Assalamualaikum. Selamat hari raya aidiladha buat semua umat Islam di dunia.
Ok. Macam pelik je tajuk entri tu kan. Apa masalahnya?
Eira rasa dalam 2 minggu ni jari sibuk je menaip dekat google pasal huruf r. Kenapakah? Actually, eira pelat r. First time aku mengaku aku pelat. Hah. Lantaklah. Macam-macam tips dapat daripada entri orang lain. Siap duduk layan youtube lagi nak practise untuk rawat sebutan r.
Petua pertama aku jumpa, benamkan muka dalam air then sebut ro ro ro banyak kali. Serius, balik rumah try buat. Tak jadi pun. Maybe sebab sekali je kut buat. Buat tapi bukan ro yang keluar, cuma angin semata. Siap abang ketuk pintu bilik air tanya kenapa. Sengih aje lah jawapannya. So, eira try buat gini, try bunyikan ro masa air paip hujan jatuh ke muka. Ala-ala benamkan muka jugak lah tu. Huhu.
Petua kedua, getarkan hujung lidah. Sorry bro and sis sekalian, bagi kami yang memang tak mampu nak sebut huruf r, memang payah nak nak getarkan hujung lidah. Ingat senang nak getarkan lidah macam youtube tu buat? Cakap memang lah senang, aku ni dah naik sakit kepala duduk practise. Naik migrain ! Tapi eira try mainkan lidah kat hujung lelangit then try bunyikan. Memang buruk tapi practise make perfect. Memang naik pekaklah budak bilik dengar aku asyik duduk sebut huruf r tak menjadi.
Ok. Ni petua masa sekolah menengah dulu. Ustaz tu tengah ceramah then bagi petua ni. Ambik daun nyior ataupun daun kelapa, then urut lidah tu. InsyaAllah menjadi. Tapi dulu aku tak buat pun, so sekarang baru nak try. Entahlah macam mana nanti.
Dari dulu lagi dah pelat sebenarnya. Aku perasan bila dua orang kawan lelaki tegur, cuba sebut balik. Aku dengan selamba sebutlah. Apa yang peliknya? Then diorang ulang balik. Dah kenapa buruk sangat bunyinya? Musykil aku kejap. Oh, aku tak boleh sebut r rupanya. Baru aku tahu. Masa tu form 2. Thank you lah ye kawan.
Teringat masa sekolah rendah dulu. Pendidikan seni. Lukiskan huruf yang anda suka. Aku lukis huruf R. Aku hias cantik-cantik. Aku pun tak sure kenapa suka sangat huruf R tu. Tapi masa tu aku tak sedar lagi aku pelat r.
Masa berlalu tapi aku buat dont know je pasal masalah sebutan r ni. Kenapa? Sebab aku orang terengganu. Cuba perhati betul-betul orang ganu cakap. Memang kebanyakkannya tak ada huruf r ataupun jadilah 'gh'. Contohnya, krismas jadi kismas. Rumah jadi ghumah. Tapi tipu pun. Aku pun sebut gitu.
Paling menyakitkan, time matrikulasi dulu. Semua orang luar yang pentingkan huruf r. Selalu kena dengan diorang. Apa dia? Kamegha? Iron wod? Ok, itu kekadang aje. Paling banyak kena sebut, bakery. Sebab sokmo pergi bakery. Bakery. Bakery. Bakery. Ada yang hentam, ada jugak yang back up.
Time jadi cikgu part time. Ini satu lagi masalah. Mengajar budak 6 tahun. Nak kena mengeja satu-satu. Ok, kita tulis nama buah. Buah strawberi. Ayooooo. Dah lah kena sebut siap kena eja lagi. Part r tu slow aje. Apa dia? Ha? Abang ngan kakak dia tolong cover. Then ada satu masa tu, diorang tanya, kak mira pelat r eh? Cuba sebut r. Ok, diorang supportive. Tak jatuhkan aku langsung. Thank you sayang.
Ini kenapa baru sekarang sibuk nak baiki huruf r?? Sebabnya, lecturer english eira suka sebut satu-satu. Mak aihhh. Naya. Nanti nak kena present kat depan. Interaction dengan someone else. Lagi satu sebabnya, my name is eira. I cant pronounce even my name. Member selalu back up bab nama nih. Malu wehhh.
Ok last, nak tanya, ada ke sesapa yang ada lagi petua nak hilangkan pelat r. Nak sebut dengan betul huruf R. Kadang aku nak muntah sakit kepala bila sokmo try sebut.
7 comments:
Kte sme... nm pon pnuh ngn hruf r.. ble kne gtau nm pnuh.. rs mcm nk g tlis kat whteboard.. huhu
Salam sis. Saya ingin berkongsi pengalaman member saya. Boleh cuba kaedah rawatan akupuntur kerana sebenarnya masalah tu ada kaitan dgn gangguan saraf. Saraf blh diumpamakan sprti gelombang yg mmbawa data dlm dunia internet. Agak kompleks. Kaedah trsebut mmg berkesan utk merawat saraf wlaupun ambil masa berbulan2 jgk tp brgantung kpd tahap sebutan seseorang. Kalau pelatnya x teruk sgt, cptlah ckit. Smoga ini dpt membantu sis. Insya Allah.
Saya pown sama.bila sembang ada ayat huruf rr mesti orang perli
Malu nk berbual ngan kawan nanti diaorang tegurrrr.....MaLu..
Pelat huruf r mcm budak kecil
Assalamualaikum, just nak share.. saya dari kecik mmg pelat huruf R, alhamdulillah skrg dah boleh sebut,, bnyk search pasal pelat R ni, pastu jumpa yg dalam air tu,, praktis selalu huruf R dalam air baldi,, konsisten. Selain tu, banyakkan baca alquran, mntak sape2 tlg ajar,, in syaa allah menjadi. Yg terakhir, yakin pada diri sendiri,, percaya kita boleh sbut huruf R.. lantaklah org ckap ape... hahaha.. sy asal tganu jugak,, tu yg payah skit tu ������
Saya juga xboleh sebut R dulu. Masa kecik x boleh alih surah lain selagi xboleh sebut ro dengan betul..tknik saya ialah getaran lidah..ustazah suruh buat ulang2 sampai saya nak nangis..akhirnya blh sebut...but now, all my sons cannot say R correctly😭😭😭 n tak boleh buat getaran lidah tu..huhu
Post a Comment