assalamualaikum

Saturday, 13 May 2017

MAMA Kuat. Love you, MAMA

Assalamualaikum.

Cuti midsem dah nak habis. Cuti buat apa? Jalan-jalan habiskan masa. HAHAHA.

Malam tu mama tak sihat sangat. As usual, papa yang kena picit mama. Mulut membebel sakan tapi tetap papa picit mama. Aku terus masuk bilik.

Bangun pagi kemas-kemas baju sebab tumpang member kan. Pagi tu mama demam, aku ajak pergi hospital. Mama taknak. I know, dia taknak susahkan aku. Aku pun balik U.

Tiap hari rasa sedih tapi tak tahu sebab. Mainan perasaan kut, mood perempuan tak menentu sangat kan. Lepas kelas, sepupu mesej, tanya pasal mama. Aku buat tak tahu. Aku tanya dia kenapa, aku tahu mesti dia nak cakap mama demam. Yes, i know that. Semalam aku tinggalkan dia, dia tidur dalam selimut. Sepupu beria suruh mesej or call anyone dekat rumah. Aku malas nak layan. Dalam kepala banyak benda, esok lusa nak test. Semua benda tak study lagi. Aku biarkan. As usual, dia mesej like nak story something. Bila tanya, suruh tanya orang lain. Fine.

Yes. Birthday mama. Nak tak nak memang kena call walaupun berat hati. Banyak kali call mama tak angkat. Try call papa then papa cakap mama pergi terengganu. Amboi, kemain eh, sakit demam pun jenjalan sakan. Eh, papa cakap bukan pergi jalan-jalan tapi kena masuk wad. Allahuakbar. Papa kata tak tahu cerita lagi, call su sebab papa call su suruh pergi jenguk dulu. Call  su then su suruh call sepupu seorang lain. Rumitnya keadaan. Sepupu tak sampai lagi dekat mama. Mama pun baru je gerak dari dungun dengan ambulans.

Puas fikir then decide nak balik jugak. Tak kira lah apa nak jadi pun. Sampai terminal, again call sepupu then sepupu bagi mama cakap. Mama cakap 'mama okay, kakak tak payah lah balik. Mama demam macam semalam je. Kakak kan ada kelas.'

Dalam bas air mata mengalir je sebab banyak berfikir. Negatif. Aku jenis payah nak menangis sakan. Entah, air mata murah sangat nak mengalir. Mama macam dah lama bagi hint keadaan akan jadi macam ni. Mama banyak suruh berdikari, kena belajar masak and so on. Sampai dekat mama tepat pukul 12.30 tengah malam.

Mama tengah tidur. Mama tak boleh gerak. Bukan lemah tapi mama kena STROKE. Allahuakbar. Hati mana tak menangis. Su sendiri as adik menangis sakan. Aku as anak rasa hilang nyawa sekejap.
Mama kuat. Subuh mama taknak bangun taknak bergerak langsung. Tuhan Maha Kuasa. Lepas Zohor mama kata nak bangun berjalan. Yes mama boleh jalan slow-slow. Adik dah sampai tengah hari tadi. Kelakar bila adik cakap adik taknak teman mama dekat hospital. Mama pun taknak adik jaga, katanya adik tak pandai sangat nak jaga.

Keluar hospital, kami duduk rumah su. Adik mama yang mama paling sayang. Sangat bertanggungjawab. 10 hari duduk rumah su, kami balik rumah sendiri. Mama ada appointment dengan doktor dekat dungun. Still, mama tak larat lagi. Yes, memang mama tak larat nak jalan tapi mama jadi tak sihat badan. Demam kadang-kadang sejuk sampai menangis. Hati cepat sangat sentap. Asyik nak terasa dengan semua benda. Padahal dulu mama seorang yang sangat positif. Positif sangat sampai kadang orang malas nak mengumpat dengan mama. Husnuzon betul mama. HAHA.

Now, dah sebulan dua hari dari tarikh mama kena stroke. As usual, semek a.k.a Baby Shuhada peneman setia mama dekat rumah. Si kecik jadi penguat mama untuk terus hidup dengan bahagia. Peneman di kala mama sunyi, Alhamdulillah, adik dah habis belajar. Syukur Ya Allah. Hilang beban mama untuk tanggung belanja adik. Now, Eira. Mama kena cepat sihat. Mama sokmo kata nak tengok kakak konvo kan. Mama tak sabar nak masuk dewan tengok kakak terima anugerah kan. Mama kena sihat macam biasa. No more crying.

Tinggal berapa minggu je lagi dekat sini. In Shaa Allah, pertengahan puasa kakak balik. Kakak balik lama sebab tak datang dah U. Kakak duduk dengan mama. Mama tak sabar nak tunggu kakak habis kan. Tak lama dah mama. Doakan kakak cepat dapat kerja then boleh balas semua penat lelah mama besarkan kakak.

Mama kuat. Kakak sayang mama.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...