PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Wednesday 31 August 2011

minta maaf !

assalamualaikum..

saat ini, entah macam mana perasaan eira sendiri tak mampu nak ungkap..kecewa dengan insan yang bergelar kawan dan mungkin kesal dengan diri sendiri

untuk tidak terus sakitkan hati sendiri, eira buka internet dan tiba-tiba tangan ni tertekan untuk melihat komen-komen yang ada di blog eira..

ia berada di kotak spam, tentunya kepalanya mengatakan spammer yang saja2 iklankan something..agak terpana seketika apabila membaca komen tersebut..apabila eira check tarikhnya, baru semalam anonymous tersebut komen di blog eira..hmm, hari raya!

secara jujurnya, memang blog itu hanya blog untuk tips tentang dunia remaja..memang benar post-post tersebut hanya copy and paste..eira akuinya..

di sini, eira nak minta maaf andai post eira adalah hasil nukilan para pembaca sekalian..khas untuk anonymous tersebut, sekiranya ada tidak berkenan, sila cakapkan, eira akan cuba memuaskan hati masing2..

bukan niat eira untuk hanya copy and paste sebulat-bulatnya..niat eira cuma untuk tatapan semua..sekiranya eira ambil daripada mana-mana blog,insyaAllah eira akan cuba linkkan ke blog beliau..sekiranya eira dah lama copy, harap maaf, memang tiada link yang eira ambil..mungkin itu kesilapan eira, eira cuai..

sekali lagi, harap kesalahan eira dimaafkan lebih2 lagi di bulan mulia ini..sekiranya itu post para pembaca dan ingin eira linkkan ke blog anda, sila komen ye!

| ditaip oleh eira dengan rasa rendah diri dan harap kesalahan eira diampunkan |

Monday 29 August 2011

salam aidilfitri

esok hari yang sentiasa dinantikan oleh seluruh umat Islam sebagai tanda kemenangan kita dalam menempuh dugaan di bulan Ramadan Al-Mubarak..Syawal menjelang tiba dan ini masa yang sesuai untuk saling bermaafan dan melupakan kisah2 lepas..
di kesempatan ini, EIRA nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di dunia..maaf dipohon andai sepanjang eira menaip di sini ada yang tersentuh secara sengaja mahupun tidak sengaja..

buat keluarga tersayang, tabahkan hati menempuh dugaan di hari lebaran yang mulia ini..

buat teman2 yang mengenali eira, minta maaf ya andai sepanjang kita kenal eira tersalah bahasa, tersilap bicara..eira hanya insan biasa yang penuh khilaf..

jemput datang beraya ke rumah eira, Insya-Allah pintu rumah eira sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja datang menziarah..

duit raya??hmm..sila bawa banyak kasi eira ya..ehhhh..hehe..

| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA !! |

Thursday 25 August 2011

eira rindu angah...

ramadan bakal meninggalkan kita umat Islam..semoga perjalanan hidup kita terus mendapat rahmat Ilahi..

saat insan lain bergembira menantikan hari raya aidilfitri yang bakal muncul tiba, eira sekeluarga masih dibuai mimpi kehilangan abang tersayang..

adik mana yang langsung tak punya hati? kerinduan makin menebal  di hati dan hanya mampu menyembunyikannya di sebalik senyuman sumbing..cukuplah dugaan yang mama hadapi, usah ditambah golak rasa yang eira lalui..
walau di mana sekalipun angah berada, doa sering diutuskan..moga-moga keadaan angah baik sentiasa..

angah...kakak rindu angah..kami sekeluarga rindu angah..biarpun tiada seorangpun yang berkata demikian, perbualan seharian cukup menggambarkan kerinduan kami..tidak pernah jemu mulut berbicara soal angah..
angah..angah..angah..

Sunday 21 August 2011

trial SPM 2011

tepat jam 2.02 minit petang, biologi kertas 3 dikutip..selesai sudah trial spm yang membebankan jiwa dan raga eira..haisshhh..
peperiksaan yang bermula pada tarikh 08.08.2011 dan tamat pada 21.08.2011 cukup memenatkan diri ini untuk belajar dan asyik menghadap buku..akhirnya tamat juga dugaan yang cukup besar pada ramadan kali ini..alhamdulillah..

masing-masing dah sibukkan diri mencari cikgu-cikgu mata pelajaran untuk bertanya markah..hanya eira yang sepikan diri, pekakkan telinga, butakan mata untuk mengetahui markah peperiksaan kali ini..hai maklumlah, markah diaorang tinggi kot..eira dapat sikit aja kot..

kali ini, perasaan berbaur sekali..tak sedap hati semacam saja..apakah perlu eira tahu result sebelum raya atau selepas raya??

kalau result gempak, best sangat nak beraya..boleh pergi minta duit raya banyak-banyak..hahaha..

kalau result hampeh, alamaknya tak syok manalah raya kali ini..
orang lain : hmm,result trial macam mana??dapat berapa??

eira : (diam seketika, berfikir!) entahlah..biasa aja..(nada sedih tau..)
cikguuuuu...eira nak tahu result lepas rayalah..nanti tak syok raya..hehe..

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...