PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Sunday 13 November 2016

Muka Rosak Sebab Produk

Assalamualaikum. Lama tak menulis. Malam ni rasa nak tulis pasal produk. Pengalaman sendiri pakai produk tempatan.

Dulu muka pun tak cantik mana. So, dah puas pakai pencuci muka beli dekat pasaraya tu, iollss try produk kecantikan. Bukan senang nak try tu, punyalah tahan nafsu takut tak menjadi. Puas fikir, puas tengok muka orang lain yang pakai produk, so i decide untuk try D****. Seriously, jerawat dah tak ada sangat lah. Kekadang tengok muka sendiri macam fake. Tak cantik natural. Lama-lama muka sunburn. Gelap. Kalau selfie tu, muka nampak macam ada cahaya sebab berminyak. Kadang tempek banyak sangat bedak tak nak nampak hitam kan.

After beberapa bulan, tengok muka kawan menjadi pakai produk T***. Muka dia gelap and berparut. Dalam sebulan gitu, parut dah kurang and muka makin cantik berseri. So T*** menjadi pilihan hati sebab muka dah hitam kan. Nak putih jugak macam orang lain. Bila selfie tak ada lah obvious sangat hitam.

Seminggu pakai, dari jauh lagi cousin dah tegur. Muka flawless and glowing. Cepat betul effect dia kan. Jerawat tak ada and putih lah kan. Semua jeles gitu. Hahaha. Iollss jenis suka lepak pantai. Memang jadi kemestian bila cuti balik rumah kena gi pantai. Sunburn? T*** kan ada. Haha. Balik hostel terus muka pedih kemerahan. Kadang melarat sampai 2 minggu. Kena pakai aloevera untuk sejukkan muka. Muka jadi panas hangat. Kena air pun pedih.

Lama jugak bertahan. Dekat lebih 6 bulan rasanya pakai produk ni. Lama-lama muka naik jerawat kimia. Memang tak nampak tapi bila berdiri depan cermin memang akan nampak. Diri sendiri tengok muka jadi gitu memang sedih tambah pulak member jenis suka tilik muka. Kenapa muka naik jerawat gitu. Kecik-kecik gitu. Bla bla bla. Muka awak tak sesuai dengan produk ni and so on.

Dijadikan cerita, makan tomyam seafood. Tengah makan sepupu tegur muka macam merah naik jerawat kimia. Memang gatal sangat. Tambah pulak lepas tu lepak lagi dekat pantai. Memang merah pedih teruk sangat.

Lepas tu, puas berfikir, so stop pakai semua produk. Memang rasa sakit sangat kan. Jerawat pun tumbuh melata atas muka. Serius penuh dengan jerawat nanah. Mama memang menjerit tengok muka anak dia jadi gini. Sabar ye mama. Detox lah katakan.

Ada member tegur, jangan berhenti mengejut kalau guna apa-apa produk. Memang jerawat akan tumbuh melata. Jujur sekarang lebih sebulan berhenti semua produk. Muka memang penuh jerawat. Kadang malu nak keluar jumpa sesapa. Kadang menyesal jugak sebab berhenti tapi sampai bila nak tahan sakit macam tu.

Bukan kata produk local tak elok, cuma ada certain jenis kulit tak sesuai kut. Kawan-kawan ramai yang cantik menarik tertarik flawless and whatever, bila tanya pakai produk apa, semua jawab T***. Jeles iollss dengan wajah diorang. Tapi semua rezeki masing-masing kan.
Nah belanja sikit muka yang rosak penuh dengan jerawat. Ikhlas, jujur, gambar tu diambil baru sekejap tadi. Sekarang muka gatal sangat rasa nak garu-garu. Sabar sabar sabar. Itu di bahagian pipi sebelah kanan. Banyak lagi dekat bahagian lain, dahi, pipi kiri, dagu.

Sekarang tengah tunggu botanical product. Harap menjadi dengan kulit muka ni. Boleh rawat semula. Dah nama botanical so lambat sikit effect janji dapat kulit segar dan sihat.

Padah nak cantik sangat tapi duduk tahan sakit. Lama jugak tahan sakit. Sebulan detox ni memang Tuhan je Yang Maha Mengetahui sakit dekat muka. Itu belum lagi kena tahan telinga dengar cacian mulut sekeliling.

So, pesanan akak untuk adik-adik kat luar sana, hati-hati pilih produk. Untuk akak-akak suri rumah pun sama. Nak cantik untuk suami tetiba muka rosak, terus suami cari lain. Hahaha. Melebih je tukang nasihat. Sekian, terima kasih. 

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...