PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Monday 30 January 2012

online shopping

assalamualaikum..

masih lagi diulit keletihan semalam..letih ronda-ronda TTC dan cuci mata sebentar melihat keadaan sekeliling..indah !

letih-letih masih mahu menaip di sini..hahaha..apa yang eira kongsi malam ini, eira gembira campur dengan teruja..tengah-tengah layan kesibukan melihat course yang ditawarkan pihak universiti, telefon eira memanggil..apa? barang yang eira pesan online sudah sampai..alhamdulillah..
ok lah, eira pesan barang daripada blog alinac shoppe ...dah lama sangat nak order, akhirnya...dalam masa tiga hari eira bank in, dah sampai barang yang eira order..mesra dan mudah nak berurusan dengan tuan empunya blog..huhuhu..

kasihan pak cik posmen..susah ya nak cari alamat mak su eira..insyaAllah, lepas ini, eira letak alamat rumah eira sendiri pula...hihi..

apa-apa pun, kepada yang sentiasa 'busy' asyik menatap laptop, sampai tak sempat nak cuci mata, jom cuci mata di mana-mana kedai online..untung juga sebenarnya, tak habis banyak masa..mana-mana pun ada kelebihan dan keburukanna..so, jaga-jaga..

by the way, thank you yong sebab barang eira dah sampai..huhu..walaupun dalam kepayahan untuk bank in duit, masa cemburu sangat dengan eira..


Monday 23 January 2012

bertukar warna

sedikit terkilan dengan sikap ambil lewa diri sendiri..langsung tak berhati-hati apabila membuat sesuatu kerja..tak fikir dulu..inilah padahnya..

rajin semacam membawa padah..pagi-pagi hari basuh kain sembahyang..nak kasi wangilah katakan...hari ini nak pergi jalan-jalan ke terengganu..alamak !!!!

warna-warni..mungkin ! daripada ungu bertukar menjadi pink..memang cantikkan? ( cantiklah sangat cik eira sayang )

kalau eira tunjuk kat mama, confirm mama senyum.. (kalau mood baik)..dalam hati mama mesti kata macam ini 'anak aku....'..tapi silap hari bulan kena mood mama tak ok, mahu kena marah sambil ceramah panaskan hati yang tengah menggelegak..

haha..apa-apa pun, terima seadanya dan belajar daripada kesilapan..itulah kehidupan..
kalau warna hati yang luntur, mungkin lebih mudah..(not very sure!)..mungkin ada yang masih sudi ceriakan semula hati ini..tapi siapa yang sudi?huhuhu..

* * * * *

'itulah, tak tengok apa yang orang buat..kan dah jadi macam ini'

huhuhu..mama, i'm sorry..

 | belajar daripada kesilapan dan mungkin akan ulangi lagi |

Saturday 21 January 2012

naik basikal

sebentar tadi mama suruh eira ke kedai..sepanjang hayat eira, boleh kira berapa kali mama suruh eira ke kedai..itupun masa eira kecil-kecil dulu..lepas itu, adik ambil alih tugas eira ke kedai..

malam ini, adik malas gila-gila..dia buat-buat tidur, so dengan selamba mama suruh eira..reaksi eira? tersengih macam kerang busuk..jam dah nak menginjak ke jam 10 malam..alahai..

eira pergi kedai naik basikal..(pinjam basikal adik, baru punya !)..hahahaha..serius, dah berapa tahun eira yak naik basikal..segan campur gentar..huhuhu..

memang sah ! kalau test lesen basikal, eira tak lepas..hahaha..kekok, nak jatuh, nak tersembam, naik pitam jadinya..bayangkan anda first time tunggang motosikal..nervous..

apa-apa pun, best..pengalaman mendewasakan kita..dengar dan melihat sahaja belum tentu kita dapat belajar..

mood eira saat ini : agak kecewa dengan segala masalah yang sengaja ditimbulkan...

Ya Allah, Engkau kuatkanlah diri hambaMu ini, Engkau tabahkan hati yang agak mudah rapuh ini, Engkau tetapkan iman yang teguh buat diri yang kerdil ini..semoga apa yang berlaku memberi aku kekuatan untuk terus hadapi dugaan yang mendatang..Amin..


| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA !! |

Tuesday 17 January 2012

Karnival Jom Masuk U 2012


assalamualaikum..

Karnival Jom Masuk U..eira pun tak tahu banyak tentang karnival ni..eira tahu pun melalui kawan-kawan yang sibuk mengajak ke sana..itu pun hanya melalui FACEBOOK..untung juga ada laman sosial muka buku ni..

kami dijangka ke sana 28/1/2012..kami naik bas ! tak percaya kami semua sudah menganjak ke alam remaja..harus belajar berdikari..InsyaAllah..

eira ada search serba sedikit tentang karnival ni..nak tahu tarikh dan tempatnya ?

Tarikh                                                     Lokasi
14 – 15 Januari               Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
28 – 29 Januari               Terengganu Trade Centre, Terengganu
4 – 5 Februari                 Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
11 –12 Februari             Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18 – 19 Februari            Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
25 – 26 Februari            Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
3 – 4 Mac                          Port Dickson, Negeri Sembilan
10 – 11 Mac                     Permata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
17 – 18 Mac                     Kuala Kangsar, Perak
24 – 25 Mac                     PERSADA, Johor Bahru, Johor
31 Mac – 1 April            MINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan

mungkin ada yang masih belum tahu tentang ini , eira share apa yang eira tahu..pada mana-mana lepasan SPM dan STPM digalakkan berkunjung ke karnival ini..mungkin ada info yang kita tertanya-tanya sebelum ini.. 


moga kunjungan eira ke sana dapat memberi eira sedikit ruang minda untuk berfikir mengenai apa yang perlu eira putuskan di masa depan..


 | siapa nak masuk U, jom ramai-ramai sertai karnival JOM MASUK U ! |

Saturday 14 January 2012

rindu kalian !

assalamualaikum..

lama ke tak menaip di blog usang ni ? huhuhuhu..hari ni eira rasa nak tulis yang simple-simple..selama ni ayat puitis bagai..

alhamdulillah..selamat sampai di rumah jam 7 malam tadi..seminggu eira tinggal rumah su merajinkan diri untuk bantu apa yang patut..

serius..eira balik sini, eira rasa sedih..rasa nak menangis tiba-tiba..eira rindu suasana rumah su..eira sibuk memanjang tapi tak letih..pelikkan? memanglah, bila nak rasa letih?asyik melayan kerenah sepupu..sepupu pula lelaki, kecil-kecil lagi..aduh !

eira nak tinggal lama lagi rumah su..alahai cik eira oi, masa tinggal rumah su, rindu mama lah, rindu papa lah..hahaha.. (eira nak tinggal rumah su, mama dan papa ada sekali ) boleh ?

eira rindu sepupu-sepupu eira nak sentiasa riuh..tak ada masa nak rehat dengar keletah masing-masing..mak-mak saudara lagi kecoh..macam-macam lawak..pelbagai ragam..tak kering gusi !

insyaAllah, ada masa lapang nanti, kakak balik lagi sana...ceria semacam nak balik sana..ke ada apa-apa ni? hahahaha..biarlah rahsia !
 
 | kerinduan kepada insan yang jauh |

Thursday 12 January 2012

kenangan di sini

genap seminggu eira di rumah su..mak saudara eira kan nak buat majlis kenduri..so, terpaksa rajinkan diri untuk membantu apa yang patut..sepupu eira dah selamat diijab kabul malam jumaat lepas..

alhamdulillah semua berjalan lancar..eira nak cerita pengalaman eira pergi ke rumah pengantin perempuan..alahai..SESAT ! nasib baik jumpa juga rumah si pengantin..huhuhuhu..syok juga pengalaman sebegitu..bila diingat kembali, memang lucu..eira jadi pemandu pelancong..alamatnya, sesatlah jawabnya..terbukti eira memang tak layak jadi pemandu pelancong...hahahaha..

macam-macam ragam mak-mak saudara dan sepupu di sini..tak kering gusi ketawa..hilang sebentar kedukaan yang melanda hati biarpun hati ini kadang terguris dek ingatan yang lepas..

apa-apa pun, majlis kenduri akan berlangsung esok..alahai, mesti eira letih..letih buat apa? entah !
kehadiran orang baru dalam family kami ? agak sukar diterima..gembira ada , seram pun ada..

2 hari lepas eira tidur rumah tokki eira..biasa saja cuma perasaan eira saja yang tak ok..nenek tiri ? masing-masing duduk menyakat eira..entah apa yang tak kena.. (seram sejuk eira terpaksa tidur dengan nenek tiri)

eira demam, mama..i want you to be here..hahaha..rindu mama sangat-sangat..insyaAllah petang ini mama sampai..
 
 | rindu mama sangat-sangat |

Wednesday 4 January 2012

genap 6 tahun | 'ayah'

4 Januari 2012, tarikh yang tiba-tiba eira ingat kembali..mengimbas kembali kenangan lama.. 4 Januari 2006, 'ayah' panggilan kepada tok ki eira pergi menyahut seruan Ilahi..tarikh yang kemas terpahat dalam memori eira..kebiasaannya, eira sibuk dengan hari persekolahan, memang alpa dengan semua tarikh..

tahun 2006, eira darjah enam..baru start persekolahan, 'ayah' pergi..eira taklah rapat sangat, tapi kehilangan 'ayah', eira sedih sangat..eira masih ingat, mama separuh tak sedar..mama yang jaga 'ayah' masa 'ayah' sakit..mestilah mama yang paling terasa..

eira banyak terasa kehilangan..tetapi eira masih kecil saat itu, tidaklah terasa bebannya, walaupun eira menangis kesedihan..'ayah' hilang dari dunia ini, eira sudah mampu mengerti akan erti kehilangan..

kehilangan nenek sebelah mama, walau eira tidak jatuhkan air mata, eira masih terasa nenek bersama bila eira nak balik kampung time kecil-kecil dulu..susah sangat nak refresh otak untuk katakan nenek dah lama tinggalkan kami..
nenek belah papa meninggal dunia bila umur eira 6 bulan..mama cakap muka eira iras muka arwah nenek belah papa..rindunya nak lihat wajah nenek..tak pernah eira lihat cuma dengar cerita sahaja..

banyak eira kehilangan orang yang terdekat dengan eira, tapi masih belum mampu eira sediakan diri untuk kehilangan mama dan papa..

buat insan yang telah kehilangan insan yang paling rapat dalam hidup, teruskan hidup dengan penuh sabar..doakan mereka yang telah pergi dengan al-fatihah..moga roh mereka dicucuri rahmahNya..

eira masih ada tok ki belah mama...moga dia sentiasa sihat dan masih gagah melihat kejayaan cucu-cucumu..insyaAllah..

 

Sunday 1 January 2012

sayu menjelang 2012 | mama

assalamualaikum..

2012 menjelang tiba..tahun baru dengan penuh cabaran yang perlu dilalui dengan tabah..2011 hanya tinggal dalam kenangan..memori yang pernah dicoret tidak mudah padam dek ingatan..

terasa baru semalam eira belajar berjalan, jatuh dan bangkit semula untuk terus bertatih..tidak mengenal erti putus asa untuk terus mencuba dan akhirnya eira mampu berjalan..

semalam, eira masih merengek meminta itu ini kepada mama..hari ini, umur eira sudah mencecah remaja yang harus hidup berdikari tanpa perlu mama sediakan segalanya..

mama, eira sudah besar..rasa macam tak percaya semua ini..masa berlalu begitu pantas tanpa aku sedari..Ya Allah, entah berapa banyak nikmat yang Engkau kurniakan yang belum aku syukuri..

mama, eira masih belum mampu berdiri, menempuh segalanya sendirian..eira masih perlukan mama untuk belajar tentang dunia yang sebenar..

mama, terima kasih untuk segalanya..tidak terbalas jasamu..dirimu tidak pernah kenal erti jemu, erti mengalah, erti putus asa..walau hari-hari engkau menangis dek sikap anak-anakmu yang seringkali melukai hati kecilmu..

melalui dirimu, mama, eira belajar untuk menjadi tabah, belajar mengenal kebahagiaan selepas kedukaan..faham akan kepayahan tanpa perlu mengeluh..mengerti akan perkataan reda dan pasrah selepas berusaha..

InsyaAllah mama, akan eira balas pengorbananmu dengan kejayaan eira...
Ya Allah, Engkau kurniakanlah kedua orang tuaku dengan rezeki yang penuh berkat, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi aku, panjangkanlah umur mereka untuk melihat kejayaan aku, tempatkanlah mereka dalam golongan yang beriman..amin...

 

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...