Sunday, 25 December 2011
Wednesday, 21 December 2011
result | penilaian menengah rendah (PMR)
alhamdulillah..esok (22/12/2011), pelajar-pelajar PMR akan mengambil result setelah penat lelah menjawab PMR..insyaAllah, result yang terbaik pada tahun ini berbanding tahun-tahun lepas..
apa yang perlu dilakukan, bukan post mengarut di laman sosial facebook tetapi perbanyakkan doa setelah berusaha..apa yang eira lihat, ramai yang post pada facebook masing-masing dengan pelbagai ragam statusnya..macam-macam budak sekarang..tak usah gelabah adik-adik sekalian, malam ini buat solat sunat dan perbanyak zikir..jangan stresskan diri dengan memikirkan perkara yang bukan-bukan..issshhhh..pesanan buat eira juga ni..
adik eira pun akan ambil result esok..entahlah macam mana keputusan dia..eira tengok dia selamba je..tak gelabah langsung..serius ! apalah nak jadi budak ni seorang..
perangai adik-beradik macam reflect aje..masa eira nak ambil result pun macam itu juga..muka penuh dengan selamba..tapi hati siapa yang mengerti..semua orang pelik dengan perangai eira, tapi inilah hakikat..kelebihan yang Allah SWT beri pada eira..eira mampu kelihatan bersahaja..
result PMR eira ? alhamdulillah..eira dapat apa yang eira nak..tak tergambar perasaan itu..cuma sekarang eira sedang menanti dengan penuh sabar keputusan SPM..mungkin muka nampak selamba, maaf ye kawan-kawan..hati ini tak tahu nak cakap macam mana..
moga-moga result akan bahagiakan hati mama dan papa yang tersayang..
alahai..eira sendiri sedang menunggu dengan penuh debaran result SPM eira..agak-agak macam pula perasaan eira malam itu ya?
FB kena hack ke ?
tiba-tiba eira menjengah ke wall sendiri..roll down and up...saja-saja nak tengok apa yang ada, padahal apa yang ada di wall muka buku kita adalah aktiviti kita sendiri..
waaaahhhhhhh..tiada apa yang berlaku...eehhhh..apa yang banyak sangat like ni? kejap-kejap..nak tengok..apa ni? bila masa plak aku like semua ni? tak pernah aku like la page yang banyak bagai yang ada di facebook..tak kuasa nak melayan..
Ya Allah..page apa ni? sembarangan page yang di'like'..masalahnya, siapa yang like? siapa punya kerja? jahatnya...FB eira kena hack ke? siapa yang tak puas hati? jumpa depan-depanlah..
eira dah tukar password FB eira..tapi apa yang berlaku tanpa pengetahuan eira? hmmm..moga-moga tiada buruk yang berlaku..
pada sesiapa yang pernah terjadi perkara sebegini, memang akan rasa apa yang eira rasa..
pada semua kawan-kawan, sentiasa check wall FB sendiri..mungkin perkara yang sama berlaki tanpa kita sedar...hati manusia sekarang tak mampu kita jangka..mungkin di luar jangkaan kita..
Tuesday, 13 December 2011
detik bersama rakan-rakan
keberangkatan balik Tuanku Mizan dan isteri bersama anak-anak turut dirai oleh eira dan kawan-kawan..tuanku pulang setelah tamatnya tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong..sedih sedikit di situ..apa-apa pun,eira tetap gembira dapat melihat tuanku secara dekat dan 'live'..
eira bersama team rakan muda sampai awal dan tiada apa-apa perancangan yang dikhaskan..so,kami dilepaskan untuk bebas melakukan apa-apa aktiviti selama 3 jam mungkin..wahhhh,jalan-jalan di tepi pantai Batu Burok agak best..bersama rakan-rakan yang selama ini sibuk dengan urusan masing-masing..
hilang sebentar tekanan yang dihadapi eira..lega rasanya...banyak pengalaman dan mungkin ini kali pertama keluar berjalan jauh bersama rakan-rakan...
lepas ini, insyaAllah akan ada lagi aktiviti bersama team rakan muda..terima kasih kawan-kawan..jom sertai kem sukarelawan banjir..dah nak banjir dungun ni...
Tuesday, 6 December 2011
kasihan papa
eira keluar bilik sebab mama suara mama macam kelam kabut je..papa senyum je..papa relaks untuk tenangkan hati isteri dan anak-anak..hipokrit papa untuk ceriakan hati semua orang..
eira takut darah..tergamam baju papa penuh darah berlumuran..insyaAllah papa akan pulih semula..
Ya Allah,sembuhkanlah papaku..jauhkanlah dia daripada sebarang kesulitan..tabah dan kuatkanlah hatinya..jadikan dia insan yang lebih bertakwa kepadaMu, Ya Allah..begitu kuat hati seorang suami dan ayah..moga-moga ada hikmah di sebalik kejadian ini..moga papa cepat sembuh dan boleh teruskan kerja harian seperti biasa...
insyaAllah...

ceria saat hati bersedih
agak ceria pagi ini..lalalala..walau hati agak kecewa..kenapa?mama tak izinkan eira bekerja..kejamkah?mungkin ada sebab mama tak benarkan..ahhhh, dari satu sudut,hati berkata 'tak aci,nak keluar kerja..nak juga hidup bebas...' dan dari sudut lain pula 'wahhhh,bestnya boleh relaks kat rumah aje..'
ingin sekali eira keluar dari rumah melihat dunia yang sebenar..fikiran pun sudah menjadi agak sempit dek asyik terkurung tanpa mengetahui berita di luar sana..hanya facebook peneman diri yang sunyi..apa-apa pun,tak sama dunia luar dengan dunia facebook..mungkin tahu juga berita-berita hangat tapi tak dapat rasai pengalaman yang berharga...
apakah selepas ini aku mampu ?mama....i know you love me very well but let me have an experience at outside..
wahhhhh..now,eira dah besar..terasa macam tak percaya tapi kena percayajuga..alahai anak mama,masih dengan mama..mama langsung tak nak bagi keluar dan jauh macam insan lain...untunglah anak mama biarpun hati masih geram dengan sikapmu..
i know,apa yang mama lakukan pasti ada hikmah yang tersembunyi...mama tahu apa yang terbaik buat eira..Allah Maha Mengetahui perjalanan hidup seorang hambaNya...
wallahualam...

Wednesday, 30 November 2011
berakhir perjuangan SPM
Wednesday, 26 October 2011
saat genting dalam hidup - SPM
ingin sekali aku pergi menjauh, tetapi harus aku hadapi dengan penuh tabah..SPM yang bakal menentukan arah tuju hidup ini yang mungkin baik, mungkin aku harus tabah menghadapi dugaanNya..
sedia atau tidak, tidak perlu menjadi persoalan di sini..apa yang aku tahu, aku masih leka dengan dunia yang penuh hiburan tatkala yang lain sedang menuntut ilmu sebanyak yang mungkin..
ingin sekali diri ini menangis, takut dengan cabaran yang bakal dihadapi !
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula"(Surah Al-Maarif:19-21)
eira.. WAKE UP !!! jangan mudah putus asa, jangan fikir apa yang negatif..masa masih ada, teruskan perjuangan hingga ke saat akhir..
ALLAH sentiasa akan membantu, cuma perlu sedikit usaha yang keras bersama doa..insyaAllah..Allah akan memberi sebanyak mana yang kita usahakan..
Allah s.w.t. berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram ! kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurga" (Surah Al-Fajr:27-30)
Tuesday, 13 September 2011
persediaan peperiksaan
ok la..untuk adik-adik sekalian,selamat menjalani UPSR..tapi akak ada tips sikit nak kasi..tips ni untuk eira juga..
persediaan malam peperiksaan
lakukan amalan kerohaniaan seperti solat hajat,solat taubat dan lain-lain
pastikan kelengkapan alat tulis mencukupi
tidur dan berdoa
pesediaan pagi peperiksaan
bangun awal-keadaan ceria dan berdoa
mandi menggunakan air suam
bersarapan bersama keluarga
pakai pakaian yang baru dibasuh
pakai bau-bauan
semak sekali lagi alat tulis
salam,peluk dan cium ibu bapa
datang awal ke sekolah
persediaan di luar bilik peperiksaan
tenangkan diri dan elakkan keluh kesah
mempunyai wuduk sebagai perisai was-was
semak semula alat tulis
berkumpul dan berdoa
bersedia untuk masuk
persediaan di dalam bilik peperiksaan
duduk dengan selesa
keluarkan alat tulis
berdoa-baca fatihah dan doa penerang hati
tarik nafas untuk dapatkan oksigen (7 kali)
semasa peperiksaan
dengar arahan pengawas
baca arahan soalan
kalau tidak dapat jawab,tenangkan diri dan baca selawat
selepas menjawab,semak semula jawapan
selepas peperiksaan
keluar selepas diarahkan
jangan berbincang
fakus kertas seterusnya
doakan diri dan rakan-rakan
nota eira : elakkan minum air milo (favourite eira ni)eira : moga-moga eira dapat amalkan dalam SPM nanti
minum air zam-zam atau air mineral
minum air kacang soya
Friday, 9 September 2011
akademi SPM 2011 siri 3
hari ini eira akan bertolak ke rumah mak saudara eira di Marang..sempat lagi online untuk menaip di blog ini..eira akan duduk semalaman di ramah su eira..hehe..seronok!
akademi akan bermula hari sabtu (10/09) hingga selasa (13/09)..4 hari 3 malam..tempatnya best kot,di Sumai Suite Hotel..eira keseorangan aje..rakan-rakan yang lain semua berteman..jeles sihhhh!
ok la..nak siapkan diri dulu..dah nak bertolak..doakan kejayaan eira di sana.
eira : nanti eira ceritakan pengalaman di sana..mungkin best mungkin juga banyak dugaan..
Tuesday, 6 September 2011
result | trial SPM 2011
tetap mahu menaip di blog
di entri lepas eira ada janji something kan??so, janji mesti ditunaikan..
result penuh peperiksaan percubaan SPM eira yang dilalui dalam bulan Ramadan
result penuh peperiksaan sepanjang tahun 2011
alhamdulillah, ada peningkatan !
tidaklah sebagus anda yang di luar sana yang mampu gah mendabik dada namun ucapan syukur sentiasa di bibir..SPM bakal menanti kurang lebih 68 hari dari saat ini..moga result SPM mampu membuat mama dan papa tersenyum bahagia..insyaAllah..
Saturday, 3 September 2011
hari terakhir cuti raya
opppssss..esok dah start sekolah..alam student yang kemas berpakaian sekolah dirasai kembali setelah hmmm..kejap ya..nak bilang..ehhh..hampir dua minggu ditinggalkan..
alhamdulillah..raya tahun ini ada yang happy ada juga yang sebak sedikit..ahli keluarga sempat berkumpul meraikan lebaran bersama..
ok stop!!! cukup dengan lebaran,kutip duit raya,pergi jenguk sana jenguk sini..esok bermulanya peperangan yang diisytiharkan diri sendiri..peperangan menuju SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)..
pengorbanan yang bakal menentu hala tuju masa depan..cukup dengan angan-angan,moga apa yang diimpikan diusahakan dengan daya yang sehabis mungkin..insyaAllah esok juga keputusan penuh trial spm 2011 eira diketahui..esok sajalah eira kongsi...doakan eira yang terbaik..
eira : esok nak kongsi??sempat lagi nak online tengah-tengah peperangan...
Wednesday, 31 August 2011
minta maaf !
Monday, 29 August 2011
salam aidilfitri
di kesempatan ini, EIRA nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di dunia..maaf dipohon andai sepanjang eira menaip di sini ada yang tersentuh secara sengaja mahupun tidak sengaja..
buat keluarga tersayang, tabahkan hati menempuh dugaan di hari lebaran yang mulia ini..
buat teman2 yang mengenali eira, minta maaf ya andai sepanjang kita kenal eira tersalah bahasa, tersilap bicara..eira hanya insan biasa yang penuh khilaf..
jemput datang beraya ke rumah eira, Insya-Allah pintu rumah eira sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja datang menziarah..
duit raya??hmm..sila bawa banyak kasi eira ya..ehhhh..hehe..
Thursday, 25 August 2011
eira rindu angah...
saat insan lain bergembira menantikan hari raya aidilfitri yang bakal muncul tiba, eira sekeluarga masih dibuai mimpi kehilangan abang tersayang..
adik mana yang langsung tak punya hati? kerinduan makin menebal di hati dan hanya mampu menyembunyikannya di sebalik senyuman sumbing..cukuplah dugaan yang mama hadapi, usah ditambah golak rasa yang eira lalui..
walau di mana sekalipun angah berada, doa sering diutuskan..moga-moga keadaan angah baik sentiasa..
angah...kakak rindu angah..kami sekeluarga rindu angah..biarpun tiada seorangpun yang berkata demikian, perbualan seharian cukup menggambarkan kerinduan kami..tidak pernah jemu mulut berbicara soal angah..
angah..angah..angah..
Sunday, 21 August 2011
trial SPM 2011

orang lain : hmm,result trial macam mana??dapat berapa??eira : (diam seketika, berfikir!) entahlah..biasa aja..(nada sedih tau..)
Sunday, 31 July 2011
ramadhan al-mubarak
selamat berpuasa dan melakukan ibadat-ibadat sunat bagi seluruh umat Islam di dunia dan selamat menduduki peperiksaan percubaan pmr dan spm kepada pelajar-pelajar form 3 dan form 5
Ya Allah..kuatkanlah semangat kami sekeluarga..berikanlah kami yang terbaik dan berikanlah aku kejayaan yang sempurna
Monday, 18 July 2011
macam mana nak 'delete' akaun??

Thursday, 23 June 2011
bahagia melalui kesakitan

Saturday, 30 April 2011
mama,kakak ingat rumah ni,tapi xtahu la rumah sape...
Friday, 25 March 2011
kenangan tingkatan 3 terimbau kembali


kertas pmr tahun bila tu??tahun lepas ke dua tahun lepas??
bukan, kertas kerja kursus geografi..


harap2 pape pon kje y d beri tahun ni dpat dilaksanakan dgan sebaiknye..huhh..adik n kakak terpakse siapkan kajian..makin sibuk la tahun ni..2-2 amik exam besar
Saturday, 19 March 2011
kembali ke sekolah
ohhh..thanx pada spe2 y komen lam post yang lepas..eira amik kputusan akan truskan..doakan eira n de group success..moga2 ade kesepakatan lam group ni..
cikgu,i'm so sorry..but not my false..i'm de victim in dis case..he wronged actually..
Sunday, 13 March 2011
ehh..dpan umah eira wt knduri esok..ari ni da kne g tlong2..p eira MALAS..duk menaip kt cni aje..
Friday, 25 February 2011
Saturday, 19 February 2011

esok eira kena meniaga jgak..ag truk esok,hanya b'2 @ b'3 shaja..hmm..nkstudyadd math jgak time 2..nk suh mmber laki eira 2 ajarkan..ciap r ko..wait 4 me esok..
Thursday, 17 February 2011
yeeaayy..exam baru je abis..huhhh..
esok skul eira sambut maulidur Rasul..esok nk kne berarak smbil selawat..xsabar tau..jauh giler track taun ni..p xpe..tetibe je aq semangat nihh..pelik!!!

Friday, 11 February 2011

Friday, 28 January 2011

Saturday, 22 January 2011
Wednesday, 19 January 2011
mama : (dngan snyuman manis) xpe..xkan nk ponteng sokmo..byak doh dok g skolah..
ha'aa..byak jgak eira x g skul..bkan mlas ok??da x bljar,nape nk g skul?nk duk gosip2 ke??tmbah dosa y smmgnye da byak nihh..
eira ni mlut xley diam..nk b'ckap aje..ade je bnde nk ngadu kt mama ngan papa..so, eira ckap la sal kne g skul esok..papa cam heran je ngan ayat eira 2..
so,eira xplain la..x blajar..opppsss...ayat eira slah ke??papa da b'lter..papa ckap eira da nk amik spm taun ni,xkan xblajar kott..mmg btol la..ade majlis len kt skul..ari ni de rptai wtkah plntikan pngawas..cg x mngajar..blik awal coz ptang de rptai utk rentas desa..esok de wtikah plntikan pngawas,khamis de rentas desa..ble mse nk bljarnye??ntahhh..
papa suh eira wt list..time bile x blajar..de aktiviti le..plik kan??nape??sbb papa nk kasi kt cg2 lau anak dy x dpat straight A..wow..
ishhh..lau papa tau eira kuar..lagi trok kan??xpsal2 ungkit sume sbb y xde kena-mngena y mnyebabkan result eira kureng..
Friday, 14 January 2011




Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...