PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Saturday 25 February 2012

keputusan SPM 2011 bila ?

assalamualaikum

kadang-kadang hari berlalu tanpa eira sedar..dalam sedar tak sedar bulan Februari sudah nak sampai penghujung..sekejap saja masa berlalu..

walau muka selamba dan seakan tidak cakna, hati eira berdebar sakan..kawan-kawan dah sibuk bercakap tentang result SPM..ada yang gentar, ada juga yang nak menangis..eira? serius, berdebar yang amat !

macam-macam ramalan tarikh result akan keluar..hmm, ada yang kata 22/3 atau 23/3..ada juga yang cakap result akan keluar lebih awal..sumber ?ada yang kata daripada guru-guru..itu yang buat eira makin menghitung hari..asyik menatap kalendar..takut silap hari bulan..

ada yang kata result diawalkan sebab pilihan raya bulan 3..alamak, diri masih mamai dibuai keselesaan cuti panjang..tapi tadi mama cakap, pilihan raya tunda bulan 6..aikk, yang mana satu betul ?

apa-apa pun, eira tak kisah..moga result eira terbaik..bila-bila keputusan SPM akan keluar, insyaAllah, eira akan siapkan diri eira..dari segi mental dan fizikal..

tiada sesiapa yang inginkan saat sedih datang dalam hidup kita, tapi kita harus akur dengan kehendakNya..sebaliknya, semua inginkan kejayaan bila sebut pasal 'result'..
Ya Allah, berikan aku kejayaan..jauhkanlah aku dari sebarang kecelakaan.. berikanlah aku ketabahan andai duka mengundang.. kuatkanlah aku untuk reda dengan segala yang berlaku...jangan biarkan aku sedih.. Ya Allah, berikanlah aku kemenangan di dunia dan akhirat.. berikanlah aku peluang agar mama dan papa tersenyum bahagia apabila result aku diumukan.. moga kebaikan dilimpahkan saat keputusan SPM 2011 dikeluarkan

 | berdebar menghitung hari |

Tuesday 7 February 2012

makin gelap

hari-hari eira main panas, macam mana tak gelap..sudahlah gelap, makin bertambah gelap..aduhai..nasib badan..

hari ini, kawan eira tegur, eira makin gelap..huhuhu..baru sedar ke? eira dah lama sedar diri..tak apa lah, tak nak kena panas, berkurung dalam biliklah..jangan keluar-keluar..
dulu, bolehlah eira sepikan diri dalam bilik..tapi tahun 2012, umur eira layak digelar remaja yang harus keluar mencari identiti diri..mengenal erti kehidupan yang sebenar..

tak gelap pun orang tak nak, tak apalah gelap pun, orang tetap tak nak juga..jangan sedih-sedih..

sambil menunggu result spm, tak salah eira nak main panas..nanti bila dah start sambung belajar, insyaAllah, memang jarang kena panas..aduh !

kena main panas banyak-banyak takut nanti rindu nak main panas..hujan ? nanti dululah, takut demam..payah...

 
 | berdebar menunggu keputusan SPM |

Sunday 5 February 2012

sahabat

assalamualaikum

suramnya malam ini..tiba-tiba eira rindu akan rakan-rakan eira..sebak seketika..teman-teman satu sekolah yang setiap hari bersua muka..gaduh, masam muka, kecil hati, ketawa, luah perasaan menjadi asam garam dalam dunia 'sahabat'..

rindu sangat-sangat saat itu..sunyikan hidup tanpa kawan?semua kawan-kawan eira jauh di mata, tetapi insyaAllah tetap di hati..
kawan paling rapat dengan eira selain keluarga yang tercinta..payah nak cari sahabat tetapi mudah untuk mencari kawan yang hanya diperlukan ketika ketawa..
belum tentu ada yang mampu ganti tempat rakan-rakan sepermainan eira..jatuh rebah bersama..ketawa bersuka ria bersama..paling sukar mencari insan yang sanggup mendengar semua luahan rasa eira..
sahabat, andai engkau punya masalah, eira sanggup tadah telinga untuk dengar semua luahan yang terpendam..jangan segan..insyaAllah, eira tak akan sesekali berat hati membantu..kerana kalian telah pun ceriakan hari-hari dengan begitu sempurna..bila eira susah, alhamdulillah, masih ada insan yang sudi hulurkan telinga..pinjamkan bahu untuk eira menangis..

serius, eira terlalu rindu akan sahabat eira..sukar untuk eira jelaskan mengapa, tetapi pasti semua tahu sebabnya kerana semua manusia punya sahabat..

terlalu ramai kawan-kawan tetapi belum tentu mampu menjadi seorang sahabat..wallahualam..

 | rindu kenangan terindah bersama-sama insan yang bergelar sahabat |

Friday 3 February 2012

sedih atau gembira ?

tengah-tengah eira penat kemaskan barang-barang, tiba-tiba sepupu eira mesej eira..ada berita gembira katanya..tersenyum hati eira..tertanya-tanya juga agak-agak dia nak kahwin mungkin..eira balas mesej dia tapi dia diam membisu..alahai..ditekannya nombor telefon dia..ceria suaranya..huhuhuhu..

subahanallah..mungkin pada pandangan mereka, berita itu gembira..mungkin ada yang mengucap syukur..namun bagi eira, kelu lidah untuk menyatakan perasaan sebenar..hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

eira beritahu mama, seakan mahu mengalir air mata di tubir mata mama..eira faham tiada siapa yang ingin semua ini terjadi..banyak perkara yang mama  fikirkan..bukan dalam jarak terdekat bahkan pada masa hadapan..apa akan menyusahkan sesiapa atau tidak..

mama, be strong! tak ada siapa-siapa yang tahu hikmah di sebalik semua ini..sedih atau gembira? terasa ingin air mata turut mengalir apabila melihat mama monyok sebegitu..eira tahu, kasih sayang mama pada tokki eira melebihi kasih sayang adik-beradiknya pada tokki..

mungkin remeh sahaja bunyinya, tapi bagi mama, dia tidak mahu tokki susahkan adik-adiknya yang lain..mama takut tidak ada yang setabah mama untuk jaga seorang ayah..mungkin tidak banyak songeh, tapi mungkin ada yang tidak kena..

usia tokki sepatutnya bahagia menjalani kehidupan hingga akhir hayatnya..tapi apakan daya, Allah menginginkan semua ini terjadi..
mama, kuatkanlah hatimu, moga kekuatanmu turut dirasai seisi keluarga..jangan sesekali mengalah dengan takdir...aku tahu, sehingga detik ini, terlampau banyak dugaan yang mama lalui..tidak pernah aku lihat mama kecewa..moga berterusan hingga mama dapat capai kebahagiaan yang sebenar miliknya

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...