PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Friday 26 September 2014

Proud of you, dear.

Assalamualaikum. Dah malam pun excited lagi duduk belek blog ni. Ada something sikit nak share. Ehhh, kejap, dah lama menaip ikut phone tetiba rasa janggal pulak menaip ikut lappy nih.

Whatever lah. Janji boleh menaip kan? Okay, kan selama ni eira jadi cikgu private sementara. Orang lain sibuk happy dengan cuti sem, eira 'study' macam biasa. Ahhh, kadang rasa penat even kena revise balik subjek sekolah rendah. Penat melayan kerenah anak-anak didik. Ada yang gaduh, ada yang sibuk mengadu itu ini, last-last ada yang merajuk. Tak salahkan diorang pun, dah nama anak kecik kan. Nakkan perhatian semata.

Suka ngadu kat 'abang chik'. Letih, penat, bla bla bla. Kadang dia dengar tapi dia tak melayan pun. Kadang dia hentam aku balik. Ini kes lawan tok guru ni. Hehe. Diorang ni budak bijak cuma kena teman aje. Abang chik ni darjah 5. Kalau dulu eira ngajar kakak dia masa dia darjah enam, sekarang dia dah form three. Dah besar, i guess dia dah pandai nak manage her work. Kadang ada jugak dia tanya. Itu Along. Cukup berdikari. Si angah pun eira ajar kejap, now dah form 1. Semua senang cerita, memang dah teror, cuma kena temankan aje. Abang chik ni bukan tak reti tapi malas sikit. Lelaki kan, biasa lah tu. Kak teh paling manja, baru 6 tahun tak silap. Kesian dekat dia, akhir-akhir sebelum eira masuk U, banyak dia kecik hati. Mana sempat nak layan kerenah dia, si abang dah dekat nak exam.

Cuti sem 3 bulan haritu memang fully ngajar Abang chik. Payah nak tarik minat dia buat kerja, ikut apa yang kita ajar. Apa yang dia tahu cuma nak ajak sembang. Macam-macam benda mengarut aku kena jawab. Layankan aje. At last, dia dah ngam dengan cara eira then banyak dia berubah.
Baru-baru ni dia ada whatsapp lah kan, entah nak apa. Dah nama pun budak, mesti nak mengadu ke tanya soalan ke. Guess what?? Agak terkejut even dah jangka. Apa yang aku harapkan termakbul. Allah aje yang tahu perasaan aku.
See? Tak sia-sia kan usaha eira selama ni. Sabar itu buahnya manis. Berkat usaha dia, dia dapat apa yang dia nak. Rasanya dulu gred dia dalam C or B kut, tak adalah teruk sangat tapi kami tak letakkan harapan yang tinggi pun kali ni. Bila dia dah dapat 3A ni, aku orang paling happy. Baru aku cakap dekat dia, tak payah dah lah aku pergi mengajar, boleh lah duduk relax. Dia reply macam tak suka aje. Ok fine, ibu dia pulak yang whatsapp tanya bila eira cuti. Aiissshhh. Again, kena hadap jugak muka dia ni.

Okay lah, Kak Mira doakan Abang Chik terus sukses dalam study. Ni semua usaha abang chik, bukan sebab kak mira. Andai kata nanti kak mira dah tak ajar, teruskan semangat untuk berjaya. Study jangan malas. Jangan tunggu kak mira baru buku tu terbuka.

Friday 19 September 2014

Hati flora flora

Assalamualaikum. Cuaca dekat bukit gambang kejap panas kejap hujan. Aikk. Macam serasi aje dengan perasaan ni. Start gedik dah. Hehe.

Macam-macam berlaku beberapa hari ni. Rasa letih, penat dengan study. Lama sangat tinggal, so sekarang kena struggle balik. Subjek sangat tough ye tahun dua ni. Nak nangis pun ada jugak. Senyum simpul bila adik junior tanya, "macam mana study akak?" Tak payah nak ber'akak' sangat dik eh. Senyum simpul nak jawab soalan adik junior. Hahaha. Pointer? Eira cuma boleh ucap syukur even kena banyak lagi usaha. Bukan takat update dekat fb, wechat, twitter dah mampu genggam deen list.

Ok. Back to our topic. Hati flora flora. Kenapa eh? Sebab rasa happy. Tipulah kalau tak ada benda yang mampu buat air mata ni jatuh. Kerinduan lagi dekat mama papa. Kawan-kawan yang duduk jauh semua. Pergi kelas sorang balik kelas sorang. Ecehhh. Macam tak biasa kan. Haha. Merepek je lebih. Hmmm. Dua, tiga hari ni layan tweet pun jiwang. Serius, dah jatuh hati. Tapi sayang, tetiba hati dah jatuh. Mungkin lebih baik begitu kan? Allah Maha Mengetahui. Tapi aku yakin, hati aku rasa happy. Biarlah, biar hati ni rasa happy even sekejap. Senyum sorang bila ingat dia. Apakah? Its time to kuburkan balik perasaan ni. Belum masanya lagi untuk biarkan ia mekar di taman hati. See? Jiwang karat kan leni?
Terima kasih akak tersayang. Setia mendengar masalah. Sanggup dengan adik ni seorang baik happy or sedih. Tak pernah pun akak mengeluh. Sentiasa dengan saya.

Eira yakin sangat dengan janji Allah. Biarkan seketika soal jodoh. Jujur dari hati, eira serahkan semua pada Ilahi. Moga dipermudahkan segala urusan jodoh.

Bila contact dengan geng-geng, syok pulak dengar pasal diorang. Ada yang nak tunang, nak kahwin, ada yang nak beranak dah, ada jugak berita dah selamat lahirkan baby. Wahh, dah dapat tittle mak cik. Tahniah ye sayang semua.

Okay last, rindukan mak cik seorang ni. Cik wanie. Jauh di uitm puncak alam. Tadi dia whatsapp beli beg sama. Sayang, harga tak kesah lah, tapi nilai pemberian awak tu bermakna sangat. Saya tahu awak setia dengan saya. Bila saya sedih, saya menangis. Awak ada. Semua tu dah cukup untuk saya. I love you, friend.

Sunday 7 September 2014

Now,please smile.

Alhamdulillah. Hari jumaat tolak dari rumah singgah bermalam dekat sungai lembing. Sorry mak long. Memang eira tak ada mood. So,nampaklah sikit punya biadap. Pagi semalam straight hantar eira dekat ump. Okay, check in macam masuk hotel. Punyalah excited berlari pergi pejabat kk. Then, kena tunggu sebab pukul 10 baru boleh daftar. Eh, rupanya eira silap kk. Bla. Bla. Bla.

Letih tak habis lagi. Iyalah, duduk aje dalam kereta. Penat panjat tangga lagi. Aras 4 wooooo. Tetiba rindu teman sepi. Ajaib kan. Mata ni gedik je. Air mata setitik dua. Otak cuma fikir mama.

Malasnya nak kemas barang-barang. Terabur lagi tu. Orang lain best je duduk rumah. Mesej senior pun dia dekat rumah lagi. By the way, semalam birthday senior.

Allah. Kepala sibuk fikir mama tetiba sepupu hantar whatsapp. Huhu. Amboi, i tengah sedih u all happy je kan. Dekat kemaman katanya. Happy makan satar dengan aiskrim. Syok je korang berdua ni ye. Anak sepupu yang degil lagi gedik.

Lega sikit bila tengok gambar diorang. Tadi kepala fikir macam-macam. Now, i can smile. Senyum biar hati masih rapuh untuk tinggal di sini.

Hati. Please kuat ye sayang. 3 tahun lagi dekat ump. Sekejap je masa berlalu. Dont worry my dear. Nothing can make u down. Cinta. Mohon ke tepi. Study. I love u. Allah. Kuatkan aku.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...