PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Tuesday 13 September 2011

persediaan peperiksaan

salam sayang semua..ceria aje eira ni??huhu..letih tak terkata,biarlah eira simpan semua tu dalam diri dan jadikan pengalaman hidup..baru sahaja sampai menjejak kaki ke tanah Dungun, kepala teringatkan sepupu yang ambil UPSR..tak sempat nak wish..sorry sayang,sibuk la..

ok la..untuk adik-adik sekalian,selamat menjalani UPSR..tapi akak ada tips sikit nak kasi..tips ni untuk eira juga..

persediaan malam peperiksaan
lakukan amalan kerohaniaan seperti solat hajat,solat taubat dan lain-lain
pastikan kelengkapan alat tulis mencukupi
tidur dan berdoa
pesediaan pagi peperiksaan
bangun awal-keadaan ceria dan berdoa
mandi menggunakan air suam
bersarapan bersama keluarga
pakai pakaian yang baru dibasuh
pakai bau-bauan
semak sekali lagi alat tulis
salam,peluk dan cium ibu bapa
datang awal ke sekolah
persediaan di luar bilik peperiksaan
tenangkan diri dan elakkan keluh kesah
mempunyai wuduk sebagai perisai was-was
semak semula alat tulis
berkumpul dan berdoa
bersedia untuk masuk
persediaan di dalam bilik peperiksaan
duduk dengan selesa
keluarkan alat tulis
berdoa-baca fatihah dan doa penerang hati
tarik nafas untuk dapatkan oksigen (7 kali)
semasa peperiksaan
dengar arahan pengawas
baca arahan soalan
kalau tidak dapat jawab,tenangkan diri dan baca selawat
selepas menjawab,semak semula jawapan
selepas peperiksaan
keluar selepas diarahkan
jangan berbincang
fakus kertas seterusnya
doakan diri dan rakan-rakan
nota eira : elakkan minum air milo (favourite eira ni)
                minum air zam-zam atau air mineral
                minum air kacang soya
eira : moga-moga eira dapat amalkan dalam SPM nanti

| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA !! |

Friday 9 September 2011

akademi SPM 2011 siri 3

selamat tinggal Dungun..eira akan pergi sebentar mencari dan mengutip seberapa banyak ilmu untuk dicurahkan ketika menduduki SPM nanti..

hari ini eira akan bertolak ke rumah mak saudara eira di Marang..sempat lagi online untuk menaip di blog ini..eira akan duduk semalaman di ramah su eira..hehe..seronok!

akademi akan bermula hari sabtu (10/09) hingga selasa (13/09)..4 hari 3 malam..tempatnya best kot,di Sumai Suite Hotel..eira keseorangan aje..rakan-rakan yang lain semua berteman..jeles sihhhh!

ok la..nak siapkan diri dulu..dah nak bertolak..doakan kejayaan eira di sana.

eira : nanti eira ceritakan pengalaman di sana..mungkin best mungkin juga banyak dugaan..
| doakan kejayaan EIRA |

Tuesday 6 September 2011

result | trial SPM 2011

assalamualaikum..

tetap mahu menaip di blog buruk eira walaupun keadaan diri yang tidaklah sihat sangat..lagipun, menaip di blog ni bukan kerja berat sangat kan??antara malas dan rajin je !

di entri lepas eira ada janji something kan??so, janji mesti ditunaikan..

result penuh peperiksaan percubaan SPM eira yang dilalui dalam bulan Ramadan

result penuh peperiksaan sepanjang tahun 2011
alhamdulillah, ada peningkatan !

tidaklah sebagus anda yang di luar sana yang mampu gah mendabik dada namun ucapan syukur sentiasa di bibir..SPM bakal menanti kurang lebih 68 hari dari saat ini..moga result SPM mampu membuat mama dan papa tersenyum bahagia..insyaAllah..
 
 | doakan EIRA yang terbaik demi SPM yang bakal diduduki !! |

Saturday 3 September 2011

hari terakhir cuti raya

salam syawal kelima..masih terasa bahang aidilfitri namun apakan daya..dah baca tajuk kat atas kan..so,sekejap saja rasanya cuti raya tahun ni..alam persekolahan seakan-akan memanggil-manggil sudah..eira !! eira !! ooohhhh eira !!

opppssss..esok dah start sekolah..alam student yang kemas berpakaian sekolah dirasai kembali setelah hmmm..kejap ya..nak bilang..ehhh..hampir dua minggu ditinggalkan..

alhamdulillah..raya tahun ini ada yang happy ada juga yang sebak sedikit..ahli keluarga sempat berkumpul meraikan lebaran bersama..

ok stop!!! cukup dengan lebaran,kutip duit raya,pergi jenguk sana jenguk sini..esok bermulanya peperangan yang diisytiharkan diri sendiri..peperangan menuju SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)..

pengorbanan yang bakal menentu hala tuju masa depan..cukup dengan angan-angan,moga apa yang diimpikan diusahakan dengan daya yang sehabis mungkin..insyaAllah esok juga keputusan penuh trial spm 2011 eira diketahui..esok sajalah eira kongsi...doakan eira yang terbaik..

eira : esok nak kongsi??sempat lagi nak online tengah-tengah peperangan...

| ditaip oleh anak mama dan papa yang bernama EIRA yang bakal menduduki SPM !! |

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...