assalamualaikum..
2012 menjelang tiba..tahun baru dengan penuh cabaran yang perlu dilalui dengan tabah..2011 hanya tinggal dalam kenangan..memori yang pernah dicoret tidak mudah padam dek ingatan..
terasa baru semalam eira belajar berjalan, jatuh dan bangkit semula untuk terus bertatih..tidak mengenal erti putus asa untuk terus mencuba dan akhirnya eira mampu berjalan..
semalam, eira masih merengek meminta itu ini kepada mama..hari ini, umur eira sudah mencecah remaja yang harus hidup berdikari tanpa perlu mama sediakan segalanya..
mama, eira sudah besar..rasa macam tak percaya semua ini..masa berlalu begitu pantas tanpa aku sedari..Ya Allah, entah berapa banyak nikmat yang Engkau kurniakan yang belum aku syukuri..
mama, eira masih belum mampu berdiri, menempuh segalanya sendirian..eira masih perlukan mama untuk belajar tentang dunia yang sebenar..
mama, terima kasih untuk segalanya..tidak terbalas jasamu..dirimu tidak pernah kenal erti jemu, erti mengalah, erti putus asa..walau hari-hari engkau menangis dek sikap anak-anakmu yang seringkali melukai hati kecilmu..
melalui dirimu, mama, eira belajar untuk menjadi tabah, belajar mengenal kebahagiaan selepas kedukaan..faham akan kepayahan tanpa perlu mengeluh..mengerti akan perkataan reda dan pasrah selepas berusaha..
InsyaAllah mama, akan eira balas pengorbananmu dengan kejayaan eira...

Ya Allah, Engkau kurniakanlah kedua orang tuaku dengan rezeki yang penuh berkat, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi aku, panjangkanlah umur mereka untuk melihat kejayaan aku, tempatkanlah mereka dalam golongan yang beriman..amin...
0 comments:
Post a Comment