PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Wednesday 7 September 2016

Rezeki Kerja Dengan Kaum Adam

Assalamualaikum. Lama sangat tak menaip dekat blog. Sibuk main wechat dengan instagram aje kan sebab install dekat phone. Memalam gini tetiba rasa nak story sikit pasal internship haritu.

Alhamdulillah, sis dah masuk sem 7. Rasa macam tak percaya pun ada. Sekejap sangat masa berlalu. Tup tap tup tap dah jadi akak senior final year. Industrial training a.k.a latihan industri dah pun berlalu. Ada suka ada duka sepanjang melalui latihan industri. First masuk, sis seorang aje gegirl dalam kilang tu. Okay, tipu. Akak HR dengan akak akaun tu perempuan. Hahaha. Tapi diorang duduk pejabat atas. Eira buat kerja dekat pejabat bawah. Semua pekerja lelaki, operator pun semua lelaki. Biasalah kalau seorang aje perempuan memang selalu kena usik. Nasib lah kan.

Banyak drama sepanjang eira kerja situ. Adik abang operator ramah sangat. Dah macam family sendiri. Kebanyakkan operator bawah umur daripada eira tapi jujur, diorang lebih matang daripada usia diorang. Kekadang diorang yang bagi kata-kata semangat dan nasihat bila eira stress nak nangis. Semalam budak intern situ cakap, pekerja situ still lagi sebut nama eira. Terharu sangat. Korang rindu eira kan? Ada masa nanti iolls lawat korang ye adik-adik abang-abang. Haha.

Isnin lepas baru start sem 7, ada briefing untuk group plant design (PD). Alahai, memang takdir kerja dengan lelaki kut. 4 orang lelaki dan eira seorang perempuan. Cuak nak bekerja dengan lelaki tapi rasa lagi best sebab lelaki susah nak gaduh dengan perempuan.

Okay lah, kena stop taip dulu. Lama tak menaip rasa penat dia lain macam. Idea pun macam kering nak karang ayat. Kekok semacam aje. Report LI pun tak settle lagi. Huhuhu.

Eh, minggu depan raya haji kan? Doakan iolls boleh balik ye sebab tiket dah habis. Hajat hati nak beraya dekat U tapi lecturer baik hati cancel semua kelas minggu depan. Konon je lah nak beraya jauh daripada mama padahal dalam hati berlari nak balik peluk mama. Okay tipu lagi. Nak balik peluk baby Shuhada. Hah? Tak pernah lagi story pasal baby Shuhada a.k.a baby Huda. Tak apa, entri kali ni sis belanja gambar dia je sekeping. Geram tengok budak ni.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...