PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Friday, 18 July 2014

Ramadan kali ini

Assalamualaikum, selamat menyambut ramadan.

Sedar tak sedar, dah masuk 20 ramadan. Sekejap sangat masa berlalu.

Allah. Banyak dugaan ramadan tahun ni. Hari pertama sahur, memang tak berapa sihat, tetiba boleh jatuh pengsan. Demam,selsema, batuk. 14 hari nak jatuh air mata. Ujian Allah nak matangkan diri kita lalui kehidupan dunia.

Kita sibuk mengeluh, dugaan berat sangat. Buka tv, Gaza diserang. Buka fb, ada kematian insan tersayang. Hari ni, Malaysia gempar dengan MH17. Moga Allah tabahkan hati mereka.

Kadang bukan eira tak ambik cakna dengan semua tu, tapi tak perlu rasanya nak up date sangat dekat moment ataupun status. Cukup doa kita untuk mereka kat sana.

Tahun ni best sikit. Kita buat kuih raya, bukan selama ni tak buat tapi rasa happy pulak buat kali ni. Syok semacam aje.

Apa-apa pun dugaan, doa eira cuma satu. Moga eira ikhlas lalui semua yang berlaku dan bakal dilalui.

Thursday, 5 June 2014

Suatu Penantian

Sibuk tenung buku, letih mata..letih jugak otak..dah nama study week kan..pulun habis lah semua keringat untuk study..rehat kejap dengan twitter..hehe

Tetiba duduk scroll bawah, ternampak satu tweet daripada Halaqah Cinta tak silap eira..terus menghayati ayat-ayat tweet..terasa di hati, semacam ayat tu dituju khas untuk diri..chewaahh..over kan..hahaha..

Penantian InsyaAllah tak sia-sia...Ada hadiah istimewa yang akan diterima jika waktu telah tiba

Iyalah kan..selama ni suka sangat membebel..mengeluh..tak reti langsung nak sabar..tak tahu nak syukur dengan apa yang ada..

Sabar menanti yang halal buat diri..kekadang tanya pada hati, sampai bila aku nak menanti aje?? Insan lain semua dah berpunya..dah bahagia..aku aje terus menanti..Allahu..

Takdir Allah Maha Hebat..Dia dah aturkan semua untuk diri kita..serahkan semua pada Allah..siapa dia, di mana dia, tengah buat apa, biarkanlah..yang penting kita doakan untuk jodoh kita..moga dipermudahkan segala urusan jodoh..

Allah sentiasa ada dengan orang yang sabar..insyaAllah, aku akan terus kuat untuk menanti apa yang aku impikan..mungkin belum masanya lagi untuk Allah kabulkan doa eira..

Tuesday, 27 May 2014

Study Week, Sem 2

Assalamualaikum...sakit mata hadap timetable ni lama-lama..macam biasa, dah hujung sem ni, student UMP especially, sibuk susun timetable..dah nama kena susun sendiri kan, macam-macam ragam cara nak buat jadual..sibuk pilih subjek mana nak kena ambil dulu..kalau clash dengan subjek lain, tukar lagi draf..itu satu hal..time nak isi Open Registration, system is not so good..semua serbu untuk pastikan subjek yang nak, boleh daftar..

Alhamdulillah..Allah..Allah..Allah...semalam sedikit kecewa..harapan hampir musnah..sistem untuk hostel application dah buka..dalam pukul SATU PAGI, terkial-kial jari masuk ke dalam sistem..apakan daya, tetiba sistem bagitahu, you are not allowed to apply the hostel..serius, memang tak lena sangat tidur..asyik terbayang harapan yang hancur..dalam kepala cuma fikir, mana nak tinggal, macam mana nak ulang alik pergi kelas, kos sara hidup lagi..tapi syukur, Allah sentiasa dengar luahan hati hambaNya..petang tadi, dah pergi JHEPA then orang jhepa cakap sistem tengah up date..balik dari kelas, akak roommate cakap dah boleh add as roomates..settle satu masalah..yang penting kena sabar..Allah kan ada

Minggu ni last kelas..semua kelas dah banyak habis silibus..memang hoooraaayyy...hajat dekat hati nak balik esok, tapi kawan mintak balik hari khamis..dia pun nak balik sekali..esok even tak ada kelas, tapi ada test online untuk koku kepimpinan..koku pun ada test bagai..haha..hari khamis OR bukak..buat dekat rumahlah jawabnya..ehhh, presentation organic chemistry?? sorry sayang-sayang semua..i ponteng, you all back up eh..hehe
Study week dekat rumah..ya ke kau study cik eira oi?? haha..macamlah tak kenalkan..memang TAK jawabnya..tapi tak boleh berlama dekat rumah, plant visit dalam study week jugak..masalah problem kan? aishhh..

Rindu bebudak nakal..haritu call, angah bagi cakap dengan miqhaiel..terkejut sebab dia dah boleh panggil kakak..baru 2 tahun lebih..cuma boleh panggil kakak ajelah..yang dengar cuma 'tatak'..pelat sihh..

| mama, papa, wait for me..hehehe |

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...