PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Saturday 21 January 2012

naik basikal

sebentar tadi mama suruh eira ke kedai..sepanjang hayat eira, boleh kira berapa kali mama suruh eira ke kedai..itupun masa eira kecil-kecil dulu..lepas itu, adik ambil alih tugas eira ke kedai..

malam ini, adik malas gila-gila..dia buat-buat tidur, so dengan selamba mama suruh eira..reaksi eira? tersengih macam kerang busuk..jam dah nak menginjak ke jam 10 malam..alahai..

eira pergi kedai naik basikal..(pinjam basikal adik, baru punya !)..hahahaha..serius, dah berapa tahun eira yak naik basikal..segan campur gentar..huhuhu..

memang sah ! kalau test lesen basikal, eira tak lepas..hahaha..kekok, nak jatuh, nak tersembam, naik pitam jadinya..bayangkan anda first time tunggang motosikal..nervous..

apa-apa pun, best..pengalaman mendewasakan kita..dengar dan melihat sahaja belum tentu kita dapat belajar..

mood eira saat ini : agak kecewa dengan segala masalah yang sengaja ditimbulkan...

Ya Allah, Engkau kuatkanlah diri hambaMu ini, Engkau tabahkan hati yang agak mudah rapuh ini, Engkau tetapkan iman yang teguh buat diri yang kerdil ini..semoga apa yang berlaku memberi aku kekuatan untuk terus hadapi dugaan yang mendatang..Amin..


| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA !! |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...