PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Friday, 3 February 2012

sedih atau gembira ?

tengah-tengah eira penat kemaskan barang-barang, tiba-tiba sepupu eira mesej eira..ada berita gembira katanya..tersenyum hati eira..tertanya-tanya juga agak-agak dia nak kahwin mungkin..eira balas mesej dia tapi dia diam membisu..alahai..ditekannya nombor telefon dia..ceria suaranya..huhuhuhu..

subahanallah..mungkin pada pandangan mereka, berita itu gembira..mungkin ada yang mengucap syukur..namun bagi eira, kelu lidah untuk menyatakan perasaan sebenar..hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

eira beritahu mama, seakan mahu mengalir air mata di tubir mata mama..eira faham tiada siapa yang ingin semua ini terjadi..banyak perkara yang mama  fikirkan..bukan dalam jarak terdekat bahkan pada masa hadapan..apa akan menyusahkan sesiapa atau tidak..

mama, be strong! tak ada siapa-siapa yang tahu hikmah di sebalik semua ini..sedih atau gembira? terasa ingin air mata turut mengalir apabila melihat mama monyok sebegitu..eira tahu, kasih sayang mama pada tokki eira melebihi kasih sayang adik-beradiknya pada tokki..

mungkin remeh sahaja bunyinya, tapi bagi mama, dia tidak mahu tokki susahkan adik-adiknya yang lain..mama takut tidak ada yang setabah mama untuk jaga seorang ayah..mungkin tidak banyak songeh, tapi mungkin ada yang tidak kena..

usia tokki sepatutnya bahagia menjalani kehidupan hingga akhir hayatnya..tapi apakan daya, Allah menginginkan semua ini terjadi..
mama, kuatkanlah hatimu, moga kekuatanmu turut dirasai seisi keluarga..jangan sesekali mengalah dengan takdir...aku tahu, sehingga detik ini, terlampau banyak dugaan yang mama lalui..tidak pernah aku lihat mama kecewa..moga berterusan hingga mama dapat capai kebahagiaan yang sebenar miliknya

Sunday, 1 January 2012

sayu menjelang 2012 | mama

assalamualaikum..

2012 menjelang tiba..tahun baru dengan penuh cabaran yang perlu dilalui dengan tabah..2011 hanya tinggal dalam kenangan..memori yang pernah dicoret tidak mudah padam dek ingatan..

terasa baru semalam eira belajar berjalan, jatuh dan bangkit semula untuk terus bertatih..tidak mengenal erti putus asa untuk terus mencuba dan akhirnya eira mampu berjalan..

semalam, eira masih merengek meminta itu ini kepada mama..hari ini, umur eira sudah mencecah remaja yang harus hidup berdikari tanpa perlu mama sediakan segalanya..

mama, eira sudah besar..rasa macam tak percaya semua ini..masa berlalu begitu pantas tanpa aku sedari..Ya Allah, entah berapa banyak nikmat yang Engkau kurniakan yang belum aku syukuri..

mama, eira masih belum mampu berdiri, menempuh segalanya sendirian..eira masih perlukan mama untuk belajar tentang dunia yang sebenar..

mama, terima kasih untuk segalanya..tidak terbalas jasamu..dirimu tidak pernah kenal erti jemu, erti mengalah, erti putus asa..walau hari-hari engkau menangis dek sikap anak-anakmu yang seringkali melukai hati kecilmu..

melalui dirimu, mama, eira belajar untuk menjadi tabah, belajar mengenal kebahagiaan selepas kedukaan..faham akan kepayahan tanpa perlu mengeluh..mengerti akan perkataan reda dan pasrah selepas berusaha..

InsyaAllah mama, akan eira balas pengorbananmu dengan kejayaan eira...
Ya Allah, Engkau kurniakanlah kedua orang tuaku dengan rezeki yang penuh berkat, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi aku, panjangkanlah umur mereka untuk melihat kejayaan aku, tempatkanlah mereka dalam golongan yang beriman..amin...

 

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...