PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Monday, 7 December 2015

Result UPSR Abang Chik

Assalamualaikum. Dah tengah malam pun gigih lagi nak menaip. Hakikat sebenar, lari sekejap dari huru-hara semua projek, assignment, test, bla bla bla. Dah nama pun student kan, so nak ke tak nak ke kena akur jugak.

Rasa cerita dah nak basi baru nak taip post. Biarlah, nak share jugak. Pengalaman jadi private tutor ni memang syok. Tak reti nak describe detail tapi ada macam-macam cerita di sebalik semua pengalaman.

Tak silap eira, bulan November lepas result UPSR keluar. Rasa nak meletup jantung tunggu result abang chik. Dia yang nak ambik result, akak yang nervous lebih. I'm not expecting too much but i know your effort abang chik. Rasa macam lama sangat nak tunggu result tu. Pukul 10 pagi dah start hadap handphone, mana tahu abang chik dah mesej. Takut tak perasan. Pukul 12 habis kelas jenguk lagi handphone, no message. Ok relax, abang chik busy tu. Dah petang tetiba rasa pelik. No no no. Jujur hati tak mampu nak bayangkan benda pelik. Think positive.

Bunyi mesej whatsapp masuk. Abang Chik. Yeah, akhirnya mesej jugak budak bertuah seorang ni. 4A1B. I know you really upset, right? I know you well my dear. We are expecting more than that. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk awak. Subjek sains dapat B. Bulat mata cikgu. Selama ni memang sains tak pernah ada masalah. Matematik yang bermasalah. Takut jugak kalau matematik yang B kan. Fuhh, nasib baik, lega.
Hidup tak seindah apa yang kita jangka. Hidup abang chik jauh lagi sayang. Jangan sedih. Setakat ni eira memang tak bertentang mata lagi dengan dia.

Paling best bila abang chik mesej tanya bila cuti sem. Aikk, nak buat apa? Nak suruh ajar lagi rupanya. Gigih anak didik seorang ni tapi rezeki awak masa UPSR setakat itu saja. Jangan pernah mengeluh jangan pernah salahkan takdir. Awak memang anak didik yang rajin, yang tak pernah kenal erti kalah, yang selalu tahan air mata kalau kena marah, selalu sabar di saat orang lain sibuk bandingkan kelebihan orang lain dengan diri awak dan paling best awak kuat makan. Enjoy your holiday sebelum masuk alam sekolah menengah. Nak sangat masuk sekolah kak mira kan? Jadi junior yang banggakan sekolah ya. Hehe.

Akhir kata, akak happy sepanjang ajar awak. Tak sabar nak balik cuti sambung tengking awak lagi. Boleh tengok ada orang kesat air mata hujung mata. Buat kerja sambil kesat air mata. Kahkahkah.

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...