assalamualaikum

Friday, 29 May 2015

Last time

Assalamualaikum. Malam ni rasa nak feeling sikit karang ayat dekat blog buruk ni.

Tadi duduk belek post dalam blog. Lepas satu satu eira tengok, rasa nak gelak sorang pun ada jugak. Macam-macam benda tulis. Kalau ingat dulu sokmo lah cari idea nak tulis. Balik sekolah mesti hadap lappy. Tak sah kalau tak jenguk blog. Ada orang komen ke tak? Ada orang follow ke tak? Ada post terbaru ke? Sibuk kita nak up to date macam blogger lain. Patut lah sekolah dulu tak berapa nak okay sangat. Orang lain dah sampai ke bulan, kita masih kat sini sibuk dengan kerja berlambak.

Terasa kerdil zaman dulu kala. Sekarang dunia sibuk nak selfie then post dekat instagram. Kita pun nak jugak buat benda sama. Entah hati mana kita nak puaskan, bukan cantik pun. Cantik itu abstrak tapi masih tak lawa nak banding dengan manusia lain. Ayat merendah diri sangat kan? Ke ayat poyo gila?

Sekarang rasalah sendiri, kena hadap laptop bukan sebab blog, facebook or whatever media sosial tapi kena baca article panjang berjela, kena siapkan assignment yang menimbung. Baru nak berjimba dah masuk kerja baru. Dunia teknologi makin canggih, lecturer bagi esaimen ikut internet je, hantar pun ikut internet. Mak aihhhh. Kalau dulu, kena pergi sekolah baru dapat kerja sekolah, kalau tak pergi sekolah memang malang. Dulu mana ada canggih macam leni, nak call pun tak boleh.

Kekadang rindu jugak masa dulu-dulu. Zaman keanak-anakkan. Tak peduli pun dengan keadaan sekeliling. Dunia nak berperang ke, masalah politik ke, artis bercerai ke, semua tak ambil peduli. Ada aku kesah? Sekarang semua kena cakna. Semua nak kena up to date.

Okaylah. Hari ni dah start study week secara tak rasminya. Semua sibuk up date balik rumah, selfie naik bas, bla bla bla. First time eira tak ada perasaan nak balik rumah. Nak kata kerja banyak, tipu, sempat aje taip dekat blog buruk ni. Hahaha. Kita berjimba dekat Kuantan dulu esok. Hilangkan stressssss dua tiga minggu yang penuh dugaan.

Ehhhhh. Dah nak masuk Ramadan eh? Cepatnya masa berlalu. Allah.


0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...