PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Showing posts with label luahan hati... pelajar. Show all posts
Showing posts with label luahan hati... pelajar. Show all posts

Thursday, 26 April 2012

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

Assalamualaikum..

semalam pelajar-pelajar SPM 2011 termasuk eira sibukkan diri check result matrikulasi...pejam sekejap dan buka semula..alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..diri berdebar usah diambil kira..eira dapat di Pahang..negeri jiran sebelah Terengganu.. ^_^

happy tengok status kawan-kawan di facebook, semuanya jelas seronok..ramai sangat kawan-kawan eira dapat di Kolej Matrikulasi Pahang..ada juga geng! hehe..tapi ada yang tak syok, kawan baik eira dapat jauh nun di Selangor..agak terkilan sebenarnya..
eira agak sibuk, mama pun sama..semua perlu dibereskan..semua keperluan perlu cukup..bukan nak lari dari rumah tetapi hanya tinggalkan sebentar sahaja..i will miss my home after this..yang paling penting, eira akan rindu mama dan papa..i love both of you!

sekarang ini keputusan masih belum dicapai..eira masih menunggu keputusan UPU yang bakal dikeluarkan pada minggu hadapan..Ya Allah, masih setia dan sabar menanti..andai peluang di UPU lebih baik, maka UPU yang dipilih, andai matrikulasi lebih baik, maka eira akan ke Pahang..

 | masih menunggu keputusan UPU dikeluarkan |

Tuesday, 10 April 2012

senyum wahai hati

assalamualaikum...

hari ini, tangan terasa ingin menaip walaupun tiada apa-apa yang ingin ditulis..lama-kelamaan tak menulis karangan, jadi rindu untuk mengarang ayat baku Bahasa Melayu..

skema sekejap...haha..tak ada apa-apa pun sebenarnya.. apa yang eira tahu, kepala eira rasa kosong..kesedihan lama masih terasa tetapi usah diungkit cuma akan menambah luka di hati..
novel yang eira karang berjalan lancar cuma eira budak baru belajar..kadang-kadang rasa down sangat-sangat bila fikir macam mana nak panjangkan novel..eira jenis straight forward sedangkan novel kena kias-kias tambah ayat bunga-bunga..payah sangat..

apa-apa pun, tulis novel kena ada mood..ini yang tak syok..eira tak ada pengalaman macam mana nak lebih-lebih..oppppsssss...ter'promote' diri sendiri..huhu..

diri semakin membesar..kena pikul tanggungjawab..dah tak boleh nak main-main..jangan fikir sangat tentang keseronokan..hal yang remeh-temeh lepas ni kena ambil cakna...jodoh? biarkan seketika..mungkin ini silap eira, asyik biarkan seketika! pesan cikgu, masuk U dah kena pandai-pandai usha orang..hahaha...

masa belajar, kita tekun belajar..masa bercinta, baru fikir hal rumah tangga..aduhai, makin lama menaip, makin mengarut..

ok lah, nak try sambung novel..ada idea-idea menarik ataupun scene yang best? jom kongsi.. sharing is caring..
 | ..masih menunggu tawaran belajar.. |

Wednesday, 14 March 2012

tarikh sebenar keputusan SPM 2011

entah bagaimana perasaan saat menaip di sini..mungkin gementar yang amat..saat berita tarikh keputusan SPM diumumkan di tv3 jam 4 petang tadi, eira menjerit seketika..

tarikh 21 Mac 2012 kian tiba..menunggu dengan peasaan yang bercampur-baur.. Ya Allah, tenangkanlah hati ini..
minggu depan kena ambil keputusan di sekolah..best sebab dapat jumpa semula kawan-kawan lama..entah macam mana ekspresi harus ditayang..berdebar?gembira?takut?

eira harap sangat, air mata eira yang menitis adalah air mata gembira..tangisan kesyukuran ke hadrat Ilahi..

 | sabar + berdebar menunggu tarikh 21 Mac 2012 |

Sunday, 1 January 2012

sayu menjelang 2012 | mama

assalamualaikum..

2012 menjelang tiba..tahun baru dengan penuh cabaran yang perlu dilalui dengan tabah..2011 hanya tinggal dalam kenangan..memori yang pernah dicoret tidak mudah padam dek ingatan..

terasa baru semalam eira belajar berjalan, jatuh dan bangkit semula untuk terus bertatih..tidak mengenal erti putus asa untuk terus mencuba dan akhirnya eira mampu berjalan..

semalam, eira masih merengek meminta itu ini kepada mama..hari ini, umur eira sudah mencecah remaja yang harus hidup berdikari tanpa perlu mama sediakan segalanya..

mama, eira sudah besar..rasa macam tak percaya semua ini..masa berlalu begitu pantas tanpa aku sedari..Ya Allah, entah berapa banyak nikmat yang Engkau kurniakan yang belum aku syukuri..

mama, eira masih belum mampu berdiri, menempuh segalanya sendirian..eira masih perlukan mama untuk belajar tentang dunia yang sebenar..

mama, terima kasih untuk segalanya..tidak terbalas jasamu..dirimu tidak pernah kenal erti jemu, erti mengalah, erti putus asa..walau hari-hari engkau menangis dek sikap anak-anakmu yang seringkali melukai hati kecilmu..

melalui dirimu, mama, eira belajar untuk menjadi tabah, belajar mengenal kebahagiaan selepas kedukaan..faham akan kepayahan tanpa perlu mengeluh..mengerti akan perkataan reda dan pasrah selepas berusaha..

InsyaAllah mama, akan eira balas pengorbananmu dengan kejayaan eira...
Ya Allah, Engkau kurniakanlah kedua orang tuaku dengan rezeki yang penuh berkat, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi aku, panjangkanlah umur mereka untuk melihat kejayaan aku, tempatkanlah mereka dalam golongan yang beriman..amin...

 

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...