Assalamualaikum. Rasa macam dah lama tak luangkan masa kejap menaip dekat blog. Ada member tweet, kalau zaman sekolah dulu, hari-hari taip dekat blog, zaman U setahun sekali kut buka blog. Whatever lah, dunia dah makin canggih kan, media sosial bersepah. Best layan wechat sebab tak ada manusia kat situ nak sibuk judge kita, itu ini.
Tinggal 2 minggu lagi sebelum study week. Allah, kuatkan aku. Allah pilih aku. Ya. Takkan Allah uji aku melebihi kemampuan aku.
Sem 4 penuh dengan dugaan yang langsung aku tak jangka. Time cuti aku melepak rumah su. Serius, hilang semua penat. Rindu anak-anak kecil yang menjerit, menangis, berlari situ sini. Idham macam biasa, bila aku nak balik je terus demam.
Sepanjang sem 4 jugak lah aku ada family baru. CHEST Family dengan GAS TECH Family. Kami bahagia dengan cara sendiri. Kekadang bergosip isu semasa sekitar UMP. Apa yang pasti, kami perlu tahu semua yang berlaku. Up to date lah katakan. Penat dengan dunia.
Siapa kata ada pangkat best? Angkat tangan. No. Bagi aku, ini amanah paling berat. Entah mampu ke tidak diri jalankan amanah tapi setakat ni aku masih mampu tersenyum.
Jauh di sudut hati, aku terasa dengan semua perkara. Bukan terlalu sensitif tapi aku manusia biasa, punya hati dan perasaan. Mulut manusia takkan senyap selagi tak penat. Nanti dah penat, diorang senyap lah.
Kawan, aku perasan semua yang terjadi, semua perubahan yang cuba korang ukir. Mungkin kalian ada terasa dengan insan yang pegang jawatan ni. As i mention just know, im just a little normal human. Tak mampu nak jaga semua hati. Susah bila kita sebenarnya memang tak ada kawan. Alone in university. Tak best ok?
Senyum sembunyikan lara di hati. Aku tak punya sesiapa dah. Semua makin jauh, jauh dan terus menjauh. Rasa di hati, kita pendam selagi mampu.
Kita tak sedar, saat kita kesusahan kita sibuk mengeluh. Itu ini semua tak kena. Dalam kesakitan, kita diberikan bahagia, pernah kita syukur? Kita alpa. Jangan terlalu kejar apa yang tak pasti, hargai apa yang ada.
Aik, rasa macam post luahan rasa hati. Jiwang yang amat. Hakikat kehidupan. Ini yang aku rasa sem 4.
Untuk adik-adik mungkin yang baru nak masuk U, jangan kejar pangkat sampai hilang kawan. Akak? Tak pernah kejar jawatan tapi Allah beri peluang untuk rasa pikul amanah. Allah uji lagi dengan kawan yang makin menjauh. Tika ini, Allah uji lagi dengan akademik yang aku rasa aku makin jatuh. Aku lost. Mungkin nanti ada sinar bahagia yang menanti. Mungkin Allah nak kita lagi dekat dengan Dia.
Kenapa tak pernah ada masalah cinta? Itu perlu aku syukur, setiap manusia diuji berbeza. Aku tak dipilih Allah untuk rasa cinta daripada manusia. Mungkin lebih sakit kut. Aku tak mampu. Nak cerita cinta, nanti kita bukak entry lagi.
0 comments:
Post a Comment