PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Friday, 9 August 2013

raya.raya.raya

berlalulah sudah ramadan, sebulan berpuasa..tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira..aiseeehh..hari ni dah hari raya kedua..sekejap je masa berlalu..

sebulan berpuasa sebagai seorang pekerja, serius, memang terlampau banyak cabaran dari segi mental, fizikal, kesabaran, bla..bla..bla..kalau duduk asyik cerita pasal tu, sampai esok pun tak habis..apa-apa pun semua dah jadi sejarah..selamat dilalui dengan penuh kesabaran..

tak pergi beraya sakan pun, eira just pergi rumah nenek saudara, rumak mak sepupu terdekat hari raya pertama..macam biasa, budak-budak kutip duit raya, eira pun sapu sekali..mana aci, eira yang muda ni nak duit raya jugak..

raya pertama, eira just pergi ke rumah nenek saudara, rumah mak sepupu terdekat..tak pergi mana sangat pun..

raya kedua, eira just tidur..tidur sampai puas..ganti balik tidur eira yang tak pernah cukup sepanjang eira kerja..yeaaahhhh...mak saudara sebelah mama ada datang beraya kat rumah, so memang eira duduk rumah aje lah..sepupu pun ada datang sekali..mak sepupu sebelah papa pun datang beraya ke rumah..

dengan semangat yang agak malas, mama buat sate..huhu..tak puas makan sate orang lain..ada yang tak sedap, ada yang keras semacam, lemak-lemak masin pun ada jugak..
serius, memang tak meriah langsung raya tahun ni..biasalah, budak-budak semua dah besar..eira pun beraya ala kadar..apa-apa pun, selamat hari raya, maaf zahir dan batin ikhlas daripada kami sekeluarga..

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...