PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Tuesday 14 August 2012

rindu kad raya

salam Ramadan..

tiba-tiba pagi ni teringat kad raya..dah lama sangat tak dapat kad raya..last dapat kad raya..bila erk? lupa sudah..hehe..

kalau dulu-dulu, mesti duduk depan rumah tunggu abang posmen..pantang dengar ada motor masuk kampung, mesti ingat abang posmen..lagi syok bila abang posmen lalu, ingatkan nak singgah rumah..tapi pergi hantar surat rumah jiran sebelah..jealous you!

terimbau kembali kad-kad raya zaman dahulu kala..hehe..macam-macam tulis..minta maaf, pesanan, gurauan, sajak, syair, pantun, semua hentam sekali..kalau boleh nak beli kad raya yang besar punya sebab nak tulis semua..haha..kadang-kadang syok sendiri tulis kad raya..ada juga yang lepas siap tulis, tiba-tiba rasa sayang nak kasi kawan-kawan..hahaha..
hati-hati pulang ke kampung halaman..
kenangan tulis kad raya memang banyak..tapi kasi member-member terdekat je lah..payah nak terima balasan tapi mesti sengih sorang-sorang kalau dapat kad raya..aduhai..huhu..tulis kad raya untuk kekasih hati..mesti ada pengalaman kan? tersipu malu time dah siap tulis..siap sembur minyak wangi lagi!

zaman sekarang semua teknologi canggih..laman sosial yang berlambak, senang dan mudah..copy dan paste sahaja...hehe..jimat pun jimat..online sambil sakan wish 'selamat hari raya'..tapi seriously, tak best langsung..hmm..malam raya memang line celcom, maxis, digi memang terganggu..tiba-tiba handphone masing-masing jadi sibuk kalah menteri..

apa-apa pun, syukur andai teman-teman yang jauh di perantauan masih ingat diri ini..teman sepermainan..teman seperjuangan hingga eira mampu berdiri bangga hari ini..

jam 11 pagi nanti bertolak ke Kg. Raja di Besut untuk majlis khatam Quran
sekaligus berbuka ramai-ramai..hmm, ini kali kedua ke sana setelah 5 tahun cuba memadam memori lama..insyaAllah, aku kuat..

 | agak-agak ada tak yang sudi hantar kad raya untuk EIRA? |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...