PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Thursday, 25 August 2011

eira rindu angah...

ramadan bakal meninggalkan kita umat Islam..semoga perjalanan hidup kita terus mendapat rahmat Ilahi..

saat insan lain bergembira menantikan hari raya aidilfitri yang bakal muncul tiba, eira sekeluarga masih dibuai mimpi kehilangan abang tersayang..

adik mana yang langsung tak punya hati? kerinduan makin menebal  di hati dan hanya mampu menyembunyikannya di sebalik senyuman sumbing..cukuplah dugaan yang mama hadapi, usah ditambah golak rasa yang eira lalui..
walau di mana sekalipun angah berada, doa sering diutuskan..moga-moga keadaan angah baik sentiasa..

angah...kakak rindu angah..kami sekeluarga rindu angah..biarpun tiada seorangpun yang berkata demikian, perbualan seharian cukup menggambarkan kerinduan kami..tidak pernah jemu mulut berbicara soal angah..
angah..angah..angah..

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...