PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Monday 4 January 2016

They Have Grown Up

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah lepas first paper untuk sem 5. Another one paper next monday. Lepas tu, hooraaaayy, berjimba dekat rumah.

Dah masuk tahun 2016, serius rasa macam tak percaya, Allah masih bagi nyawa untuk terus rasa syukur dengan semua nikmat Allah. Dah masuk umur 22 tahun tapi still maintain kecik, serius makin kecik, dah ramai sangat tegur. Aim 2016, nak minum susu. Nak membesar macam orang lain jugak.

Okay tak nak cerita banyak pasal Eira. Nak cerita pasal Miqhaeil dengan Mustaqim dekat rumah. Rasanya baru berapa hari lepas call mama, dengar suara makhluk asing sibuk nak bercakap jugak. Aduhai, ada dua orang rupanya. Patutlah bising tapi kan, paling tak best bila diorang cakap gini, ' ni bukan kak ya, ni kak umi la.' Padahal kak umi ada je dekat rumah tu, nampak sangat rindu kak umi aje. Uisshhh, sedih kak ya.

Semalam call, tanya Mustaqim, mana pergi Miqhaeil? Tetiba senyap, mama tanya, kakak tanya apa sampai dia tetiba sedih? Hahaha, dia memang sokmo rindu Miqhaeil tapi bila ada depan mata pergi hempuk si Miqhaeil tu. Padan lah Miqhaeil tak nak dah duduk rumah tokma. Cerita dia, nak coklat milo pulak, selama ni nak ais krim milo. Habis lah duit kakak kali ni. Kecoh macam biasa cuma sensitif kalau bab Miqaeil.

Tadi call mama lagi, Miqhaeil tak datang jugak, dia cakap tak nak datang takut dengan Mustaqim. Aku bantai gelak aje, nanti dah lupa merengek cari tokma balik. Mama cakap, Miqhaeil dah pergi sekolah semalam. Hah? Aku yang terkejut, kecik lagi dah masuk tadika? Ehhhhh, dah 4 tahun ah Miqhaeil. Iye ke? Allah, rasa macam semalam baru mama start jaga dia. Mama start jaga dia umur dia 2 hari, no wonder lah dia dengan mama berpisah tiada. Dah besar ye awak, 17/1 nanti officially masuk 4 tahun. Tetiba akak yang rasa makin tua. Even semua anak buah panggil kakak, 'kakak' pada panggilan aje, pada pangkat 'makcik'.



Eira tanya Mustaqim, Adik takmboh sekolah ke? Nak tahu dia jawab apa? Touching sis kejap. 'Adik nak sekolah dekat kak ya, naik bas.' Memang dia nangis kalau tetiba cari kak ya then abang-abang usik, 'kakak naik bas.' Mustaqim pun dah 4 tahun tapi sebab lahir hujung tahun kan, still lagi kecik. Nanti mesti darjah satu masuk sekolah sekali. Semua dah membesar, dah bijak, pandai bercakap. Keletah diorang dari kecik sampailah sekarang segar lagi dalam ingatan. Tak pernah terbayang pun mereka akan membesar secepat ni. Tak puas lagi nak main kejar-kejar. Tak puas lagi nak main sepak bola. Tak puas lagi buat semua aktiviti.

Okay, last tadi mama cakap 15/1 nanti baby Mustaqim a.k.a adik Mustaqim nak datang. Bertambah lagi ahli family kami. Baby girl, alaaaa, tak syok, tak macam lelaki. Dulu mama jaga kakak Mustaqim, Shafika, sekarang dah form 2. Besar dari kakak Eira lagi okay, tapi kakak maintain kakak okay. Jangan nak tukar panggilan sangat.

Ohhh, lupa, kawan a.k.a sedara sesusu dah selamat beranak. Anak lelaki. Jadi mak cik lagi. Sokmo jadi mak cik, bila nak jadi mama ni? Mohon Miss Eira tukar title cepat sikit. PSM dengan PD pun tak lepas lagi, ada hati nak tukar title. Mohon sedar diri. Balik ni nak kena pergi jenguk anak sedara baru. Kan ada yang tarik muka tak pergi jenguk langsung anak sedara. Kadang bukan tak nak pergi jenguk tapi jealous okay tengok U all dengan baby.

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...