PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Tuesday, 29 April 2014

aku di sini, adik di sana

assalamualaikum...sempat menge'post' dekat blog sebelum pergi kelas..nanti pukul 5, kelas Calculus menanti..aihhh..ni tengah siapkan physical chemistry yang langsung eira tak faham

dua, tiga hari lepas, saja call papa tapi dengar suara adik yang angkat..kecoh bunyinya..pelik campur hairan, tetiba teringat rumah su..yes, mama baik rumah su..serius, rindu nak balik rumah su..nak dengar kecohnya diorang bersembang..tak kering gusi punya..hahaha...

rezeki mama, che ngah pun balik jugak rumah su, dapatlah mama kumpul semua adik-beradik..mesti kecoh sangat..cakap dengan mama on the phone pun still dengar diorang bersembang..call papa sebab nak mintak papa belikan tiket balik ke ump..haha, nak balik rumah sebab cuti..pantang ada cuti kan, terus nak balik..bosan kut duduk ump..

cerita jugak dekat mama, pengalaman panjat Bukit Panorama..memang mencabar..adik sepupu yang duduk Sungai Lembing pun eira paksa panjat sekali..memang enjoy sangat..banyak jugak ber'selfie' atas puncak sana..turun bawah, adik sepupu jumpa kawan dia..sempat lagi dia tanya, "awek kau ke, Hasif?"...aku bantai gelak..hahaha..kelakar..dah tua dik oii, si Hasif tu SPM tahun ni..untung badan kecik ni, awet muda..lalala
semalam jugak adik dah selamat pergi belajar dekat Besut..first time adik berpisah dengan family..kalau eira dulu, memang rasa nak nangis, even sekarang pun, kalau rindu mama, sendu mesti ada..entah macam mana adik bawak diri, selama ini mama yang buat semua..eira balik nanti, tetiba dia tak ada dekat rumah..janggal rasanya nanti..

semalam cuba call adik, tapi tak angkat..tengah hari tadi pun try lagi, tak angkat jugak..tetiba dia call balik..sebak dengar suara dia..memang dia tabah sangat, tak nangis pun..cuma part dia mintak datang ambik dia dekat besut hari khamis ni, dia nak settlekan semua dokumen, memang tahu dia nak sangat balik..baru duduk tempat orang, manalah nak tahu macam mana nak naik bas..

ok fine, kalau ada rezeki, kakak pergi ambil dekat Besut..sepanjang eira belajar dekat Pahang ni, tak pernah mama datang sini..mama hantar first day, tetiba dah siap setahun matrik eira..mama hantar lagi masuk UMP, tak payahlah mama datang jenguk..dah besar dah anak mama ni..

semalam IR bagitahu test 2 tunda lepas naik cuti..memang rasa geram sangat..orang dah beli tiket, awal-awal tak nak cakap..errrr..so, memang serabut kepala semalam, stress dengan manusia sekeliling..hari ni pergi beli tiket pukul 1.30 pagi..baca betul-betul, 1.30 PAGI..kalau mama tahu, memang mama mengamuk..so, diam-diam sudah..shhhhh..

| tak sabar nak tengok reaksi mama tengah pagi buta esok..hehe |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...