PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Thursday 7 August 2014

Be thankful

Assalamualaikum, salam syawal. Tak terlambat lagikan nak mohon ampun andai tersilap tutur bicara. Raya kan sebulan. :)

Raya berlalu macam air sungai yang mengalir, sekejap sangat rasanya. Tup tap tup tap, cuti sem dah menjengah 2 bulan. Tinggal kurang lebih 1 bulan. Tak puas lagi cuti.

Bila sebut pasal cuti sem, teringat dekat kawan. Bila eira whatsapp ataupun wechat, mesti dia mention pasal cuti. "Untunglah bercuti dekat rumah". Dah kenapa,kau bercuti dekat London? Aku rasa kau lagi untung kut. Haha. Cuti dia sekejap sangat, nanti dah kena masuk U sebelum kitaorang masuk. Itu yang dia jealous bagai tu.

Ramadan, pantas berlalu. Pahit manis dilalui dengan penuh sabar. Kadang kesakitan tu beri aku kekuatan untuk terus bersemangat. Dalam diam, hati teringat dekat final exam. Syok, semestinya bila cuti ni. Tapi entah macam mana result ya.

Result untuk sem dua dah keluar. Jenuh menunggu internet yang terlalu 'baik' untuk paparkan result. Member-member macam down semua. Lagilah berdebar kan. Ada jugak yang mengucap kata syukur.
Allahu. Tak terluah dek kata-kata. Syukur. Mungkin tak terlalu gempak tapi cukup gembirakan hati yang sentiasa resah bila teringatkan result. Aku cuba bangkit dari kekalahan lepas. Teruk aku jatuh. Tak ada siapa pun yang simpati. Hidup U memang kadang kejam. Slow-slow aku cuba baiki pointer. Yang lepas aku jadikan pedoman hidup.
Buat teman yang gelisah, dulu aku lalui benda yang sama. Tapi aku mampu buktikan yang aku dah mampu. Kawan, jangan mengalah. Masih punya waktu untuk kita ubah dunia. Jangan sesekali biarkan dunia memandang rendah pada kelemahan kita.

Syukur. Syukur. Syukur. Harap eira masih terus punya kekuatan untuk berjaya. Chemical engineer. One day. InsyaAllah.

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...