PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Friday 18 July 2014

Ramadan kali ini

Assalamualaikum, selamat menyambut ramadan.

Sedar tak sedar, dah masuk 20 ramadan. Sekejap sangat masa berlalu.

Allah. Banyak dugaan ramadan tahun ni. Hari pertama sahur, memang tak berapa sihat, tetiba boleh jatuh pengsan. Demam,selsema, batuk. 14 hari nak jatuh air mata. Ujian Allah nak matangkan diri kita lalui kehidupan dunia.

Kita sibuk mengeluh, dugaan berat sangat. Buka tv, Gaza diserang. Buka fb, ada kematian insan tersayang. Hari ni, Malaysia gempar dengan MH17. Moga Allah tabahkan hati mereka.

Kadang bukan eira tak ambik cakna dengan semua tu, tapi tak perlu rasanya nak up date sangat dekat moment ataupun status. Cukup doa kita untuk mereka kat sana.

Tahun ni best sikit. Kita buat kuih raya, bukan selama ni tak buat tapi rasa happy pulak buat kali ni. Syok semacam aje.

Apa-apa pun dugaan, doa eira cuma satu. Moga eira ikhlas lalui semua yang berlaku dan bakal dilalui.

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...