assalamualaikum

Wednesday, 30 November 2011

berakhir perjuangan SPM

alhamdulillah..tiada ucapan lain yang meniti di bibir setelah wisel dibunyikan..syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya perjuangan ini berjaya ditamatkan dengan sempurna..

sedih, gembira, syahdu semua bercampur dalam hati..kawan-kawan yang hampir lima tahun bersama, akhirnya akan berpisah mengikut haluan masing-masing..semua punya hala tuju sendiri..eira??masih terkial-kial mencari sinar..bukannya apa,cuma masih terasa mimpi seakan SPM telah tamat hari ini..
akhirnya,bermulalah perjalanan eira sebagai seorang remaja yang harus punya perancangan dari awal..ahhhh, tiada langsung semangat..masih di awan-awangan eira rasakan..

SPM 2011 penuh dengan dugaan..penuh dengan keanehan soalan..tidaklah mudah bagi eira,tidaklah terlalu sukar, saat ini hanya mampu berserah..Allah Maha Esa..kita hanya mampu berusaha,setelah itu tawakal kepadaNya adalah yang terbaik !

terasa seperti anak kecil yang inginkan belaian manja..eira kelu, sukar digambarkan perasaan saat ini..inilah perasaan ikhlas seorang pelajar setelah 11 tahun menuntut ilmu..tiada tergambar perasaan ini..

gementar masih menghantui..siapa cakap habis SPM maka perasaan takut sudah hilang..keputusan yang bakal diketahui tahun depan membuatkan eira lebih gemuruh..tiada apa lagi perlu dilakukan, hanya doa mengiringi perjuangan eira..

| semoga apa yang EIRA lakukan sentiasa dicurahkan rezeki yang melimpah-ruah... |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...