PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Monday 7 December 2015

Result UPSR Abang Chik

Assalamualaikum. Dah tengah malam pun gigih lagi nak menaip. Hakikat sebenar, lari sekejap dari huru-hara semua projek, assignment, test, bla bla bla. Dah nama pun student kan, so nak ke tak nak ke kena akur jugak.

Rasa cerita dah nak basi baru nak taip post. Biarlah, nak share jugak. Pengalaman jadi private tutor ni memang syok. Tak reti nak describe detail tapi ada macam-macam cerita di sebalik semua pengalaman.

Tak silap eira, bulan November lepas result UPSR keluar. Rasa nak meletup jantung tunggu result abang chik. Dia yang nak ambik result, akak yang nervous lebih. I'm not expecting too much but i know your effort abang chik. Rasa macam lama sangat nak tunggu result tu. Pukul 10 pagi dah start hadap handphone, mana tahu abang chik dah mesej. Takut tak perasan. Pukul 12 habis kelas jenguk lagi handphone, no message. Ok relax, abang chik busy tu. Dah petang tetiba rasa pelik. No no no. Jujur hati tak mampu nak bayangkan benda pelik. Think positive.

Bunyi mesej whatsapp masuk. Abang Chik. Yeah, akhirnya mesej jugak budak bertuah seorang ni. 4A1B. I know you really upset, right? I know you well my dear. We are expecting more than that. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk awak. Subjek sains dapat B. Bulat mata cikgu. Selama ni memang sains tak pernah ada masalah. Matematik yang bermasalah. Takut jugak kalau matematik yang B kan. Fuhh, nasib baik, lega.
Hidup tak seindah apa yang kita jangka. Hidup abang chik jauh lagi sayang. Jangan sedih. Setakat ni eira memang tak bertentang mata lagi dengan dia.

Paling best bila abang chik mesej tanya bila cuti sem. Aikk, nak buat apa? Nak suruh ajar lagi rupanya. Gigih anak didik seorang ni tapi rezeki awak masa UPSR setakat itu saja. Jangan pernah mengeluh jangan pernah salahkan takdir. Awak memang anak didik yang rajin, yang tak pernah kenal erti kalah, yang selalu tahan air mata kalau kena marah, selalu sabar di saat orang lain sibuk bandingkan kelebihan orang lain dengan diri awak dan paling best awak kuat makan. Enjoy your holiday sebelum masuk alam sekolah menengah. Nak sangat masuk sekolah kak mira kan? Jadi junior yang banggakan sekolah ya. Hehe.

Akhir kata, akak happy sepanjang ajar awak. Tak sabar nak balik cuti sambung tengking awak lagi. Boleh tengok ada orang kesat air mata hujung mata. Buat kerja sambil kesat air mata. Kahkahkah.

Monday 7 September 2015

All In One


Assalamualaikum.Alhamdullilah, officially masuk sem 5 tahun 3. Dah tahun tiga ye akak, kecik molek je body, maintain je. Hahaha. Nasiblah ye, orang label budak tahun satu, awet muda gitu.

Last post hari tu masa bulan puasa, sekarang ni dah bulan Sepetember. Cuti sem pun dah lepas. Kalau tanya buat apa sepanjang cuti, tak reti nak jawab apa. Tak kerja just melepak dekat rumah. Huhuhu.

Aidilfitri kali ni macam best sikit sebab mama dengan adik sanggup pakai baju warna sama. Lah, itu je ke? Memang special sebab selama ni semua dengan urusan sendiri, tak nak baju warna sama.

Time cuti, melepak dengan cousin. No friend at all. Kadang sedih sebab semua seakan menjauh, menyepi. Tapi syukur sebab makin kukuh hubungan dengan cousin. Kalau dulu semua dengan kawan, sekarang dengan cousin. Pahit manis masin masam semua dengan cousin. Semua share dengan dia.

Sporting gila, hampir tiap petang melepak dekat pantai. Selfie sakan. Pergi usha abang-abang dekat kedai makan. Memang kerja gila. Batasan tetap jaga lah kan.

As usual, jadi cikgu time cuti. Esok abang chik dah exam UPSR dah. Lepas ni tak ajar dah abang chik, rindu lah nak marah dia. Nak dengar keletah dia. Semoga abang chik mampu jawab dengan baik. Banyak dah buat latihan, tiap masa dengan study. Cikgu yang penat, anak didik steady sokmo.


Thursday 18 June 2015

Ramadan tiba

Assalamualaikum. Alhamdulillah. 1 Ramadhan dah berjaya lalui dengan jayanya.

Ok, eira dekat UMP tengah busy dengan final. Berpuasa dekat sini seminggu kut. Kalau ada program stayback lagi seminggu. Ramai yang update status duduk cakap sedih sebab jauh dari family, bla bla bla. Malas nak baca. Haha. Bukan tak sedih tapi rasanya Ramadan kedua jauh dengan mama papa. Dulu duduk dekat matrik.

Ramadan kali ni rasa kosong sangat. Tak rasa pun bulan puasa. Semua aktiviti macam biasa cuma tak makan aje lah kan. Menghadap sisa baki final next week. Moga makin tabah lalui hari penuh cabaran. Makanan dekat sini pun macam biasa.

Tak apa tak apa. Nanti balik rumah makan puas-puas. Ke sebab diri dah makin matang? Tak rasa kemeriahan macam dulu? I mean dulu kalau puasa mesti main mercun, memalam lepak depan rumah dengan geng-geng. Aishhh. Kejap eh, semua dah kahwin lah. Tinggal eira sorang je yang still single. Setia menunggu insan yang tepat. Ceh, padahal busy study lagi. Member lain semua buat keputusan nak dirikan rumah tangga. Tak ada dah lah geng nak buat kecoh. Semua dah makin menjauh. Alahai bini orang.

Ok lah. Malas nak menaip panjang sangat. Save energy untuk puasa esok haŕi. Haha. Salam Ramadan buat semua umat Islam di seluruh dunia.

Friday 29 May 2015

Last time

Assalamualaikum. Malam ni rasa nak feeling sikit karang ayat dekat blog buruk ni.

Tadi duduk belek post dalam blog. Lepas satu satu eira tengok, rasa nak gelak sorang pun ada jugak. Macam-macam benda tulis. Kalau ingat dulu sokmo lah cari idea nak tulis. Balik sekolah mesti hadap lappy. Tak sah kalau tak jenguk blog. Ada orang komen ke tak? Ada orang follow ke tak? Ada post terbaru ke? Sibuk kita nak up to date macam blogger lain. Patut lah sekolah dulu tak berapa nak okay sangat. Orang lain dah sampai ke bulan, kita masih kat sini sibuk dengan kerja berlambak.

Terasa kerdil zaman dulu kala. Sekarang dunia sibuk nak selfie then post dekat instagram. Kita pun nak jugak buat benda sama. Entah hati mana kita nak puaskan, bukan cantik pun. Cantik itu abstrak tapi masih tak lawa nak banding dengan manusia lain. Ayat merendah diri sangat kan? Ke ayat poyo gila?

Sekarang rasalah sendiri, kena hadap laptop bukan sebab blog, facebook or whatever media sosial tapi kena baca article panjang berjela, kena siapkan assignment yang menimbung. Baru nak berjimba dah masuk kerja baru. Dunia teknologi makin canggih, lecturer bagi esaimen ikut internet je, hantar pun ikut internet. Mak aihhhh. Kalau dulu, kena pergi sekolah baru dapat kerja sekolah, kalau tak pergi sekolah memang malang. Dulu mana ada canggih macam leni, nak call pun tak boleh.

Kekadang rindu jugak masa dulu-dulu. Zaman keanak-anakkan. Tak peduli pun dengan keadaan sekeliling. Dunia nak berperang ke, masalah politik ke, artis bercerai ke, semua tak ambil peduli. Ada aku kesah? Sekarang semua kena cakna. Semua nak kena up to date.

Okaylah. Hari ni dah start study week secara tak rasminya. Semua sibuk up date balik rumah, selfie naik bas, bla bla bla. First time eira tak ada perasaan nak balik rumah. Nak kata kerja banyak, tipu, sempat aje taip dekat blog buruk ni. Hahaha. Kita berjimba dekat Kuantan dulu esok. Hilangkan stressssss dua tiga minggu yang penuh dugaan.

Ehhhhh. Dah nak masuk Ramadan eh? Cepatnya masa berlalu. Allah.


Saturday 16 May 2015

Cerita Sem 4

Assalamualaikum. Rasa macam dah lama tak luangkan masa kejap menaip dekat blog. Ada member tweet, kalau zaman sekolah dulu, hari-hari taip dekat blog, zaman U setahun sekali kut buka blog. Whatever lah, dunia dah makin canggih kan, media sosial bersepah. Best layan wechat sebab tak ada manusia kat situ nak sibuk judge kita, itu ini.

Tinggal 2 minggu lagi sebelum study week. Allah, kuatkan aku. Allah pilih aku. Ya. Takkan Allah uji aku melebihi kemampuan aku.

Sem 4 penuh dengan dugaan yang langsung aku tak jangka. Time cuti aku melepak rumah su. Serius, hilang semua penat. Rindu anak-anak kecil yang menjerit, menangis, berlari situ sini. Idham macam biasa, bila aku nak balik je terus demam.

Sepanjang sem 4 jugak lah aku ada family baru. CHEST Family dengan GAS TECH Family. Kami bahagia dengan cara sendiri. Kekadang bergosip isu semasa sekitar UMP. Apa yang pasti, kami perlu tahu semua yang berlaku. Up to date lah katakan. Penat dengan dunia.

Siapa kata ada pangkat best? Angkat tangan. No. Bagi aku, ini amanah paling berat. Entah mampu ke tidak diri jalankan amanah tapi setakat ni aku masih mampu tersenyum.
Jauh di sudut hati, aku terasa dengan semua perkara. Bukan terlalu sensitif tapi aku manusia biasa, punya hati dan perasaan. Mulut manusia takkan senyap selagi tak penat. Nanti dah penat, diorang senyap lah.

Kawan, aku perasan semua yang terjadi, semua perubahan yang cuba korang ukir. Mungkin kalian ada terasa dengan insan yang pegang jawatan ni. As i mention just know, im just a little normal human. Tak mampu nak jaga semua hati. Susah bila kita sebenarnya memang tak ada kawan. Alone in university. Tak best ok?

Senyum sembunyikan lara di hati. Aku tak punya sesiapa dah. Semua makin jauh, jauh dan terus menjauh. Rasa di hati, kita pendam selagi mampu.
Kita tak sedar, saat kita kesusahan kita sibuk mengeluh. Itu ini semua tak kena. Dalam kesakitan, kita diberikan bahagia, pernah kita syukur? Kita alpa. Jangan terlalu kejar apa yang tak pasti, hargai apa yang ada.

Aik, rasa macam post luahan rasa hati. Jiwang yang amat. Hakikat kehidupan. Ini yang aku rasa sem 4.

Untuk adik-adik mungkin yang baru nak masuk U, jangan kejar pangkat sampai hilang kawan. Akak? Tak pernah kejar jawatan tapi Allah beri peluang untuk rasa pikul amanah. Allah uji lagi dengan kawan yang makin menjauh. Tika ini, Allah uji lagi dengan akademik yang aku rasa aku makin jatuh. Aku lost. Mungkin nanti ada sinar bahagia yang menanti. Mungkin Allah nak kita lagi dekat dengan Dia.

Kenapa tak pernah ada masalah cinta? Itu perlu aku syukur, setiap manusia diuji berbeza. Aku tak dipilih Allah untuk rasa cinta daripada manusia. Mungkin lebih sakit kut. Aku tak mampu. Nak cerita cinta, nanti kita bukak entry lagi.

Saturday 28 February 2015

Amanah

Assalamualaikum.

Masih berbekas sedih tinggalkan mama papa, terasa nak balik semula then sambung rehat.

Alhamdulillah, bila dikira-kira lebih kurang enam hari dah duduk ump. Kelas berjalan dengan lancar walaupun alone. Tak ada satu pun jadual sama dengan geng lepas. Dah takdir kan kita akan berjauhan.

Semalam, tercatat sejarah bila tetiba aku terpaksa bertanding sebabnya tak ada orang yang nak bertanding. Tak ada calon pun dalam kos eira. Puas kena pujuk rayu then eira setuju untuk bertanding. Tak pernah terlintas dek akal waras untuk bertanding apatah lagi untuk menang. Allah Maha Mengetahui. Eira menang tanpa bertanding. Ya Allah betul apa yang aku pilih ni? Kuatkan aku Allah.
Ada yang kata rezeki tersepak. No. Aku tak rasa ni rezeki tersepak tapi ini ujian Allah untuk aku. Ini amanah. Berat apa yang terpaksa aku pikul. Persoalannya, mampu ke?

Perancangan eira untuk sem ni simple sangat. Eira nak baiki balik pointer yang merudum jatuh then libatkan aktiviti dalam kelab lain as ahli yang aktif. Thats all. Tak pernah pulak nak ikut campur dalam kelab fakulti. Berat dugaanNya.

Semua calon yang bertanding menang tanpa ada pilihan raya. What? Inilah hakikatnya. Sekarang eira sedih, sedih sangat. Sebelum eira isi borang macam-macam janji kawan-kawan tabur. Alih-alih dah terjadi macam ni kenapa semua menjauh? Sedih sangat bila nama diumumkan menang then semua kawan buat muka pelik. Hanya Allah je yang faham perasaan eira saat tu. Kenapa jadi macam ni. Baru eira sedar, bila eira susah semua pergi menjauh.

Cabaran terdekat, isnin malam eira kena bentangkan manifesto. Dah lah eira ni memang jenis takut nak bercakap depan khalayak ramai. Malu. Segan. Cik wanie pesan, stand up and speak it loud.

Mama, i need you right now. I really miss your hug.

Wednesday 11 February 2015

Sem Break

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur. Sekarang tengah cuti. Oh yeah. Cuti sem 3. Saat jari sibuk menaip dekat phone, bebudak sibuk buat homework masing-masing. Heeeee. As usual, i'm a teacher right now.

Cuti kali ni memang sedih sikit sebabnya geng semua diam aje. Tak ada pun nak ajak jumpa ke apa ke. Alahai. Masa pun gerak macam laju semacam je kan. Jealous lah tu dengan I nak duduk terbongkang dekat rumah. Huhu.

Last week, sakan pergi rumah su. Serius memang syok sebab boleh jumpa semua cousin. Haishhh. Semua dah besar. Okay, teringat benda lucu bila duduk sakat cousin seorang ni. Memang comel sangat dia. Ala, dah nama kacukan cina melayu. Nasiblah aku anak melayu tulen. Gelap sikit pun boleh lah.

"Aqil, aqil comel lah"
"Kalau comel buatlah anak angkat"

Amboi. Lancar dan pantas dia jawab. Sepantas kilat jugak kena marah dengan mama. Huhu. Kesian Aqil kan.

Result sem 3. Apakah. Dah boleh check masa duduk rumah su. Semua sibuk mesej kan. So aku dengan malas check result then perkara pertama aku tengok semua pass. Blurrr kejap. Eh, semua pass. Numerical method and optimization. Memang berperang dengan subjek tu so thank you Dr. sebab banyak tahan layan kerenah saya. Subjek lain ada yang kurang puas hati. Kenapa? Kenapa? Teringat pulak kata-kata someone, kita sokmo nak mengeluh bila kita tak dapat tapi kita lupa syukur dengan apa Allah bagi. Aku kadang mengeluh kenapalah lecturer ni bagi markah gini untuk subjek ni? Tapi aku lupa syukur untuk other subjek tak fail pun.

Terkesan dekat hati bila ada yang bandingkan kita dengan insan lain. Ya. Aku sedar diri. Aku tahu tahap kemampuan aku. Aku dah usaha tapi setakat ni je yang aku mampu dapat. Its okay, next sem aku try lagi. Janganlah nak tuduh yang bukan-bukan. Sedih tau bila kita dah struggle very hard tapi orang still pandang rendah then beri tuduhan yang aku rasa tak masuk dek akal.

Moral of the story, whatever the result is, you get what have you usahakan. Heeee. Jangan pernah mengeluh sebab ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Apa lebih penting, more focus untuk sem 4.

Thursday 8 January 2015

Have to be strong

Assalamualaikum. Bukit gambang start hujan lagi. Jangan banjir sudah. Nak balik cuti exam pulak ni.

Exam? Yes. Final exam. Allah. Kuatkan aku. Sibuk dengan hal dunia, kadang kita lupa Allah. Kadang kita alpa, kita bukan sesiapa. Hebat mana sekalipun kita, ada kuasa yang lebih hebat.

Tears, please be kind. Aku bukan kuat sangat. Aku try untuk jadi kuat. Aku try untuk senyum. Lets bygone be bygone. Just keep smiling.

Hebat dugaanMu ya Allah. Besar kuasaMu. Aku aje yang alpa selama ni. Moga aku terus kuat dengan semua dugaan. Tenangkan aku ya Allah.

The moment when you realize that you have no time to repair all the wrong doings. MasyaAllah. Allah. Engkau sedarkan aku. We still have time to taubat. Betulkan semua silap kita. Kita manusia biasa. Jangan pernah mengalah. Teruskan hidup.

I still have another paper to be done next week. Keep strong my honey. Please, dont cry.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...