PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Saturday 11 August 2012

cuti pertengahan SEM bermula..

salam Ramadan buat semua umat Islam..

alhamdulillah..semua budak-budak matrikulasi sudah start cuti raya semalam..memang syok habis..balik kampung dengan bas sambil pak cik driver pasang lagu raya..enjoy sakan, first time terpaksa berjauhan dengan family dan balik cuti raya konvoi ramai-ramai naik bas..anak perantauan sudah sampai kampung akhirnya!
eh, raya bila? hehe..eira dah tak tahu pun tarikh hari raya bila..memang haru kan? bukan apa, macam katak bawah tempurung terperap dalam kolej..tak ada masa nak ambil tahu hal luar..haha..

setelah seminggu penatkan kepala study untuk Ujian Pertengahan Semester, akhirnya habis juga..budak-budak matrikulasi cuti lebih awal..hmmm, lepas ujian mesti wajid ada result..alahai, cuti raya sakan dulu sebelum tengok result sendiri..cuti budak matrik macam tak cuti..assignment berlambak, memanglah kan, setahun saja pengajian..eira kena berkorban sedikit tahun ini, semoga kesenangan yang akan melambai dari jauh ke arah eira..insyaAllah..

cuaca di dungun memang panas kan? rasanya, gambang tak sepanas dungun..dah nama BUKIT GAMBANG, memanglah suhu tak tinggi sangat..

baju raya? tak fikir apa-apa pun lagi..tak ada preparation langsung..semangat nak raya pun kurang..makin besar kut..agak-agak tahun ni dapat duit raya lagi tak? harap-harap mak-mak saudara, bapa-bapa saudara, mak dan bapa sepupu baik hati tahun ni..hehe..kasihan eira, kasilah sikit ye duit raya..

 | merenung persiapan lebaran |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...