PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Saturday 30 June 2012

usia hari ini

terharu sebenarnya bila eira buka mesej sambil dengar earphone, tiba-tiba dengar bunyi something..terima kasih kawan sebab ingat hari ini..

eira sendiri lupa, sibuk sangat dengan kerja yang makin hari makin bertimbun..

sedih campur pilu bila dengar suara mama terjerit ucap 'selamat hari jadi, kakak'..mesti ruang dapur rumah kecoh..agak-agak eira lah..macam-macam nasihat selari denga usia yang sudah mencecah remaja..remaja yang baru melangkah untuk menerokai alam..


tak perlu orang lain yang wish birthday eira, cukup bersyukur di hati mama dan papa masih ingat hari ini..

 | masih mengharap sinar mentari menyinari hari ini |

Saturday 23 June 2012

safiyya izara


comel tak?? entah berapa hari sudah dia lahir..hehe..eira masih tak ada kesempatan nak tengok..sepupu baru katakan..dia lahir seminggu sebelum eira ke KMPh..memang tak sempat sangat..

mak teh eira datang jenguk eira sebelum eira nak masuk sini..memang terharu sebab mak teh tengah sarat mengandung..kami pusing-pusing pasar malam, semangat mak teh jalan..yang muda pula yang lenguh kaki..hehehe..

keesokkan hari, pagi-pagi lagi sepupu eira sibuk call beritahu yang mak teh sudah selamat bersalin.. alhamdulillah..tak sangka langsung..akhirnya tercapai juga hasrat mak teh nak anak perempuan..nama diberi saffiya izara..eira confim mesti su yang beri nama, agak berbelit lidah nak menyebut..

eira masih tak ada peluang nak tengok baby yang cute ini..cuma sepupu yang send gambar..nanti mesti baby sudah pandai merangkak bila eira pergi jenguk dia..alahai..sekejapnya masa berlalu..

 | tak sabar nak balik rumah |

Saturday 16 June 2012

Selamat Hari Bapa, papa

selama ini tak pernah pun eira sibuk-sibuk dengan hari bapa atau sebagainya..dua tiga hari, eira tertengok TV3 sibuk siarkan gambar anak dan bapa..so, terlintas dekat benak, hari bapa ke? hahaha..sangat tidak tahu hal luar selain daripada matrikulasi..

bukan apa, ini first time eira hidup berjauhan, jauh daripada family tersayang..hari ini, tangan gatal mencari pak cik google..nasib baik masih sempat..hari bapa jatuh pada esok hari..17 JUN 2012..malam ini, nak mesej dan wish SELAMAT HARI BAPA untuk papa..
tanpa papa, eira takkan sekuat dan setabah hari ini..ketegasan papa juga bentuk diri eira untuk lebih cekal..papa garang bukan tak sayang tapi papa nak anak papa seorang ini berjaya kan?

papa selalu cakap macam ini, nanti kakak jadi doktor ya, tak pun jadi doktor gigi...alamak..papa..eira tak minat sangat-sangat bidang medik..tapi siapa tahu, berkat doa papa, eira akan jadi doktor.tapi eira minta jauh..kehidupan eira sebagai student masih jauh..masih penuh dengan liku..

 | SELAMAT HARI BAPA |

Friday 15 June 2012

kuatkan semangat, sayang !

assalamualaikum..

sudah lama sepikan diri, bukan menghilang tetapi sibuk dengan urusan seharian.. alhamdulillah..syukur, hampir tiga minggu eira di negeri orang..hidup berdikari tanpa bantuan mama.. setelah seminggu kuatkan diri melawan demam,selesema dan batuk, hari ini sudah mampu tersenyum..

malam ini masih sempat menaip di sini..terima kasih jiran sebelah katil..hehehe..eira pinjam laptop dia sementara dia sibukkan diri di kuliah..

eira rasa nak masuk form 5 semula aci tak? rasa tak faham yang teramat sangat..semua campur-aduk..macam rojak buah..tapi masih lagi mampu bertahan dan akan tetap bertahan demi harapan mama dan papa..

MUET..apakah itu? eira sangat-sangat tak suka subjek ini...hahaha..suka atau tak, eira wajib ambil..eira memang segan nak bercakap depan orang ramai..apatah lagi BAHASA INGGERIS..help me, please!!

keadaan di sini? masing-masing sibuk uruskan diri sendiri..assigment yang tak terkira dek jari terpaksa disiapkan dalam masa beberapa jam..waktu belajar start 8 pagi hingga 5 petang..ada masa rehat 2 jam..itu tak termasuk kuliah malam, study group..kena bijak uruskan masa, kena rajin jumpa lecturer..itu yang paling penting...alamak, memang bosanlah lecturer kena layan soalan eira..

semoga ALLAH SWT kuatkan diri eira untuk terus bertahan di sini..insyaALLAH..amin..

 | rindu mama dan papa sangat-sangat |

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...