tukar lagi draf..itu satu hal..time nak isi Open Registration, system is not so good..semua serbu untuk pastikan subjek yang nak, boleh daftar..

Alhamdulillah..Allah..Allah..Allah...semalam sedikit kecewa..harapan hampir musnah..sistem untuk hostel application dah buka..dalam pukul SATU PAGI, terkial-kial jari masuk ke dalam sistem..apakan daya, tetiba sistem bagitahu, you are not allowed to apply the hostel..serius, memang tak lena sangat tidur..asyik terbayang harapan yang hancur..dalam kepala cuma fikir, mana nak tinggal, macam mana nak ulang alik pergi kelas, kos sara hidup lagi..tapi syukur, Allah sentiasa dengar luahan hati hambaNya..petang tadi, dah pergi JHEPA then orang jhepa cakap sistem tengah up date..balik dari kelas, akak roommate cakap dah boleh add as roomates..settle satu masalah..yang penting kena sabar..Allah kan ada

Minggu ni last kelas..semua kelas dah banyak habis silibus..memang hoooraaayyy...hajat dekat hati nak balik esok, tapi kawan mintak balik hari khamis..dia pun nak balik sekali..esok even tak ada kelas, tapi ada test online untuk koku kepimpinan..koku pun ada test bagai..haha..hari khamis OR bukak..buat dekat rumahlah jawabnya..ehhh, presentation organic chemistry?? sorry sayang-sayang semua..i ponteng, you all back up eh..hehe
Study week dekat rumah..ya ke kau study cik eira oi?? haha..macamlah tak kenalkan..memang TAK jawabnya..tapi tak boleh berlama dekat rumah, plant visit dalam study week jugak..masalah problem kan? aishhh..

Rindu bebudak nakal..haritu call, angah bagi cakap dengan miqhaiel..terkejut sebab dia dah boleh panggil kakak..baru 2 tahun lebih..cuma boleh panggil kakak ajelah..yang dengar cuma 'tatak'..pelat sihh..

| mama, papa, wait for me..hehehe |

Tuesday 20 May 2014

Wonderful Weekend 2.0

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah selesai pun kem usrah..nak playback, hayati memori lepas..hehe

Hari khamis, tetiba akak usrah (kak Fai) mesej ada kem usrah..kem apa pulak dah ni? Buat pulak luar dari UMP..memang blur..tapi entah, iyakan saja untuk pergi..

Pagi jumaat lepas balik kelas, masyaAllah, migrain sampai ketiduran..hati memang dah berat sangat nak pergi kem..nak kena tidur sana..aktiviti apa entah..tentatif program pun akak usrah tak bagitahu..dugaan..sabar, relakan jugak diri pergi..

Agak strict, serius nak balik sangat..sangat-sangat..pukul 1 pagi still kena berleter..macam-macam silap..tidur pun tak selesa..satu khemah 8 orang, berhimpit..tidur dalam pukul 1 lebih then ada giliran berjaga..alhamdulillah, ada volunteer dari adik-adik junior untuk berjaga..yes, boleh tidur..jahat tak senior..buruknya hati..
Bangun seawal 3 pagi..pelik, khemah lain sunyi sepi..agak terkilan, salah info..patut kumpul pukul 5..dah la tak selesa tidur, tak cukup tidur..tiap kali aktiviti kena duduk atas lantai beralaskan tikar..sakit lutut.. :(

Banyak aktiviti..setiap aktiviti apply apa yang berkaitan dengan tajuk program..dakwah..memang blur sebab ilmu cetek sangat..ada jugak ceramah..atau lebih senang panggil kuliah sebab ustaz bagi ilmu..

Aktiviti rekreasi cukup buat eira happy sangat..setiap checkpoint ada lakonan dari senior..mula-mula bengang sebab diorang berlakon memang real..kita kena gunakan ilmu/cara dakwah untuk selesaikan task tu..

Ramai yang busy cakap pasal checkpoint couple..eira tak kena checkpoint tu..akak senior dengan abang senior tu actually dah kahwin tapi dalam scene tu kononnya mereka tengah dating..percaya tak, rupakan kak Laila..senior masa sekolah menengah dulu..mama memang rapat dengan mak dia..masa dia kahwin pun eira pergi..adik dia umur 18 pun kahwin sekali..memang sweet..menjerit kak Laila bila eira tegur dia..dia cam tapi tak berapa ingat sangat..hehe..

Jemaah Islam..ada yang tahu? perlu ke ambil tahu? penting ke? payah sangat nak hadam..ceteknya ilmu..nasib baik kak Fai duduk sebelah, banyak dia explain..Allahu..rasa nak nangis pun ada masa ni
Overall, enjoy semua aktiviti..penat jangan cakap lah kan..even sekejap..tak sampai pun 3 hari, ukhwah dengan semua akak-akak usrah dan student yang join memang rapat..

untuk kak Fai, terima kasih..banyak sangat ilmu yang eira dapat..moga istiqamah sampai ke akhir

tak sempat nak berselfie, so memang tak adalah ye gambar..hehe
pimpin aku andai aku rebah
ajarkan aku andai aku silap
kuatkan aku andai aku putus asa

Sunday 11 May 2014

Nobody perfect

Hari ini..saat ini..aku rasa lega..dua test math cukup beratkan kepala dah selesai..bahagia mungkin..senyum..mungkin..

Aku insan biasa..aku student yang masih banyak lagi kena study..benda kecil itulah yang perlu aku tekankan lagi..aku student..aku tahu mana silap aku..mana ada insan perfect..setiap orang mesti ada jugak careless..

Bukan aku tak mampu..cuma careless..dari tadi cuba pujuk hati..sedapkan hati sendiri..hanya Allah yang tahu apa aku rasa..aku dah usahakan?? Doa..serahkan semua pada yang Esa..

Masih banyak kurang aku..aku takut aku jatuh..aku takut aku tak mampu berdiri..banyak kali sudah kekecewaan menimpa..aku kuat..aku kuat..masih kuat..akan selalu kuat..biarlah, itu silap aku..mungkin ada hikmahNya..

Hari ibu...aku rindu mama..rindu sangat-sangat..kadang memang mama tak faham apa aku lalui..stress as a student..tapi mama setia di sisi..tak pernah mengeluh..senyum..semua positif..

Serius, aku letih..aku letih pujuk diri..pujuk hati..moga sem ni lebih baik..moga aku kuat lalui semuanya

Wednesday 7 May 2014

busy week, perhaps

Assalamualaikum..dah nak dekat pukul 11:00 malam..masih setia menghadap laptop..kalau selama ni memang waktu ni dah siap-siap nak tidur..aisshhh

okay lah..sekarang ni pun tengah study untuk test lab esok, terabur sekali sebab tak ada complete note..start bila pulak Lab ada note..hahaha..

minggu lepas sedap sangat cuti kan, minggu ni penuh dengan dugaan..dugaan biasa bagi insan yang bergelar pelajar..kena pandai adapt semua kesulitan..

naik aje cuti, test physical chemistry menjengah..aucakk..semalam dah selamat jawab, entah okay ke tidak..dah lepas pun, tapi semalam kelas calculus sampai pukul 7.20 malam, memang penat..test physical chemistry pukul 8:00 malam..senyum aje lah..

esok test lab, pukul 2.00 petang..nak baca apa eh? pejam celik pejam celik..serius, blur..haha..nasib baik quiz calculus cancel..ada hikmahNya..jumaat malam ada test engineering ethics..itu pun tak baca apa-apa lagi..bab-bab membaca ni buat eira lemah semangat ni..dah baca tapi tetap jugak tak faham..

paling mencabar minda, hari ahad, hujung minggu..sepatutnya tidur tak ingat dunia, tapi ada dua test..test calculus dan ODE..memang eira ni suka cari nahas..dua subjek math ambik serentak..inilah padahnya, pandai buat, pandailah tanggung ye sayang..keep smiling baby...
itu belum story lagi pasal jadual exam..memang pagi petang, dua subjek dalam sehari..nanti story dalam entri lain lah..hehe

kalau minggu ni minggu test, minggu depan minggu presentation..bahan untuk presentation pun langsung tak sempat nak siapkan apa-apa..harap eira kuat nak lalui semua dugaan..

tiap hujung minggu ada program ke situ ke sini..tak boleh lari dah..dah set jadual, full tiap hujung minggu..no relax okay?

dah, stop eira..sambung balik study untuk test lab esok..masih tercari-cari apa yang nak kena baca ni...

| study week, nak balik rumah, okay tak eh? |

Tuesday 29 April 2014

aku di sini, adik di sana

assalamualaikum...sempat menge'post' dekat blog sebelum pergi kelas..nanti pukul 5, kelas Calculus menanti..aihhh..ni tengah siapkan physical chemistry yang langsung eira tak faham

dua, tiga hari lepas, saja call papa tapi dengar suara adik yang angkat..kecoh bunyinya..pelik campur hairan, tetiba teringat rumah su..yes, mama baik rumah su..serius, rindu nak balik rumah su..nak dengar kecohnya diorang bersembang..tak kering gusi punya..hahaha...

rezeki mama, che ngah pun balik jugak rumah su, dapatlah mama kumpul semua adik-beradik..mesti kecoh sangat..cakap dengan mama on the phone pun still dengar diorang bersembang..call papa sebab nak mintak papa belikan tiket balik ke ump..haha, nak balik rumah sebab cuti..pantang ada cuti kan, terus nak balik..bosan kut duduk ump..

cerita jugak dekat mama, pengalaman panjat Bukit Panorama..memang mencabar..adik sepupu yang duduk Sungai Lembing pun eira paksa panjat sekali..memang enjoy sangat..banyak jugak ber'selfie' atas puncak sana..turun bawah, adik sepupu jumpa kawan dia..sempat lagi dia tanya, "awek kau ke, Hasif?"...aku bantai gelak..hahaha..kelakar..dah tua dik oii, si Hasif tu SPM tahun ni..untung badan kecik ni, awet muda..lalala
semalam jugak adik dah selamat pergi belajar dekat Besut..first time adik berpisah dengan family..kalau eira dulu, memang rasa nak nangis, even sekarang pun, kalau rindu mama, sendu mesti ada..entah macam mana adik bawak diri, selama ini mama yang buat semua..eira balik nanti, tetiba dia tak ada dekat rumah..janggal rasanya nanti..

semalam cuba call adik, tapi tak angkat..tengah hari tadi pun try lagi, tak angkat jugak..tetiba dia call balik..sebak dengar suara dia..memang dia tabah sangat, tak nangis pun..cuma part dia mintak datang ambik dia dekat besut hari khamis ni, dia nak settlekan semua dokumen, memang tahu dia nak sangat balik..baru duduk tempat orang, manalah nak tahu macam mana nak naik bas..

ok fine, kalau ada rezeki, kakak pergi ambil dekat Besut..sepanjang eira belajar dekat Pahang ni, tak pernah mama datang sini..mama hantar first day, tetiba dah siap setahun matrik eira..mama hantar lagi masuk UMP, tak payahlah mama datang jenguk..dah besar dah anak mama ni..

semalam IR bagitahu test 2 tunda lepas naik cuti..memang rasa geram sangat..orang dah beli tiket, awal-awal tak nak cakap..errrr..so, memang serabut kepala semalam, stress dengan manusia sekeliling..hari ni pergi beli tiket pukul 1.30 pagi..baca betul-betul, 1.30 PAGI..kalau mama tahu, memang mama mengamuk..so, diam-diam sudah..shhhhh..

| tak sabar nak tengok reaksi mama tengah pagi buta esok..hehe |

Sunday 13 April 2014

bila dah habis

Assalamualaikum..sedih tetiba menjengah hati..wahh, jiwang bangat sih..tapi inilah hakikatnya..merindu tanpa kata..kalaulah boleh putar balik masa lalu

Yes, memang dah habis cuti midsem seminggu..seminggu tu kejap sangat..pejam celik pejam celik dah habis, mulalah kena datang semula ump..Allahu rabbi..serius, tak puas lagi cuti..tak puas lagi nak peluk mama..rasa nak teriak

Cuti seminggu dengan azam nak belajar masak, tapi agak hampeh..tetiba balik nak masak, tercengang semua family..ahhh, sibuk siapkan keperluan adik nak pergi belajar..shopping sakan pusing satu bandar cari barang..aiseeehh, kakak ke adik yang nak shopping? habis bajet bulan ni..huhuhu..
Okay lah, semalam masak ayam ikut buku resepi..mama senyum aje..tolong-tolong sikit anak dara ni seorang..memang tak pandai kan nak potong ayam..alhamdulillah, tak sia-sia eira beli buku resepi..tapi, bila entah nak bukak semula buku tu..nanti bila dah jejak kaki rumah mak mentua kut..hahahaha..

|angin, tiupkanlah kerinduan ini pada mama dan papa..aku rindu mereka|

Friday 11 April 2014

Happy Birthday mama

Assalamualaikum..alhamdulillah, syukur..hari ini masih mampu tersenyum melihat dunia..

Hari ni birthday mama..semalam tepat jam 12 malam sibuk eira wish kat mama..mama senyap aje..mungkin terharu..hehe..Rasa macam mama baru 30 an..hahaha..awet muda lagi..

Eh, nak cerita pasal mama, adik, cucu mama..hahaha..rasa nak pecah perut pun ada..mama tetiba cakap, adik panggil mama, mama marah aje..jawab garang je..kalau cucu dia panggil..ma..ma..mama..dia jawab ye sayang mama..mari kat mama sayang..aku dah ketawa...mama ajuk adik cakap..biasalah anak bongsu, manja kan..

Hari tu eira panggil mama, mama jawab "hmmmm" tapi nadanya tinggi...terus eira buat-buat menangis macam cucu mama..eira pun jerit panggil adik...adikkkk..mama marah kakak..kalau cucu dia panggil, ye sayang mama...huwaaa....

Even 10 kali sebentar pun cucu mama panggil, mama tetap akan jawab dengan manja..ya sayang mama, mari dekat mama sayanggg...huhuhu..dah nampak mama depan mata tapi tetap panggil mama..ma..ma..mama..kadang eira pulak naik muak dengar..hisshhh..bestnya jadi cucu mama

Itulah kasih seorang ibu..kasih seorang nenek kepada cucu..even bukan cucu kandung..cucu yang dah dijaga dari kecil..apa yang eira perasan, cucu mama lebih kepada mama walaupun mak sendiri depan mata..hairan aku..itu mama aku lah..haaaa..

Friday 4 April 2014

Story of the day

Assalamualaikum..selamat malam, jam baru 00:46..hehe..apa cerita??

Ok,first sekali nak kecoh sikit pasal whatsapp..kenapa dengan whatsapp??ada problem ke?eira perasan sejak dua tiga hari lepas.mula-mula ingatkan masalah internet, biasa lah internet cap ayam..haha..tapi pelik, fb, wechat and so on boleh pulak buka..laju aje..maybe whatsapp tengah update kut..sibuk sangat dengan whatsapp kenapa?? Alaaa..i mesej dengan senior guna whatsapp..kantoi, aduh..baru nak loya buruk sikit

Hari ni last sebelum home manis home..punyalah mengatuk + bosan masuk kelas..sibuk mata melilau tengok jam..macam tak bergerak je jarum jam tu..minggu yang penuh dengan test..ada yang mampu tersenyum..ada yang hanya mampu tersengih tunjuk gigi..doa moga aku masih kuat untuk lalui dugaanNya..

Malam ni memang mood agak baik..melayan seketika komik roommate..sweet romantis..terbuai kejap, dah lah handsome, sweet manja pulak tu..malam ni aku siap mop lantai..even baru je mop lantai hari rabu lepas..busy kemas bag..harap tak ada dah barang tercicir..esok pagi boleh gerak pergi TSK, tiket dalam pukul 10.30 pagi..yeahhhhh..midterm break start !!

MasyaAllah..hanya Allah yang mampu rungkai hati ni..rindunya aku nak peluk mama..makin lama makin meningkat usia..aku takut aku tak sempat nak buat mama papa bahagia..rindu adik tetiba..oh ya, adik dah nak masuk belajar..dah besar rupanya kamu, adik..dulu gaduh sokmo..rindu bebudak nakal..eiiii..geram nak usik diorang..

Monday 31 March 2014

Kawan dan 'title'

Assalamualaikum..tadi tetiba jari gatal sangat download blogger..sekarang dah ada dalam telefon..nasiblah, memang sokmo lah post lepas ni..dah makin senang kan..bukak handphone ada blogger..*ketinggalan zaman dah aku ni

Again..kawan..sahabat..teman..serius aku rindu kalian..senyum je eira bila ingat kawan sekampung..kawan masa kecik dulu..sokmo main sama-sama..kadang gaduh..kadang lepak sesama..tahun 2014 memang catat kenangan..semua dah guna 'title'....apakah?? Dulu selalu teman pergi dating..kejap dengan orang lain..nanti tukar lain pulak..dah macam tukar baju..tapi jodoh mereka dah sampai..mereka dah masuk alam perkahwinan..mereka dah dapat yang halal untuk mereka..eira??

Mungkin jodoh eira belum sampai..mungkin lambat lagi..masih lagi busy dengan alam study..busy dengan quiz,test,assignment,final..bla..bla..bla..itulah dunia study..by the way,minggu ni busy dengan test 1..minggu depan midterm break..ahhh..rindu mama ! Ohh, ya..nanti balik boleh jumpa kawan..dah jadi bini orang..mesti banyak kelainan..title puan semestinya..hehe

Masih setia menanti insan yang halal buat diri ini..entah siapa,bila,di mana dan bagaimana..semua perancangan Allah..moga eira kuat lalui dugaanNya..Allahu..aku rindu yang halal bagiku.. "jangan letak seseorang dalam hati tapi letak dalam doa"
"Ya Allah..jagakan jodohku untuk aku..jangan sesekali Engkau pesongkan hatinya..jauhkan dia dari maksiat dunia.."

Kawan..aku doakan kalian bahagia dengan pasangan masing-masing..jaga suami, jadi isteri terbaik buat suami..moga tabah lalui dunia perkahwinan..moga jodoh eira dipermudahkan..ehhh, i nak jadi mak cik..kapan sih? nak dukung baby ni, bukan adik..bukan sepupu..tapi dah jadi anak..cepat sikit ya..tak sabar dah ni..hehehe..

Tuesday 18 February 2014

tak suka tapi terpaksa

alhamdulillah..dah pun masuk sem dua..rasa macam sekejap je cuti..sebulan je pun kan..pejam celik pejam celik, sebulan berlalu..syukur, aku puas hati dengan cuti...banyak habiskan masa dengan masa di samping sibuk mengajar anak didik..

kelmarin dulu, sampai je dekat ump..hati dah sebak sangat..rindu nak peluk mama dengan papa..lagi sebak bila anak didik whatsapp ucap terima kasih..alhamdulillah, test math dia dapat 83%..

okay lah..back to tajuk utama..cerita sepanjang sem lepas..just nak share sikit even dah lapuk kan..

minggu study week, kami buat kerja gila..pergi jalan-jalan, hilangkan stress katanya..gap untuk paper seterusnya memang amatlah lama, so ambil kesempatan pergi tengok wayang..apakah?? eira tak minat tengok wayang..sebab nak jaga sangat hati kengkawan, jejaklah kaki ke panggung wayang dengan hati yang berat...eira ingat lagi, tajuk cerita tu, Devil's Due..sumpah memang tak sedap langsung..huhuhu..nasib agak malang..puas cuba bertahan, tapi akhirnya eira muntah..yes, MUNTAH..paling kasihan, kawan dekat sebelah..langsung tak tunjuk reaksi nak marah tapi sedaya upaya bantu eira...terima kasih SAHABAT !

bila cuti sem bermula, memang lagi syok..kawan ajak pergi tengok bola..ini satu lagi benda yang eira tak minat..dah lah tak reti mana nak beli tiket, nak masuk penuh dengan budak lelaki..tapi disebabkan teman adik untuk check mata, relakan jugak jiwa untuk bertahan tengok bola..perlawanan antara t-team dengan terengganu..abang menang 2-0..nasib baik ada jugak bola masuk gol..maaf, suara menjerit over kuat sikit sampai semua abang-abang kat situ kerling..kalah fanatic bola sepak..hahaha..
jujur, lebih baik aktiviti riadah macam tengok bola daripada tonton wayang..kalau ada yang ajak pergi tengok wayang, nak jawab apa ye?? cukuplah pengalaman tu sekali..

sem lepas banyak sangat main..first sem kan..first time jugak jadi budak degree..budak U kononnya dah matang sangat..apa-apa pun, itu pengalaman mendewasakan..

  | rindukan mama dan papa |

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...