PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Wednesday 4 January 2012

genap 6 tahun | 'ayah'

4 Januari 2012, tarikh yang tiba-tiba eira ingat kembali..mengimbas kembali kenangan lama.. 4 Januari 2006, 'ayah' panggilan kepada tok ki eira pergi menyahut seruan Ilahi..tarikh yang kemas terpahat dalam memori eira..kebiasaannya, eira sibuk dengan hari persekolahan, memang alpa dengan semua tarikh..

tahun 2006, eira darjah enam..baru start persekolahan, 'ayah' pergi..eira taklah rapat sangat, tapi kehilangan 'ayah', eira sedih sangat..eira masih ingat, mama separuh tak sedar..mama yang jaga 'ayah' masa 'ayah' sakit..mestilah mama yang paling terasa..

eira banyak terasa kehilangan..tetapi eira masih kecil saat itu, tidaklah terasa bebannya, walaupun eira menangis kesedihan..'ayah' hilang dari dunia ini, eira sudah mampu mengerti akan erti kehilangan..

kehilangan nenek sebelah mama, walau eira tidak jatuhkan air mata, eira masih terasa nenek bersama bila eira nak balik kampung time kecil-kecil dulu..susah sangat nak refresh otak untuk katakan nenek dah lama tinggalkan kami..
nenek belah papa meninggal dunia bila umur eira 6 bulan..mama cakap muka eira iras muka arwah nenek belah papa..rindunya nak lihat wajah nenek..tak pernah eira lihat cuma dengar cerita sahaja..

banyak eira kehilangan orang yang terdekat dengan eira, tapi masih belum mampu eira sediakan diri untuk kehilangan mama dan papa..

buat insan yang telah kehilangan insan yang paling rapat dalam hidup, teruskan hidup dengan penuh sabar..doakan mereka yang telah pergi dengan al-fatihah..moga roh mereka dicucuri rahmahNya..

eira masih ada tok ki belah mama...moga dia sentiasa sihat dan masih gagah melihat kejayaan cucu-cucumu..insyaAllah..

 

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...