PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Saturday 16 June 2012

Selamat Hari Bapa, papa

selama ini tak pernah pun eira sibuk-sibuk dengan hari bapa atau sebagainya..dua tiga hari, eira tertengok TV3 sibuk siarkan gambar anak dan bapa..so, terlintas dekat benak, hari bapa ke? hahaha..sangat tidak tahu hal luar selain daripada matrikulasi..

bukan apa, ini first time eira hidup berjauhan, jauh daripada family tersayang..hari ini, tangan gatal mencari pak cik google..nasib baik masih sempat..hari bapa jatuh pada esok hari..17 JUN 2012..malam ini, nak mesej dan wish SELAMAT HARI BAPA untuk papa..
tanpa papa, eira takkan sekuat dan setabah hari ini..ketegasan papa juga bentuk diri eira untuk lebih cekal..papa garang bukan tak sayang tapi papa nak anak papa seorang ini berjaya kan?

papa selalu cakap macam ini, nanti kakak jadi doktor ya, tak pun jadi doktor gigi...alamak..papa..eira tak minat sangat-sangat bidang medik..tapi siapa tahu, berkat doa papa, eira akan jadi doktor.tapi eira minta jauh..kehidupan eira sebagai student masih jauh..masih penuh dengan liku..

 | SELAMAT HARI BAPA |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...