PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Monday, 10 June 2013

first day kerja

assalamualaikum dan selamat pagi...

pagi-pagi lagi dah ada mood nak post...posto..posto...hahaha..alhamdulillah, syukur..hanya ungkapan itu yang layak untuk gambarkan perasaan eira sekarang..syukur tak terhingga kepada Ilahi..result yang eira dapat cukup untuk kepuasan diri, mungkin tak sehebat orang lain tapi setiap kejadian ALLAH pasti ada hikmahnya..ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk setiap orang..jangan sesekali sesekali takdir ALLAH..
dah dekat satu bulan lapan hari eira jadi penganggur terhormat..duduk relax goyang kaki dekat rumah..semalam eira dah start kerja part time dengan kawan eira..kerja dekat kedai kasut..memang ada cabaran jugak sebab kena sabar layan kerenah pelanggan..kena pusing-pusing kedai cari stok kasut..aduhh..naik cramp kejap kaki..kerja ikut shift..fuhh, nasib baik..kalau tak kena kerja dari jam 10 pagi hingga 10 malam..

semalam kami dah sibuk cakap-cakap pasal bulan Ramadan..mesti penuh satu kedai orang nak cari kasut raya..haha..baru first day kerja dah sibuk fikir jauh..

tak pernah kerja dan semalam bila start kerja, rasa diri ni hidup berdikari je..eh, ya ke? rasa macam tak je, sebabnya time makan mesti nak kena beli bungkus..alahai, mana ada duit...mama lagi ke? hehe..

bila fikir-fikir memang seronok kerja, tapi bila alami sendiri baru rasa macam mana..memang kena tough tak kiralah dari segi mental ataupun perasaan..sedih jugak jauh dengan mama..ada shift kena sampai malam..huwaaa...padahal kedai kasut dekat bandar Dungun je, bukan jauh pun dengan rumah..mengada je lebih..

| jangan sesekali mengalah dengan dugaan yang ALLAH berikan..keep in mind, my dear |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...