PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Saturday 28 February 2015

Amanah

Assalamualaikum.

Masih berbekas sedih tinggalkan mama papa, terasa nak balik semula then sambung rehat.

Alhamdulillah, bila dikira-kira lebih kurang enam hari dah duduk ump. Kelas berjalan dengan lancar walaupun alone. Tak ada satu pun jadual sama dengan geng lepas. Dah takdir kan kita akan berjauhan.

Semalam, tercatat sejarah bila tetiba aku terpaksa bertanding sebabnya tak ada orang yang nak bertanding. Tak ada calon pun dalam kos eira. Puas kena pujuk rayu then eira setuju untuk bertanding. Tak pernah terlintas dek akal waras untuk bertanding apatah lagi untuk menang. Allah Maha Mengetahui. Eira menang tanpa bertanding. Ya Allah betul apa yang aku pilih ni? Kuatkan aku Allah.
Ada yang kata rezeki tersepak. No. Aku tak rasa ni rezeki tersepak tapi ini ujian Allah untuk aku. Ini amanah. Berat apa yang terpaksa aku pikul. Persoalannya, mampu ke?

Perancangan eira untuk sem ni simple sangat. Eira nak baiki balik pointer yang merudum jatuh then libatkan aktiviti dalam kelab lain as ahli yang aktif. Thats all. Tak pernah pulak nak ikut campur dalam kelab fakulti. Berat dugaanNya.

Semua calon yang bertanding menang tanpa ada pilihan raya. What? Inilah hakikatnya. Sekarang eira sedih, sedih sangat. Sebelum eira isi borang macam-macam janji kawan-kawan tabur. Alih-alih dah terjadi macam ni kenapa semua menjauh? Sedih sangat bila nama diumumkan menang then semua kawan buat muka pelik. Hanya Allah je yang faham perasaan eira saat tu. Kenapa jadi macam ni. Baru eira sedar, bila eira susah semua pergi menjauh.

Cabaran terdekat, isnin malam eira kena bentangkan manifesto. Dah lah eira ni memang jenis takut nak bercakap depan khalayak ramai. Malu. Segan. Cik wanie pesan, stand up and speak it loud.

Mama, i need you right now. I really miss your hug.

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...