PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Friday 15 June 2012

kuatkan semangat, sayang !

assalamualaikum..

sudah lama sepikan diri, bukan menghilang tetapi sibuk dengan urusan seharian.. alhamdulillah..syukur, hampir tiga minggu eira di negeri orang..hidup berdikari tanpa bantuan mama.. setelah seminggu kuatkan diri melawan demam,selesema dan batuk, hari ini sudah mampu tersenyum..

malam ini masih sempat menaip di sini..terima kasih jiran sebelah katil..hehehe..eira pinjam laptop dia sementara dia sibukkan diri di kuliah..

eira rasa nak masuk form 5 semula aci tak? rasa tak faham yang teramat sangat..semua campur-aduk..macam rojak buah..tapi masih lagi mampu bertahan dan akan tetap bertahan demi harapan mama dan papa..

MUET..apakah itu? eira sangat-sangat tak suka subjek ini...hahaha..suka atau tak, eira wajib ambil..eira memang segan nak bercakap depan orang ramai..apatah lagi BAHASA INGGERIS..help me, please!!

keadaan di sini? masing-masing sibuk uruskan diri sendiri..assigment yang tak terkira dek jari terpaksa disiapkan dalam masa beberapa jam..waktu belajar start 8 pagi hingga 5 petang..ada masa rehat 2 jam..itu tak termasuk kuliah malam, study group..kena bijak uruskan masa, kena rajin jumpa lecturer..itu yang paling penting...alamak, memang bosanlah lecturer kena layan soalan eira..

semoga ALLAH SWT kuatkan diri eira untuk terus bertahan di sini..insyaALLAH..amin..

 | rindu mama dan papa sangat-sangat |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...