Assalamualaikum. Alhamdulillah. 1 Ramadhan dah berjaya lalui dengan jayanya.
Ok, eira dekat UMP tengah busy dengan final. Berpuasa dekat sini seminggu kut. Kalau ada program stayback lagi seminggu. Ramai yang update status duduk cakap sedih sebab jauh dari family, bla bla bla. Malas nak baca. Haha. Bukan tak sedih tapi rasanya Ramadan kedua jauh dengan mama papa. Dulu duduk dekat matrik.
Ramadan kali ni rasa kosong sangat. Tak rasa pun bulan puasa. Semua aktiviti macam biasa cuma tak makan aje lah kan. Menghadap sisa baki final next week. Moga makin tabah lalui hari penuh cabaran. Makanan dekat sini pun macam biasa.
Tak apa tak apa. Nanti balik rumah makan puas-puas. Ke sebab diri dah makin matang? Tak rasa kemeriahan macam dulu? I mean dulu kalau puasa mesti main mercun, memalam lepak depan rumah dengan geng-geng. Aishhh. Kejap eh, semua dah kahwin lah. Tinggal eira sorang je yang still single. Setia menunggu insan yang tepat. Ceh, padahal busy study lagi. Member lain semua buat keputusan nak dirikan rumah tangga. Tak ada dah lah geng nak buat kecoh. Semua dah makin menjauh. Alahai bini orang.
Ok lah. Malas nak menaip panjang sangat. Save energy untuk puasa esok haŕi. Haha. Salam Ramadan buat semua umat Islam di seluruh dunia.
0 comments:
Post a Comment