assalamualaikum

Saturday, 29 November 2014

Puzzling week

Assalamualaikum. Dah lama nak post entry, hari ni baru ada kesempatan nak menaip. Padahal guna handphone aje pun.

Setiap entry mesti ada cerita tersendiri. Eira rasa sem tiga ni a little bit difficult for me. Hah, dah kenapa? Minggu ni saje pun tak sempat nak call mama papa. Seminggu just sekali je call mama papa. Kerja berlambak. Assignment, kerja group, apa lagi eh?

Setiap jalan yang kita lalui pasti ada dugaan. Dugaan dalam bersahabat memang paling mencabar tahap iman. Aku tak perfect. Aku cuma insan biasa. Tolong faham aku, kawan. Best kalau dapat geng satu kepala tapi kalau tak, memang haram lah sikit jawabnya. Every second jadi sakit hati bila teringat dekat dia.

Ulser mulut. Pernah dengar? Pernah kena? Alhamdulillah, eira dah baik. Masa kena ulser, nak marah pun ada. Tiap masa nak bad mood. Ye lah, kalau tak kacau tak apa. Ni duduk kacau mood makan aku. Aku nak sangat makan tetiba sakit. Aduhhhhh. Ada yang bagi petua, letakkan garam atas ulser tu. Ok, aku try. Mamaaaaaaaa. Ya Allah. Sakitnya. Aku letak garam perisa oren je sebab mana nak cari garam dalam ump ni kan. Kena kreatif nak solve the problem.

Ok. Dah nama pun puzzling week, sekali dengan entry puzzling. Sekejap kawan, sekejap ulser. Nak tambah kekarutan lagi. Mama call cerita masalah dekat rumah. Allahu. Tuhan Maha Kaya. Dia takkan beri ujian andai kita tak mampu nak laluinya. Aku cuma doakan mama papa kuat. Air mata setia jadi peneman. As usual, thank you makcik wanie. You are the best. Terima kasih sebab setia mendengar.
Again, mama call. Suara papa macam dah okay. Suara mama, macam biasa, aku anak, aku faham perasaan dia. Just ignore her. Nanti sembuhlah luka dia tu. She just need more time. Tetiba tengah cakap, mama tanya, kakak tak nak cakap apa-apa ke dengan along? Aku jawab, nak cakap apa dengan dia? Macam tak ada motif sangat tetiba nak kena cakap dengan along. Kalau dekat rumah benda tu tak pelik sangat. 'Bertuah punya adik!' Aku kerling dekat laptop. 26 Nov. Ada apa eh? Allah. Birthday along. Hahaha. Kecik hati along. Sorry along. Kakak lupa. My bad.

Apa lagi nak cerita. Eh, nak story sikit pasal upsr. Tahniah buat sepupu. You all dah buat yang terbaik kan? Jangan pernah mengalah, perjalanan jauh lagi. Teringat pulak dekat anak didik. Tengah syok bercuti eh?
Last. Duit macam air. Huwaaaaa. Rasa macam baru aje ambik duit dekat atm, bukak purse, aikk manaa duit aku.

Dah. Kan lelama makin puzzle story dalam entry ni. Bye. Hmmm, nanti nak story zaman I ambik result upsr lah. Next entry please miss eira.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...