assalamualaikum

Wednesday, 27 August 2014

Seminggu lagi

Assalamualaikum. Dari tadi duduk usha wechat, insta, whatever lah, lenguh jugak eh. Bosan. Laman maya, tak sama kalau ada geng borak depan mata. Tapi tadi sibuk tengok moment wechat geng-geng tetiba nampak status 'seminggu lagi'. Ada apa eh dengan seminggu lagi? Dia nak kahwin ke apa? Kahkahkah.

Rupanya, dah nak habis cuti. Dah nak kena masuk study semula. Hah. Live as a student. Bosannya. Serius, kadang ada yang tanya, tak bosan ke study?? Terlintas jugak kat hati nak jawab, bosan gila. Tapi, mulut gagahkan jua untuk senyum. Bukan apa, untuk legakan hati adik-adik yang bakal masuk U.

Dekat fb, dah ada geng yang masuk U uruskan adik-adik junior. Jadi abang and akak fasi. Muka nampak happy, tapi letihnya, Allah aje yang tahu. Ada jugak yang tanya, kenapa tak try jadi fasi, I bukan apa u all, I sayang nak habiskan cuti dekat U. Ah, gedik je lebih. Padahal anak manja.

Tadi papa sampaikan berita mak teh call semalam sepupu nak tunang dah. Alahai sayang, nak tunang dah eh? Tahniah my dear. Eira? Tunggu dululah. Mana tahu kalau sabar tunggu, ada bidadara turun dari langit kan. Ah, perasaan lagi. Hahaha. Jumaat ni makan nasi dagang lagi. Lagi? Naik muak jugak syawal ni. Nasi dagang je rumah terbuka. Nasi dagang mama jugak diorang pilih. Nasib baik mama yang buat. Hehe.

So, lagi seminggu. Nak buat apa eh, cuti nak habis dah. Barang tak kemas apa lagi. Rasa macam nak shopping tapi tengah pokai. Pokai. Macam mana mahu shopping nih? Ada durian runtuh tak? Nak sikit. Lalalala.

Hmmm, tetiba rasa untung kalau ada cik abang. Petik jari semua dapat. Abang manis. Ke manakah kamu? Aihhh, cari tak jumpa lagi ni. Untunglah nasib badan kalau dapat encik suami cenggitu. Berangan lagi. Hah.

1 comments:

Hani Zulkifly said...Reply To This Comment

Hey, remember me? Hani ni ;-) Nak mintak id wechat boleh tak? Please reply. Thanks.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...