PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Tuesday 20 May 2014

Wonderful Weekend 2.0

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah selesai pun kem usrah..nak playback, hayati memori lepas..hehe

Hari khamis, tetiba akak usrah (kak Fai) mesej ada kem usrah..kem apa pulak dah ni? Buat pulak luar dari UMP..memang blur..tapi entah, iyakan saja untuk pergi..

Pagi jumaat lepas balik kelas, masyaAllah, migrain sampai ketiduran..hati memang dah berat sangat nak pergi kem..nak kena tidur sana..aktiviti apa entah..tentatif program pun akak usrah tak bagitahu..dugaan..sabar, relakan jugak diri pergi..

Agak strict, serius nak balik sangat..sangat-sangat..pukul 1 pagi still kena berleter..macam-macam silap..tidur pun tak selesa..satu khemah 8 orang, berhimpit..tidur dalam pukul 1 lebih then ada giliran berjaga..alhamdulillah, ada volunteer dari adik-adik junior untuk berjaga..yes, boleh tidur..jahat tak senior..buruknya hati..
Bangun seawal 3 pagi..pelik, khemah lain sunyi sepi..agak terkilan, salah info..patut kumpul pukul 5..dah la tak selesa tidur, tak cukup tidur..tiap kali aktiviti kena duduk atas lantai beralaskan tikar..sakit lutut.. :(

Banyak aktiviti..setiap aktiviti apply apa yang berkaitan dengan tajuk program..dakwah..memang blur sebab ilmu cetek sangat..ada jugak ceramah..atau lebih senang panggil kuliah sebab ustaz bagi ilmu..

Aktiviti rekreasi cukup buat eira happy sangat..setiap checkpoint ada lakonan dari senior..mula-mula bengang sebab diorang berlakon memang real..kita kena gunakan ilmu/cara dakwah untuk selesaikan task tu..

Ramai yang busy cakap pasal checkpoint couple..eira tak kena checkpoint tu..akak senior dengan abang senior tu actually dah kahwin tapi dalam scene tu kononnya mereka tengah dating..percaya tak, rupakan kak Laila..senior masa sekolah menengah dulu..mama memang rapat dengan mak dia..masa dia kahwin pun eira pergi..adik dia umur 18 pun kahwin sekali..memang sweet..menjerit kak Laila bila eira tegur dia..dia cam tapi tak berapa ingat sangat..hehe..

Jemaah Islam..ada yang tahu? perlu ke ambil tahu? penting ke? payah sangat nak hadam..ceteknya ilmu..nasib baik kak Fai duduk sebelah, banyak dia explain..Allahu..rasa nak nangis pun ada masa ni
Overall, enjoy semua aktiviti..penat jangan cakap lah kan..even sekejap..tak sampai pun 3 hari, ukhwah dengan semua akak-akak usrah dan student yang join memang rapat..

untuk kak Fai, terima kasih..banyak sangat ilmu yang eira dapat..moga istiqamah sampai ke akhir

tak sempat nak berselfie, so memang tak adalah ye gambar..hehe
pimpin aku andai aku rebah
ajarkan aku andai aku silap
kuatkan aku andai aku putus asa

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...