PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Thursday 24 May 2012

Hari Belia Negara 2012

assalamualaikum..

pagi-pagi sudah cergaskan jari-jemari menaip di blog..semua orang sebaya dengan eira masing-masing sibukkan diri siapkan persiapan akhir sebelum ke matrikulasi,diploma dan juga asasi..eira? semuanya sudah siap.. alhamdulillah.. sekarang sibukkan diri dengan blog yang mungkin ditinggalkan usang sebentar sementara mengembara ke negeri orang..
sekarang semua sibuk bercakap tentang hari belia..apakah itu? hahahaha..baik media cetak mahupun media elektronik sibuk promote hari belia negara..wah, nampak macam meriah! okay,apa yang eira dengar, hari belia antara 10 acara terbesar di dunia..i'm repeat again, among the 10 largest event in the world !

eira pun belia..masih muda lagi aku! esok insyaAllah eira akan turun padang berkunjung ke sana..bertuah kan? orang lain sibuk siap-siap nak pergi matrikulasi, eira sibuk nak pergi hari belia..biarlah, bukan selalu pun..aku boleh pergi, kau boleh?

ini aktiviti akhir bersama ahli Kelab Rakan Muda Dungun untuk tahun ini eira kira..bukan apa, lepas ini memang sibuk dengan study..tak ada masa nak join apa-apa program..esok jam 8 pagi sudah mahu bergerak ke Putrajaya..alahai, memang untung nasib..JOM HEBOH berlangsung sana..

member baik eira menjerit sakan..katanya "bestlah boleh jumpa L.Joe daripada kumpulan Teen Top"

hahaha..minta maaf ye cik kak sayang...I tak tahu apa-apa langsung..siapakah mereka? pentingkah? huhuhu..okay..nanti I kirim salam.. (pandai ke jawab salam?)

okay, cukup sampai sini..nanti ada gambar eira cuba share kemudian..tak sabar nak ke sana..hehe..nak kemas-kemas baju..2 hari berkampung di Putrajaya..untunglah, hari-hari letihkan badan pergi jalan-jalan..huhu..

 | menghitung detik ke Kolej Matrikulasi Pahang |

Saturday 19 May 2012

Kisah Hati

siapa yang tahu isi hati kita..apa yang orang lihat hanyalah di luaran sahaja..senyuman yang terukir tidak semestinya menggambarkan kebahagiaan..kadang kala senyuman di bibir menggantikan kesedihan yang berlaku..biarlah senyuman yang melenyapkan kegusaran hati..tabahnya hati, biarpun terluka, senyuman tetap menghiasi wajah..

senyum tidak bermakna tidak sedih, sedih tidak semestinya menangis..hati aku celaru..entah apa perasaan yang sebenar..semuanya bercampur-baur..lebih-lebih lagi nak tinggalkan rumah, sayu semacam rasanya..mama, papa, i will miss both of you..sebenarnya ada kisah lain yang lebih aku takutkan..bagaimana keadaan aku selepas ini? adakah 'culture shock' ataupun iman di dada semakin menebal?
kadang-kadang kita sengaja sakitkan hati sendiri, menduga rasa hati..hasilnya? semuanya bergantung pada diri sendiri..hati sentiasa sabar walau beribu dugaan datang melanda..oh hati, sampai bila akan terus bertahan?

jangan terlalu mencabar hati sendiri, eira..nanti diri yang merana..hati yang menangis, siapa yang peduli? ada orang lain kisah? TAK kan? so, jangan sengaja lukakan perasaan yang sedia kala terguris perlahan..
Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepadaNya, Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu, Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu
jangan main perasaan dengan orang yang salah, nanti hati yang menerima padah..berani buat, berani tanggung risiko..risikonya bukan sedikit..besar sangat risiko yang perlu dihadapi..jangan gusar sayang, pasti ada hikmah andai ini jalan takdir hidupmu..semua yang berlaku ada hikmahnya..hari ini kita nampak buruk apa yang Allah tentukan, tetapi..percayalah, akan ada keajaiban yang tak terjangka yang Allah janjikan..aku dengan sabar menanti saat itu..semoga keperitan hati berakhir secepatnya..

jangan ingat aku berdiam diri, aku lemah..tidak sama sekali..ternyata aku cuba mengumpul kekuatan di sebalik segala dugaan yang Allah uji..aku masih mencari ruang di dalam diri yang semakin bingung dengan perasaan sendiri..

perlukah aku teruskan semua ini sedangkan semuanya membuat hati aku semakin bersalah dan hanyut ke lembah penderitaan? apakah akan ada hati insan lain yang akan turut dilukai..berilah aku kekuatan, Ya Allah..andai ini yang kau inginkan aku lalui, aku pasrah dan semoga aku menjalaninya dengan rahmatMu..
Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah dan banyak menangis dalam diam
aku yang menangung, aku yang rasa..kau bukan berada di tempatku, mungkin mudah bagimu..cakap memang mudah, namun untuk laluinya amat perit..apatah lagi, aku sendirian..kau mungkin sudah bahagia, tapi bukan aku..engkau tetap bahagia dan aku yang bakal menerima kekalahan dek sikap ego sendiri..


| sabarlah wahai HATI |

Tuesday 15 May 2012

saat sebelum ke KMPh

Alhamdulillah..eira masih lagi bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT..keputusan UPU sudah pun dikeluarkan pada 7 Mei 2012..keputusannya? eira ditawarkan diploma kejuruteraan kimia (loji proses) di UMP..rezeki eira di Pahang..setelah bermuhasabah sendirian buat seketika, pilihan eira lebih ke arah matrikulasi Pahang..

banyak lagi yang perlu disiapkan..barang-barang dibeli mengikut keperluan sahaja..jangan membazir! banyak lagi benda nak kena guna duit..eira kemas barang pun dengan sedikit perasaan sayu..sedih nak tinggalkan rumah..yang penting, bila dah jauh dari family, perasaan gentar sentiasa menjadi teman..jangan air mata menjadi teman setia sudahlah..
'belajar elok-elok..kat sana jauh, jangan main-main..duduk sana baik-baik..jauh dari family..cari kawan yang baik..berkawan dengan semua orang, jangan sombong'
itu antara nasihat-nasihat yang diberikan..terima kasih semua atas nasihat anda..insyaAllah, eira akan ingat..susahkan? ini first time jauh dari family, semua dah risau..eira anak manja..ok fine, eira akui eira memang manja..semua harapkan mama..itu mama, ini mama..semua mama!
di saat akhir masih ada dugaan yang melanda..semoga eira kuat untuk hadapi segalanya..semoga eira bijak dalam mencari jalan penyelesaian..

  | sibuk menguruskan persiapan untuk ke KMPh  | 

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...