assalamualaikum

Saturday, 21 July 2012

rumah macam taska

Salam Ramadan..

alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk merasai manisnya bulan ramadan..semoga ramadan kali ini mengajar erti kesabaran yang sebenar..

eira selamat sampai rumah semalam area jam 5 lebih..2 jam lebih dari bandar Kuantan ke Dungun, naik bas okay..mak teh pun datang ziarah kami satu family semalam..dapat juga eira jumpa baby izara..eiii..geram tengok..tembam sangat, alhamdulillah sihat..lupa nak ambil gambar baby.. :(
pulut durian air tangan mama memang best..mak teh yang sponsor durian..hehe..dah lama sangat tak makan durian..nak makan banyak, takut nanti semput..sabar..


hari ini, eira macam tergamam kejap..first day puasa, ramai budak-budak tinggal dekat rumah eira..memanglah selama ini ada je budak-budak yang tinggal tapi makin bertambah..yang tak pernah duduk pun datang duduk sini sekali..dah rasa macam taska..

aisya dan balqis tengah makan durian..orang lain puasa, budak bertuah ni sibuk nak makan durian..
apa-apa pun, memang eira happy gila..tak sunyilah mama kalau eira tak ada sekalipun..anak-anak, cucu-cucu ada sebagai teman..memang kecoh budak-budak asyik bercakap..macam-macam ragam..pelbagai kerenah..pusing kepala..aduhai..


ini budak yang sedang membesar depan mata kami sejak berapa hari lahir..Airiel Miqhaiel..
lenguh tangan masih terasa..dah besar ye..makin aktif..letihlah tok ma kejar nanti..tak susah jaga miqhaiel, dia tak banyak kerenah..


okaylah, miqhaiel dah sampai..semua depan mata nak capai..

 | selamat menjalani ibadah puasa |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...