PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Thursday, 5 June 2014

Suatu Penantian

Sibuk tenung buku, letih mata..letih jugak otak..dah nama study week kan..pulun habis lah semua keringat untuk study..rehat kejap dengan twitter..hehe

Tetiba duduk scroll bawah, ternampak satu tweet daripada Halaqah Cinta tak silap eira..terus menghayati ayat-ayat tweet..terasa di hati, semacam ayat tu dituju khas untuk diri..chewaahh..over kan..hahaha..

Penantian InsyaAllah tak sia-sia...Ada hadiah istimewa yang akan diterima jika waktu telah tiba

Iyalah kan..selama ni suka sangat membebel..mengeluh..tak reti langsung nak sabar..tak tahu nak syukur dengan apa yang ada..

Sabar menanti yang halal buat diri..kekadang tanya pada hati, sampai bila aku nak menanti aje?? Insan lain semua dah berpunya..dah bahagia..aku aje terus menanti..Allahu..

Takdir Allah Maha Hebat..Dia dah aturkan semua untuk diri kita..serahkan semua pada Allah..siapa dia, di mana dia, tengah buat apa, biarkanlah..yang penting kita doakan untuk jodoh kita..moga dipermudahkan segala urusan jodoh..

Allah sentiasa ada dengan orang yang sabar..insyaAllah, aku akan terus kuat untuk menanti apa yang aku impikan..mungkin belum masanya lagi untuk Allah kabulkan doa eira..

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...