PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Wednesday 14 March 2012

tarikh sebenar keputusan SPM 2011

entah bagaimana perasaan saat menaip di sini..mungkin gementar yang amat..saat berita tarikh keputusan SPM diumumkan di tv3 jam 4 petang tadi, eira menjerit seketika..

tarikh 21 Mac 2012 kian tiba..menunggu dengan peasaan yang bercampur-baur.. Ya Allah, tenangkanlah hati ini..
minggu depan kena ambil keputusan di sekolah..best sebab dapat jumpa semula kawan-kawan lama..entah macam mana ekspresi harus ditayang..berdebar?gembira?takut?

eira harap sangat, air mata eira yang menitis adalah air mata gembira..tangisan kesyukuran ke hadrat Ilahi..

 | sabar + berdebar menunggu tarikh 21 Mac 2012 |

Monday 12 March 2012

kenangan Gambang Water Park

assalamualaikum..

hari ini eira masih terasa berada di atas permukaan air..sungguh ajaib memori ke Bukit Gambang Water Park.. macam seronok saja bunyinya..
banyak sangat pengalaman ke sana..teringat pula pada pengalaman lemas di Bukit Janda Baik..memang syok! azam pertama selepas lemas, aku tak nak pergi main air lagi !

percaya atau tidak, hari sabtu lepas eira ke Taman Tema Air..hahaha..haru jadinya!

lemas entah berapa kali.. memang syok gila main air walaupun eira takut air..

terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu eira main air..agak susah sebenarnya apabila kita main air bersama dengan orang yang takut lemas macam eira..

kalau diberi peluang lagi ke sana, insyaAllah eira akan ke sana sekiranya ada 'gentleman' yang membantu..
kalau tak ada, minta maaflah ya..eira tak sudi, eira sayang lagi nyawa eira!

 | abang-abang guard yang jaga water park memang semuanya handsome ! |

Monday 5 March 2012

nukilan dulu dan sekarang

assalamualaikum..

jari-jemari eira hari ini ringan sangat nak menaip..sebenarnya bukan menaip di sini tetapi menaip sebuah novel..percaya tak? eira karang sebuah novel? hahaha..rasa macam tak logik saja kan..

sedap, tak sedap itu belakang kira..biarlah apa sekalipun komen yang eira dapat, insyaAllah eira akan perbaik di masa hadapan mungkin..

eira masih lagi menaip..baru dalam proses..tapi sebentar tadi eira buka semula novel yang pernah eira karang..novel yang tidak pernah akan siap.. :( rasanya tahun 2008, masa itu eira dan kawan eira gatal nak menulis disebabkan form 2 paling banyak masa lapang..hahaha..belajar malas sangat!

lain sangat cara penyampaian novel eira yang lama..bagi eira,yang lama lebih menarik berbanding novel yang sedang eira karang..mungkin sudah lama sangat eira tak menulis tiba-tiba nak menulis..langsung tak romantis sangat..huhuhu, mungkin juga novel lama banyak kenangan, banyak memori yang tersendiri tersimpan di sebaliknya..
insyaAllah, eira tetap akan simpan novel yang tidak pernah akan siap itu sebagai satu kenangan..eira akan cuba kupas semula idea-idea lama yang penat lelah cikgu eira ajar..semoga novel yang eira karang ini akan diterima dan mendapat komen dan respons yang terbaik untuk eira perbaik pada masa hadapan...insyaAllah


| sesiapa punya pendapat, jom kongsi dengan EIRA |

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...