assalamualaikum

Wednesday, 13 August 2014

Rezeki milik Allah

Assalamualaikum. Dah lewat malam, tak tertahan rasa syukur di dada. Alhamdulillah.

Tiga hari sebelum raya, dugaan Allah bagi. Mungkin kecil, tapi cukup terasa. Hilang handphone macam hilang tok laki. Sekejap sangat benda tu berlaku. Eira tertinggal atas kerusi rumah mak angkat. Eira balik rumah then buat apa yang wajib dulu. Malam tu, memang tengah syok nak keluar pergi shopping. Dah dekat sangat nak raya. Allahu. Telefon hilang. Termangu kejap. Gagahkan jugak diri ajak along pergi cari. Bukan jenis eira nak tuduh sapa-sapa sebab tak ada bukti, tak ada saksi. Biarlah. Aku redha. Orang semua suruh buat macam-macam tapi aku tetap diam. Dalam hati aku, aku mintak Allah kuatkan aku. Hadiahkan aku senyuman yang mampu tenangkan jiwa.

Malam tu jugak, time beria nak keluar, kereta pulak rosak. Papa kata air bateri apa entah. Aku pun tak faham. Okay lah. Dah selesai semua tetiba rosak lagi. Rupanya bateri tak masuk cas. Kebetulan sangat, kereta abang mama bateri rosak. So, aku anggap je itu rezeki dia.
Dalam sakan beraya, eira paling berjimat. Banyak benda nak kena beli. Duit memang lambat lagi nak masuk. Tapi bila fikir balik, cuma duit mengajar je yang tinggal. Duit durian runtuh entah lah kan. Rezeki la kut.

Malam ni, berkat sabar, telefon dapat balik dah. Murah aje tapi banyak kepentingan jugak. Duit mengajar dia dah beri sikit dulu. Rezeki Allah. Bolehlah beli barang. Tak susahkan mama papa.
Rasa macam banyak aje masalah tapi Allah tu Maha Kaya kan?

Allahu. Serius, terkesan dekat hati. Terbaca moment kawan wechat share pasal aunty dia. Dulu dia breast cancer. Dia kuat. Dia cekal. Alhamdulillah. But now, dia dapat tahu dia kena brain cancer. MasyaAllah. Sayangnya Allah dekat dia. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu.

Point utama, rezeki memang milik Allah. Usaha, insyaAllah Allah beri. Setiap ujian kita kena lalui dengan sabar. Kuatkan diri. Paling penting, ikhlaskan hatimu sayang dengan semua takdir Allah. Senyumlah, moga kesakitan itu reda.

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...