PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Friday 26 September 2014

Proud of you, dear.

Assalamualaikum. Dah malam pun excited lagi duduk belek blog ni. Ada something sikit nak share. Ehhh, kejap, dah lama menaip ikut phone tetiba rasa janggal pulak menaip ikut lappy nih.

Whatever lah. Janji boleh menaip kan? Okay, kan selama ni eira jadi cikgu private sementara. Orang lain sibuk happy dengan cuti sem, eira 'study' macam biasa. Ahhh, kadang rasa penat even kena revise balik subjek sekolah rendah. Penat melayan kerenah anak-anak didik. Ada yang gaduh, ada yang sibuk mengadu itu ini, last-last ada yang merajuk. Tak salahkan diorang pun, dah nama anak kecik kan. Nakkan perhatian semata.

Suka ngadu kat 'abang chik'. Letih, penat, bla bla bla. Kadang dia dengar tapi dia tak melayan pun. Kadang dia hentam aku balik. Ini kes lawan tok guru ni. Hehe. Diorang ni budak bijak cuma kena teman aje. Abang chik ni darjah 5. Kalau dulu eira ngajar kakak dia masa dia darjah enam, sekarang dia dah form three. Dah besar, i guess dia dah pandai nak manage her work. Kadang ada jugak dia tanya. Itu Along. Cukup berdikari. Si angah pun eira ajar kejap, now dah form 1. Semua senang cerita, memang dah teror, cuma kena temankan aje. Abang chik ni bukan tak reti tapi malas sikit. Lelaki kan, biasa lah tu. Kak teh paling manja, baru 6 tahun tak silap. Kesian dekat dia, akhir-akhir sebelum eira masuk U, banyak dia kecik hati. Mana sempat nak layan kerenah dia, si abang dah dekat nak exam.

Cuti sem 3 bulan haritu memang fully ngajar Abang chik. Payah nak tarik minat dia buat kerja, ikut apa yang kita ajar. Apa yang dia tahu cuma nak ajak sembang. Macam-macam benda mengarut aku kena jawab. Layankan aje. At last, dia dah ngam dengan cara eira then banyak dia berubah.
Baru-baru ni dia ada whatsapp lah kan, entah nak apa. Dah nama pun budak, mesti nak mengadu ke tanya soalan ke. Guess what?? Agak terkejut even dah jangka. Apa yang aku harapkan termakbul. Allah aje yang tahu perasaan aku.
See? Tak sia-sia kan usaha eira selama ni. Sabar itu buahnya manis. Berkat usaha dia, dia dapat apa yang dia nak. Rasanya dulu gred dia dalam C or B kut, tak adalah teruk sangat tapi kami tak letakkan harapan yang tinggi pun kali ni. Bila dia dah dapat 3A ni, aku orang paling happy. Baru aku cakap dekat dia, tak payah dah lah aku pergi mengajar, boleh lah duduk relax. Dia reply macam tak suka aje. Ok fine, ibu dia pulak yang whatsapp tanya bila eira cuti. Aiissshhh. Again, kena hadap jugak muka dia ni.

Okay lah, Kak Mira doakan Abang Chik terus sukses dalam study. Ni semua usaha abang chik, bukan sebab kak mira. Andai kata nanti kak mira dah tak ajar, teruskan semangat untuk berjaya. Study jangan malas. Jangan tunggu kak mira baru buku tu terbuka.

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...