PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Sunday, 7 December 2014

Selamat pengantin baru

Assalamualaikum.

Tahniah kawan. Akhirnya jodoh kau dah sampai. Tersedar daripada lamunan, aku check kalendar. Aku rasa macam dah dekat tapi confuse, aku bukak balik facebook tengok invitation. Oh, esok (6 Dis). Aku tetap sama. Masih di ump tekun menghadap semua assignment yang menimbung.

Cerita hati suatu ketika dahulu. Insan yang pernah terlekat dekat hati. Cinta monyet barangkali. 5 tahun tersimpan rapi dalam hati. Saat aku tahu kau selamat ditunangkan, rasa itu makin pudar. Aku tunggu kau invite aku dekat fb. Moga kau masih ingat aku, biarlah aku pendam seorang. Yes, kau invite. Kau ingat aku or memang semua friends kau dapat invitation tu. Ah, persetankan semua.

Allahu. Dah kenapa yang jiwang sangat? Sabar wahai hati. Okay, ayat bunga-bunga, sangat tak faham. Alhamdulillah, si dia dah selamat diijabkabulkan dengan jodoh Allah untuk dia. Aku bahagia. Ya. Aku bahagia. Senyum aku ikhlas untuk kau. Serius, doa aku ikhlas. Aku doakan kalian bahagia sampai akhir nyawa kalian. Moga kau jadi suami dan ayah soleh yang mampu bimbing anak dan isteri sampai syurga. Nampak macam cliche aje kan tapi jujur aku ikhlas. Aku ikhlas lepaskan kau dari hati aku. Aishhh.

Siapa kata hati tak terguris langsung? Sorry. I am jealous. Bukan sebab dia bukan jodoh eira tapi sebab dia dah bahagia dengan jodoh dia. Jealous dari segi positif, kebahagian dengan yang halal. Hah. Bila nak jumpa jodoh kalau tiap masa busy? Hahaha. Dah nama student kan? Sabar aje lah sayang oi. Student ump? Hurm. Tak ada yang handsome. Demand ! Hahaha. Tak adalah, just belum jumpa yang berkenan dekat hati. Belum ada yang sesuai dengan hati sendiri.

InsyaAllah. Allah Maha Kaya. Bila tiba masa sesuai, jodoh tu akan sampai. Bila, siapa, jangan persoalkan lagi. Mohon bersabar ya cik eira. Jodoh yang terbaik, bukan seperti yang kita mahukan tapi seperti yang kita perlukan. Aku banyak cakap, serius, potpet potpet, nanti dapatlah suami yang sedia mendengar semua celoteh aku nih ha.
Allah. Besarnya kuasaMu. Sumpah, aku rindu jodoh aku. Jodoh yang boleh buat aku rasa tenang. Jodoh yang halal untuk aku bermanja, dapat sepenuh kasih sayang. Macamlah sekarang mama papa tak bagi kasih sayang. Adeh. Still tak sama kan?

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...