PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Friday, 4 April 2014

Story of the day

Assalamualaikum..selamat malam, jam baru 00:46..hehe..apa cerita??

Ok,first sekali nak kecoh sikit pasal whatsapp..kenapa dengan whatsapp??ada problem ke?eira perasan sejak dua tiga hari lepas.mula-mula ingatkan masalah internet, biasa lah internet cap ayam..haha..tapi pelik, fb, wechat and so on boleh pulak buka..laju aje..maybe whatsapp tengah update kut..sibuk sangat dengan whatsapp kenapa?? Alaaa..i mesej dengan senior guna whatsapp..kantoi, aduh..baru nak loya buruk sikit

Hari ni last sebelum home manis home..punyalah mengatuk + bosan masuk kelas..sibuk mata melilau tengok jam..macam tak bergerak je jarum jam tu..minggu yang penuh dengan test..ada yang mampu tersenyum..ada yang hanya mampu tersengih tunjuk gigi..doa moga aku masih kuat untuk lalui dugaanNya..

Malam ni memang mood agak baik..melayan seketika komik roommate..sweet romantis..terbuai kejap, dah lah handsome, sweet manja pulak tu..malam ni aku siap mop lantai..even baru je mop lantai hari rabu lepas..busy kemas bag..harap tak ada dah barang tercicir..esok pagi boleh gerak pergi TSK, tiket dalam pukul 10.30 pagi..yeahhhhh..midterm break start !!

MasyaAllah..hanya Allah yang mampu rungkai hati ni..rindunya aku nak peluk mama..makin lama makin meningkat usia..aku takut aku tak sempat nak buat mama papa bahagia..rindu adik tetiba..oh ya, adik dah nak masuk belajar..dah besar rupanya kamu, adik..dulu gaduh sokmo..rindu bebudak nakal..eiiii..geram nak usik diorang..

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...