PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Friday 19 September 2014

Hati flora flora

Assalamualaikum. Cuaca dekat bukit gambang kejap panas kejap hujan. Aikk. Macam serasi aje dengan perasaan ni. Start gedik dah. Hehe.

Macam-macam berlaku beberapa hari ni. Rasa letih, penat dengan study. Lama sangat tinggal, so sekarang kena struggle balik. Subjek sangat tough ye tahun dua ni. Nak nangis pun ada jugak. Senyum simpul bila adik junior tanya, "macam mana study akak?" Tak payah nak ber'akak' sangat dik eh. Senyum simpul nak jawab soalan adik junior. Hahaha. Pointer? Eira cuma boleh ucap syukur even kena banyak lagi usaha. Bukan takat update dekat fb, wechat, twitter dah mampu genggam deen list.

Ok. Back to our topic. Hati flora flora. Kenapa eh? Sebab rasa happy. Tipulah kalau tak ada benda yang mampu buat air mata ni jatuh. Kerinduan lagi dekat mama papa. Kawan-kawan yang duduk jauh semua. Pergi kelas sorang balik kelas sorang. Ecehhh. Macam tak biasa kan. Haha. Merepek je lebih. Hmmm. Dua, tiga hari ni layan tweet pun jiwang. Serius, dah jatuh hati. Tapi sayang, tetiba hati dah jatuh. Mungkin lebih baik begitu kan? Allah Maha Mengetahui. Tapi aku yakin, hati aku rasa happy. Biarlah, biar hati ni rasa happy even sekejap. Senyum sorang bila ingat dia. Apakah? Its time to kuburkan balik perasaan ni. Belum masanya lagi untuk biarkan ia mekar di taman hati. See? Jiwang karat kan leni?
Terima kasih akak tersayang. Setia mendengar masalah. Sanggup dengan adik ni seorang baik happy or sedih. Tak pernah pun akak mengeluh. Sentiasa dengan saya.

Eira yakin sangat dengan janji Allah. Biarkan seketika soal jodoh. Jujur dari hati, eira serahkan semua pada Ilahi. Moga dipermudahkan segala urusan jodoh.

Bila contact dengan geng-geng, syok pulak dengar pasal diorang. Ada yang nak tunang, nak kahwin, ada yang nak beranak dah, ada jugak berita dah selamat lahirkan baby. Wahh, dah dapat tittle mak cik. Tahniah ye sayang semua.

Okay last, rindukan mak cik seorang ni. Cik wanie. Jauh di uitm puncak alam. Tadi dia whatsapp beli beg sama. Sayang, harga tak kesah lah, tapi nilai pemberian awak tu bermakna sangat. Saya tahu awak setia dengan saya. Bila saya sedih, saya menangis. Awak ada. Semua tu dah cukup untuk saya. I love you, friend.

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...