PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Sunday 12 March 2017

Healing Process

Assalamualaikum. Malam ni terperap dekat bilik sorang diri so rasa rajin nak menaip sini. Macam tak ada kerja lain nak kena buat kan. Kan? Kan? Hahaha. Nak cerita pasal healing process. Macam sambungan daripada post sebelum ni lah kan. Hehehe.

Its about 5 months stop pakai produk yang ada bahan kimia. Sekarang tengah pakai botanical product. Cerita dia, memang lambat lah nak dapat muka yang asal. Sepanjang stop, memang jerawat naik mendadak. Kejap naik situ, lepas tu naik sini. Merata dekat muka jerawat naik. First time memang malu nak sorok muka daripada semua manusia tapi sebab still lagi study, just face it. Rasa down tapi tetap kuatkan semangat. Macam mana nak dapat kekuatan? Cuba tengok kata-kata semangat daripada orang lain, look simple tapi bila hati dah terluka benda tu boleh buat kita rasa dihargai.

Eira nak share tips untuk dapatkan kulit yang sihat. Ini bukan iklan tapi benda ni banyak sangat orang share then Eira terbaca. Ada jugak yang share memang khas untuk Eira baca.

1) Banyakkan minum air masak.

Dulu suka mengadu kat member sebab kulit macam berminyak kan, so dia suruh banyak minum air putih. Air putih boleh kurangkan minyak dekat muka katanya.

2) Avoid makanan berminyak.

3) Avoid makan kacang.

I memang peminat tegar kacang, bila makan terus naik jerawat. Ish ish ish.

4) Avoid telur.

Serius, Eira tak pernah tahu pun kalau makan telur muka akan naik jerawat. Macam mitos je. So, Eira buat eksperimen dekat muka sendiri, try makan telur tengok apa yang jadi. Hmmm. Jerawat naik mendadak and lagi teruk bila jerawat tu jadi bernanah. Mama pun cakap, kalau ada kudis or what so ever, avoid telur sebab takut nanah.

5) Basuh muka at least 2 kali sehari dengan pencuci yang betul

Dekat sebulan or 2 bulan Eira tak guna cleanser sebab bila pakai botanical product ni muka Eira daripada berminyak jadi kurang berminyak. So boleh dikatakan muka dah habis jerawat cuma tinggal parut. Syukur sangat. Last week try pakai cleanser, nak tengok betul ke tak muka ni dah tak berminyak and the result is jerawat kecil-kecil tu naik sebab cleanser tak sesuai dah dengan muka. Ok kita stop. Heh heh heh.

6) Avoid seafood. Please avoid !

Kadang-kadang bila dah banyak and lama pantang, teringin jugak nak merasa kan. Nak dijadikan cerita, member plan pergi Sushi King. Eira lupa dah pantang ke apa ke, telan je tanpa rasa bersalah. Masa makan memang dah start rasa gatal tapi ignore je. HAHAHA. Esoknya pulak, makan udang sebab memang meleleh air liur nak makan sangat. Selalu makan dekat rumah macam okay aje kan. Adik kakak, jangan samakan rumah awak dengan kedai. Result dia, pipi kanan naik jerawat super besar. Rasa berdenyut tiap masa. Rasa nyesal, rasa nak nangis semua ada.
Macam mana keluar dengan jerawat bengkak atas muka? Ignore others and kuatkan semangat. Be confident. Kalau rasa segan sangat, pakai lah foundation, tak obvious sangat jerawat tu.
Alhamdulillah, lepas pakai produk tanpa bahan kimia ni, muka dah tak rasa pedih bila jemur bawah matahari. Muka sekarang 12/3/2017 tinggal parut sebelah pipi kiri and pipi kanan naik jerawat macam dalam gambar tu. Muka pun tak secerah dulu. SABAR. Perkataan ni yang buat Eira sentiasa kuat.

Bertahun muka guna bahan kimia sebab tu kulit Eira still lagi tak nampak cantik. Semua depend dekat kulit masing-masing. Ini pun Eira dah syukur sebab tak perlu nak tahan sakit macam dulu. Even muka still naik jerawat and lekat parut.

Okay this is my experience. That is my face. My ugly face. Sokmo tengok orang buat review lepas muka dah cantik kan, kadang rasa was-was nak percaya. So, Eira buat review muka sendiri yang tak tahu tahun bila nak baik. Kejap kering kejap naik. Yang pasti jaga pemakanan.

*******

Haritu si joyah Mardhiah baca blog ni then dia komen tak gempak sangat, tak happening, tak hipster and so on. For your information, zaman tu dah berlalu sebab Eira main blog start form 4. Adik-adik sangat time tu. Hipster terlajak sampai short form melampau. Itu belum aku masuk loghat ganu lagi. So, dak-dak wicet jangan nak bajet short form sangat, akak dulu dah lalui zaman korang tu. Korang bukan setakat short form, typo melampau pun ada. Typo ke .....? Last, thank you kak Mardhiah and cousin sebab selama muka ni rosak, korang berdua jadi mangsa Eira untuk Eira luah, Eira ngeluh. Korang buat Eira jadi makin kuat untuk terus lalui sampai bila entah muka ni nak totally sembuh. Sayang korang ketat-ketat.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...